MONEY!!!

Monday, December 31, 2012

Persiapan Sekolah Kakak

Alhamdulillah...Kakak bakal bersekolah di Sekolah Kg. Batu, Jalan Ipoh, KL. Segala persiapan semuanya dah selesai. cuma adalah juga barang yg sikit2 nak dibeli. Khamis lepas Hari Orientasi sekolah. Aku tengok cam takde perasaan je pegi sekolah. Mungkin sebab dah biasa tp tak tahula camne nanti hari pertama. Harapnye semua berjalan lancar. 2hb Januari ni mama & ayah dah awal2 ambik cuti untuk hantar kakak ke sekolah. Almaklumla kali pertama hantar anak masuk sekolah betul. 23 tahun yang lalu aku bersekolah darjah satu di tempat yang sama. Kini giliran aku pula hantar anak ke sekolah. Sementara ni kakak akan diletakkan di kelas 1 Berlian di mana kelas untuk darjah satu cuma ada 3 kelas sahaja. Seronokkan kelas tak banyak. So, cikgu pun tak lah pening kepala nak layan karenah murid yang ramai. Untuk 3 minggu pertama ni, murid2 semua akan diuji dengan kemampuan masing2 untuk menentukan kelas mereka mengikut ke"pandaian" masing2. Apa2 pun semoga hari persekolahan kakak yang bakal dilalui akan menggembirakan kakak. Yang pasti semoga kakak menjadi murid yang rajin dan menyenangkan hati semua. Kakak belajar pandai2 ye. Semoga kakak terus cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan kakak.

2012 yang bakal berlalu...Selamat Datang 2013 & Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum buat semua sahabat blogger Nampaknya 2012 bakal meninggalkan kita..Aku akui terlalu banyak kenangan yang telah dilalui sepanjang 2012. Ada manis, pahit, suka dan duka...Namun begitu alhamdulillah kerana diri ini masih lagi mampu mengharungi segala kepahitan 2012 yang dilalui. Terima kasih Allah kerana telah menguatkan semangat ini sehingga ke titisan tahun-tahun terakhir 2012. Apa yang diharapkan semoga 2013 yang bakal menjelma memberikan aku satu sinar baru yang bakal menyinari kehidupan aku sebagai penjawat awam. terlalu banyak duka dan rintangan yang dihadapi sepanjang aku berkhidmat di PUSPANITA...Semoga Allah permudahkan segalanya. Tiada apa yang dapat aku nyatakan kepada semua...Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua sahabat Blogger yang dikasihi.

Friday, December 14, 2012

Goodbye...

seminggu telah berlalu...to all my blogger frens, kereta ini telah selamat dijual pada tanggal 7 Disember 2012 yg lalu setelah hampir 2 tahun aku memilikinya...baru 3 bulan tukar wajah, akhirnya aku relakan jua pemergianmu.. sedih juga tapi demi keselesaan kami sekeluarga..apapun semoga dirimu bahagia di samping si dia...wah ayat...kalau ada kawan2 yg jumpa, sampaikan salam saya kepadanya...apa pun kereta ni memang terbaik!!!

hari lahir yg telah berlalu...

tarikh 6hb disember telah berlalu..selamat hari lahir anak mama Marissa Ilmi Zairul. genap sudah usia 3 tahun. terasa baru semlm mama melahirkan kamu..Marissa doa mama semoga kamu menjadi anak yg berguna kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara... sayang selalu..moga kehidupanmu sentiasa diberkati..