MONEY!!!

Tuesday, July 16, 2013

Shopping Raya Sebelum Puasa

Shopping sakan noks...Mau taknye sebelum puasa lagi aku dan Hubby dah setelkan untuk anak2..Kalau pegi bulan pose, penat katanya...Nak jalan sana-sini, dengan letih berjalan mesti tak larat..mesti haus dan lapar...So, untuk mengelakkan semua itu terjadi, sebelum puasa kami dah shopping..
Tempat shopping yang dituju adalah One Utama..Walaupun bukan dalam suasana "SALE" kami tetap shopping..Kami pergi hari biasa..Malas nak ramai2, nak sesak di hujung minggu. Almaklumla kat Malaysia ni, kalu hujung minggu ramai sangat manusia yang berpeleseran...Cuma last week, kami ke Sunway Pyramid pada hari Ahad untuk beli kasut..Akhirnya dapat juga aku kasut...Anak2 pun suka sebab dapat kasut baru..
Adik, balik rumah je asyik nak pakai kasut baru...Kesudahannya kena soroklah ye..Takut nanti tak sempat nak sambut raya, kasut dah jadi belacan..Hubby hanya beli 2 helai baju..Aku tak beli baju pun sebabnya duk mengenangkan keadaaan diri yang bakal membesar..So, last minute la beli walaupun dah tempah baju awal2..Tak tau la muat ke tak...Sian aku nanti..he..he..he..Hope muat le baju aku nanti..

No comments: