MONEY!!!

Thursday, February 21, 2013

Perangkap Syaitan



Hati-hati dengan perangkap syaitan...

Didikan kepada anak2

Sekali lagi saya ingin kongsikan bersama sahabat blogger ilmu yang saya perolehi dari Dr Amirul Amin...Moga boleh jadikan panduan kita bersama...Sebagai panduan untuk saya juga

Tanda-tanda ada gangguan jin di dalam rumah


Kali ni nak share sedikit maklumat yang saya dapat dari FB Dr Amirul Amin..

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

SEBARKAN untuk KEBAIKAN bersama ♥

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Wednesday, February 20, 2013

CUTI TAHUN BARU CINA- PART 3

Sambung lagi part3...Malas nak berciter lagi..Jom layan gambar je ler
Ayah yang sedang melayan adik baru bangun tidur
Siap sedia kita main layang-layang
Adik memerhati je apa yang ayang tengah buat
Angin laut
One, two, smile...
Kakak in action
Laut yang bergelora
Kami yang pergi...
Main layang2 tepi laut
Mereka yang sedang berseronok
Sup Gear Box Terbaik
Wif my luvly Hubby
Seronok betul mereka..
Ok sehingga bertemu kembali..

Friday, February 15, 2013

Selamat Hari Lahir Marsya Ilmi

Hari ini tanggal 15hb Februari 2013 genap sudah usia Marsya Ilmi Zairul 7 tahun...Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini...Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kakak kesihatan yang baik... Semoga kehidupan kakak sentiasa diberkati dan perjalanan hidup kakak sentiasa membahagiakan..Biar apa jua yang kakak lakukan semuanya adalah yang terbaik untuk masa depan kakak..Sesungguhnya mama dan ayah amat menyayangi kakak..

Wednesday, February 13, 2013

Cuti Tahun Baru Cina-PART 2

Setelah masing-masing kekenyangan makan tengahari kami meneruskan perjalanan hingga masuk Ke JABOR...Samapi di sini jam sudah hampir ke pukul 3...Memadangkan telah melebihi masa check in iaitu pukul 2.00 petang, sekali lagi aku menghubungi pihak hotel memaklumkan kelewatan check-in...Lupe nak bagitau, hari pertama aku booking hotel Permai Inn di Kuala Terengganu sebanyak 2 bilik... Perjalanan kali ini benar-benar menguji keadaan..mana taknye kereta banyak tp pergerakan aduh..Tuhan aje yang tahu hinggakan kereta aku telah disondol dari belakang...Ya Allah, percutian kali ini benar-benar menguji diri..Bayangkanlah dari mula perjalanan, satu persatu kami diuji...Mujurlah pemandu belakang mengakui kesilapannya dan membayar RM400 sebagai penyelesaiannya... Akhirnya, kami tiba di Marang, Kuala Terengganu ketika waktu hampir mahgrib...Oh sebenarnya, Marang adalah kampung biras aku iaitu isteri kepada abang iparku...Kami singgah dahulu rumah birasku untuk solat maghrib, makan dan hantar mereka sekeluarga kerana kami akan teruskan perjalanan ke hotel...Setelah selesai semuanya, kami check in pada jam 8.00 malam...Fuh lega dan akhirnya setelah hampir 14 jam perjalanan kami tiba ke destinasi..Betul2 sejarah dalam hidup aku kerana telah menempuh perjalanan hampir 14 jam...Yang pasti perjalanan kali ini, aku tak tidur langsung sebab dah minum MOCHA 2 tin...Memang tak boleh nak lelap sangat
Bila dah sampai di hotel tu paham2 sajalah..Mandi-manda, lepak2 dulu..Rehatkan diri yang kepenatan seharian berjalan...Memandangkan kami check-in lewat dan rugi setengah hari, maka kami telah menukar rancangan asal yang ingin check out awal pada hari Ahad untuk ke Pulau Kapas...Kami tukar rancangan ke Pulau Kapas dari hari Ahad ke hari Isnin...Dan mengikut perancangan awal nak pulang hari Isnin, sekali lagi diubah ke hari Selasa...Sebelah malam tu hampir pukul 12 barulah kami dapat menikmati makan malam...itu pun dah puas ke sana ke sini mencari tempat makan..Susah juga bila dah tengah malam nak cari makan...
Keesokan paginya, setelah selesai sarapan pagi, kami mandi-manda dulu di kolam...Bagi anak2 seronok menikmati percutian kali ni..Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui..Yang pasti diorg memang sakan berendam dari jam 8 pagi sampai 10 lebih...Then, siap sedia untuk check out...Next story, PART 3 ok..

Cuti Tahun Baru Cina- PART 1

Cuti yang dirancang disaat akhir sebab lama rasanye tak ke Terengganu...Kali terakhir 3 tahun yang lalu waktu tu adik baru berusia beberapa bulan...Kali ini percutian bersama bonda mertua, kakak ipar dan abang ipar..Walaupun pada mulanya kakak iparku tak merancang untuk turut serta tapi bila bonda mertua menyuarakan hasrat hati untuk ke Pulau Kapas, terus berubah fikirannya. Hari yang dinantikan tanggal 9hb Februari 2012 jam 4.30 pagi, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dengan berkonvoi 3 biji kereta..Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku sehingglah kami berhenti di Hentian Maran...Kami (kereta aku dan kakak ipar) telah meninggalkan kereta abang iparku di belakang kerana kami menyangkakan kereta dia telah meninggalkan kami di hadapan..So, apalagi kami terus pecut...Dalam pada itu, kereta aku "dihuni" oleh Hubby (pemandu), aku sendiri, bonda mertua, adik ipar dan kedua-dua puteriku..Bonda mertua dah mula bersuara dan bising kerana takut apa2 terjadi pada kereta abang iparku yang sebenarnya baru saje keluar dari bengkel sehari sebelum kami ke Terengganu...Perkara yang tak terduga telah terjadi..rupanya kereta abang iparku masih di belakang dan keretanya telah mengalami kerosakan selepas bergerak dari Hentian Maran kerana ingin mengejar kami yang telah berada di hadapan.. Oleh yang demikian, Mr. Hubby ambil keputusan untuk "exit tol Maran" dan berpatah balik..perjalanan patah balik saja sejauh 84km...Fuh..benar2 mencabar..Waktu tu jam sudah hampir ke pukul 8..Masing2 perut lapar..Maka dengan itu, kami beramai-ramai telah bekelah dan menikmati sarapan pagi di tepi hiway...Memang terbaik sementara menunggu kereta peronda PLUS untuk towing kereta abang iparku...
Setelah kereta peronda PLUS tiba lebih kurang pada pukul 10 pagi, kereta abang iparku telah diangkut ke "exit tol maran" kerana itu saja "exit" yang berdekatan...kemudian kami menanti pula kereta towing untuk menarik kereta ke bengkel yang berhampiran..Seperti yang semua orang sedia maklum, memandangkan cuti Tahun Baru Cina, maka dengan itu tiada satu bengkel yang buka...Maka tinggallah kereta abang iparku di bengkel tersebut di Maran..Dan sekali lagi kami menikmati minum pagi di tepi hiway kerana jam telah menunjukkan hampir ke pukul 1... Jadi, memandangkan kereta telah kurang satu, maka abang iparku dan isterinya naik bersama kakak iparku dan adik ipar lelaki aku naik bersama kereta aku...Mujurlah kereta EXORA, bolehlah muat lebih 5 orang..So, dalam kereta aku sekrg ialah aku, Mr. Hubby, bonda mertua, adik ipar perempuan, adik ipar lelaki dan anak2 aku...Setelah itu, kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Bandar Muktafi Billah yang boleh tahan sesak juga jalan untuk berhenti solat zohor dan makan tenghari...Next kena baca PART 2...

Tuesday, February 5, 2013

Apakan daya...

Bunyi tajuk cam sedih tapi takde le sedih sangat...Cuma kekadang perasaan tu tak dapat nak diluahkan...Cuma dengan kata2 di blog sahaja...Entahle semakin hari jiwa semakin memberontak tapi apakan daya...Alam kerjaya bagaikan sesuatu yang menyakitkan rasanya...Ya Allah perkuatkan diri aku...Dah tak tertanggung rasanya dengan bebanan mental dan psikologi rasanya...Kenapalah adanya manusia sebegini...Yang busuk hati dan penuh dengan hasad dengki...Buat ini salah, buat itu salah..serba serbi salah dibuatnya...Hei tak sedarkah engkau, kau ni manusia biasa..Kau pun sama seperti aku..tak lari dari kesilapan..Mana ada manusia yang sempurna..Adakah kau anggap diri kau umpama Tuhan??? Ya Allah, tunjukkanlah manusia ini ke jalan yang benar...Jangan hanya suka menunding jari..mencari dan mengira satu persatu kesilapan orang lain..Seolah-olah kau sahaja yang betul...Cerminlah diri tu...Sedarkanlah diri kau tu..Bangkit dan bangunlah dari cerita-cerita yang mengkhayal dan melekakan ini... Kan bagus kalau manusia sebegini tiada di muka bumi ini...Perlu ke rasa menyesal dengan apa yang terjadi...Walau apa yg terjadi bangkitlah wahai diri..Jangan pedulikan mereka2 yang sebegini...Tabahkanlah diri...Namun begitu berapa lama harus aku nanti??? Oh masa itu...segeralah sampai, segeralah tiba..Tak sabar menanti...Moga ada hikmah disebalik yang terjadi...

Monday, February 4, 2013

Hampir Sebulan

Alhamdulillah...hampir sebulan kakak telah menjejakkan kakinya ke alam persekolahan...Setakat ini semuanya berjalan lancar tapi kekadang tu bila masa buat perangai pun ada gaks terutamanya bila bangun pagi..ada saja yang tak kena..tudung la, baju la, kasut la dan macam2 karenah lagi...sebagai ibu, BERSABAR saja la dengan karenah anak ni walaupun kekadang tu hilang sabar juga dibuatnya Tiap2 pagi aku yang akan hantar kakak ke sekolah naik kereta..Waktu keluar jam 7.00 pagi dan mengambil masa 15 minit walaupun perjalanan tak jauh mana pun tapi disebabkan "jammed" melampau tu yang sampai 15 minit...Balik sekolah kakak akan naik van untuk pulang ke rumah nenek...Kakak memang seronok sebab dapat naik van.. Tiap2 hari kena tanye kakak kerja sekolah yang cikgu bagi..Oh lupa nak bagitau, kakak diletakkan di dalam kelas 1 Berlian dan nama cikgu kakak Cikgu Hawa..Muka Cikgu Hawa sangat manis, ada tahi lalat di pipi dan sentiasa tersenyum..Suka juga aku tengok Cikgu Hawa ni..he..he..he..Kkedang tu mengeluh juga kakak bila banyak kerja sekolah tapi apa nak buatkan..dah namanya sekolah Sebelah petang kakak akan ke kelas mengaji IDEAL yang terletak di Taman Bullion Mewah..Kakak tak pergi sekolah agama biasa tu tp kat di IDEAL penekanan pada bacaan Al-Quran (QIRAATI) selain asas2 pengetahuan agama yang lain juga. Ustaz yang mengajar adalah dari Yaman dan kebanyakan dari UIA...Insya-Allah, moga kakak jadi anak yang cemerlang dunia akhirat...