MONEY!!!

Wednesday, February 13, 2013

Cuti Tahun Baru Cina-PART 2

Setelah masing-masing kekenyangan makan tengahari kami meneruskan perjalanan hingga masuk Ke JABOR...Samapi di sini jam sudah hampir ke pukul 3...Memadangkan telah melebihi masa check in iaitu pukul 2.00 petang, sekali lagi aku menghubungi pihak hotel memaklumkan kelewatan check-in...Lupe nak bagitau, hari pertama aku booking hotel Permai Inn di Kuala Terengganu sebanyak 2 bilik... Perjalanan kali ini benar-benar menguji keadaan..mana taknye kereta banyak tp pergerakan aduh..Tuhan aje yang tahu hinggakan kereta aku telah disondol dari belakang...Ya Allah, percutian kali ini benar-benar menguji diri..Bayangkanlah dari mula perjalanan, satu persatu kami diuji...Mujurlah pemandu belakang mengakui kesilapannya dan membayar RM400 sebagai penyelesaiannya... Akhirnya, kami tiba di Marang, Kuala Terengganu ketika waktu hampir mahgrib...Oh sebenarnya, Marang adalah kampung biras aku iaitu isteri kepada abang iparku...Kami singgah dahulu rumah birasku untuk solat maghrib, makan dan hantar mereka sekeluarga kerana kami akan teruskan perjalanan ke hotel...Setelah selesai semuanya, kami check in pada jam 8.00 malam...Fuh lega dan akhirnya setelah hampir 14 jam perjalanan kami tiba ke destinasi..Betul2 sejarah dalam hidup aku kerana telah menempuh perjalanan hampir 14 jam...Yang pasti perjalanan kali ini, aku tak tidur langsung sebab dah minum MOCHA 2 tin...Memang tak boleh nak lelap sangat
Bila dah sampai di hotel tu paham2 sajalah..Mandi-manda, lepak2 dulu..Rehatkan diri yang kepenatan seharian berjalan...Memandangkan kami check-in lewat dan rugi setengah hari, maka kami telah menukar rancangan asal yang ingin check out awal pada hari Ahad untuk ke Pulau Kapas...Kami tukar rancangan ke Pulau Kapas dari hari Ahad ke hari Isnin...Dan mengikut perancangan awal nak pulang hari Isnin, sekali lagi diubah ke hari Selasa...Sebelah malam tu hampir pukul 12 barulah kami dapat menikmati makan malam...itu pun dah puas ke sana ke sini mencari tempat makan..Susah juga bila dah tengah malam nak cari makan...
Keesokan paginya, setelah selesai sarapan pagi, kami mandi-manda dulu di kolam...Bagi anak2 seronok menikmati percutian kali ni..Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui..Yang pasti diorg memang sakan berendam dari jam 8 pagi sampai 10 lebih...Then, siap sedia untuk check out...Next story, PART 3 ok..