MONEY!!!

Wednesday, February 13, 2013

Cuti Tahun Baru Cina- PART 1

Cuti yang dirancang disaat akhir sebab lama rasanye tak ke Terengganu...Kali terakhir 3 tahun yang lalu waktu tu adik baru berusia beberapa bulan...Kali ini percutian bersama bonda mertua, kakak ipar dan abang ipar..Walaupun pada mulanya kakak iparku tak merancang untuk turut serta tapi bila bonda mertua menyuarakan hasrat hati untuk ke Pulau Kapas, terus berubah fikirannya. Hari yang dinantikan tanggal 9hb Februari 2012 jam 4.30 pagi, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dengan berkonvoi 3 biji kereta..Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku sehingglah kami berhenti di Hentian Maran...Kami (kereta aku dan kakak ipar) telah meninggalkan kereta abang iparku di belakang kerana kami menyangkakan kereta dia telah meninggalkan kami di hadapan..So, apalagi kami terus pecut...Dalam pada itu, kereta aku "dihuni" oleh Hubby (pemandu), aku sendiri, bonda mertua, adik ipar dan kedua-dua puteriku..Bonda mertua dah mula bersuara dan bising kerana takut apa2 terjadi pada kereta abang iparku yang sebenarnya baru saje keluar dari bengkel sehari sebelum kami ke Terengganu...Perkara yang tak terduga telah terjadi..rupanya kereta abang iparku masih di belakang dan keretanya telah mengalami kerosakan selepas bergerak dari Hentian Maran kerana ingin mengejar kami yang telah berada di hadapan.. Oleh yang demikian, Mr. Hubby ambil keputusan untuk "exit tol Maran" dan berpatah balik..perjalanan patah balik saja sejauh 84km...Fuh..benar2 mencabar..Waktu tu jam sudah hampir ke pukul 8..Masing2 perut lapar..Maka dengan itu, kami beramai-ramai telah bekelah dan menikmati sarapan pagi di tepi hiway...Memang terbaik sementara menunggu kereta peronda PLUS untuk towing kereta abang iparku...
Setelah kereta peronda PLUS tiba lebih kurang pada pukul 10 pagi, kereta abang iparku telah diangkut ke "exit tol maran" kerana itu saja "exit" yang berdekatan...kemudian kami menanti pula kereta towing untuk menarik kereta ke bengkel yang berhampiran..Seperti yang semua orang sedia maklum, memandangkan cuti Tahun Baru Cina, maka dengan itu tiada satu bengkel yang buka...Maka tinggallah kereta abang iparku di bengkel tersebut di Maran..Dan sekali lagi kami menikmati minum pagi di tepi hiway kerana jam telah menunjukkan hampir ke pukul 1... Jadi, memandangkan kereta telah kurang satu, maka abang iparku dan isterinya naik bersama kakak iparku dan adik ipar lelaki aku naik bersama kereta aku...Mujurlah kereta EXORA, bolehlah muat lebih 5 orang..So, dalam kereta aku sekrg ialah aku, Mr. Hubby, bonda mertua, adik ipar perempuan, adik ipar lelaki dan anak2 aku...Setelah itu, kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Bandar Muktafi Billah yang boleh tahan sesak juga jalan untuk berhenti solat zohor dan makan tenghari...Next kena baca PART 2...