MONEY!!!

Tuesday, July 31, 2012

Aku Bukan Untukmu...


Mungkin setiap dari kita ditakdirkan bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin juga dengan orang lain...Tak semua menerima jodoh yang satu, yang kekal di mana bercinta, bertunang dan berkahwin dengan insan yang sama..Kalau ada pun hanya beberapa kerat sahaja...Dan aku juga mempunyai sahabat yang bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin dengan insan yang sama...Percintaan dari tingkatan satu akhirnya kini bersatu dan mempunyai seorang cahaya mata..Untunglah mereka ini..Sudah tertulis itulah jodoh mereka...
Pertemuan dan jodoh setiap insan adalah berbeza kerana setiap perjalanan yang dilalui juga adalah berbeza sama sekali...Yang pasti kita harus bersyukur kerana kita semua masih punyai seseorang untuk meluahkan rasa dan untuk berkongsi kehidupan...Harus tabah dan redha andai kita ditakdirkan bukan untuk dirinya...Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...
Tuhanku, aku terima semua ini sebagai takdirku atas kehendakmu...Segala yang terjadi pasti ada 1001 hikmah disebaliknya kerana hanya KAU sahaja yang Maha Mengetahui setiap sesuatu...

Bila Kakak Puasa


Lega rasa hati sebab sekali lagi untuk tahun ketiga kakak berpuasa..Kalau kali pertama pada usia 4 tahun hanya puasa 5 hari, Tahun lepas puasa tinggal 10 hari dan tahun ni setakat hari ini baru dua hari tinggal...Itupun sebab terlalu penat (pdhal hari cuti)...
Hopefully tahun ni walaupun dia puasa tak penuh tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan dari tahun-tahun sebelumnye...Cikgu2 kat sekolah pun pelik kenapa dia aktif sangat kat sekolah sbb bagitau Cikgu dia puasa...Dah memang hakikatnya, dia seorang yang aktif tapi tunggu la bila hari dah petang, mula la karenah-karenah dan alasan yang timbul supaya dia boleh berbuka...Dengan mama, SORRY..NO EXCUSE!!!..Puasa tetap kena puasa..Cuma ayah lembut hati lagi la..Tak sampai hati katanya...
Mujurlah anak tu baru 6 tahun..ye ler aku pun masa umur 6 tahun tak penuh tapi dapat gak 25 hari tau..he..he..he..Semoga kakak terus tabah dan terus belajar untuk menjadi anak yang solehah...

Bulan Puasa Tak Baik Membazir Tau...


Alkisah di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah...Yang pasti ramadhan kali ni aku elakkan pembaziran...Memang tak kunafikan, tak sempat nak memasak bila dah sampai ke rumah..Kalau pulang dari ofis saje sudah jam 5 petang...Sampai rumah saja dah pukul 6 petang...Padahal jarak perjalanan dari ofis ke rumah takde le jauh mana pun tapi rasa cam bercinta jer...
Sampai rumah nak settle hal anak dulu..Sorang ambik kat tingkat 3, sorang lagi ambik kat tingkat 8 dahtu baru balik...Kurang-kurang dah 6.30 petang..Belum lagi nak kuarkan lauk basah yang sejuk beku dalam peti ais untuk masak...Nak tunggu cair je dah ambik masa kat sejam, ditambah lagi sejam nak masak..Pukul brape nak mkn??? Mau kul 8 lebih baru buka puasa...
Akhirnya untuk mengelakkan masa yang sgt mencemburui aku, kita beli saja...Strategi aku beli pelbagai juadah tapi semuanya dalam kuantiti yg sedikit..Just cover untuk berbuka dan makan sahur aje...Yang pasti sahur je lauk2 tu dah abis...Takde le berlaku pembaziran dan pembuangan makanan yg keterlaluan...Kesian makanan tu...
So, kalau nak masak pun kena masak yg simple2 je...Kalau hari cuti baru boleh sempat masak...Kekadang tu bile tengok status kakak sendiri kat FB, tiap2 hari masak berjenis2 lauk pauk, siap dengan kuih-muih tp takpe le, kakak aku tu suri rumah sepenuh masa...Bab-bab memasak ni, dia memang pakar...Suruh masak apa pun, dia ok ajer...Cuma lately ni bersilat jugalah dia..Almaklumla anak2 kecik lagi..Sorang baru nak masuk 3 tahun..Yg sorang lagi baru 5 bulan...
So, pesanan aku...Elakkan pembaziran di bulan puasa ye...Lapar perut takpe, jangan lapar mata sbb kalau lapar mata pantang nampak je mesti mau beli
SELAMAT BERPUASA SEMUA...

Mau Jumpa Sahabat Blogger

Hampir setahun dah tidak bertemu sahabat Blogger seperti Sue, Nurul Uyun, Eb dan Aanie...Hanya blog sahaja tempat bercerita...kawan2 taknak ke kita berbuka puasa bersama-sama?? Lagi ramai, lagi meriahkan...
Uyun taknak buat tournament bowling lagi ker??? Mujur ada blog, dapatlah juga bertukar-tukar cerita dan pandangan...Phone ada tapi kekdang tu tak teringat pun nak call...Teruk betulkan saya ni???
Apa2 pun sahabat2 blogger yg lain, jom kita plan ber"GATHERING" bersama- sama..Ok tak???

Monday, July 16, 2012

Berpisah Jua...

Assalam wahai sahabat Blogger semua...Akhirnya setelah hampir 2 tahun 7 bulan, kami berpisah jua...Tak tahu la adakah ini perpisahan sementara atau selama-lamanya...
Korang jangan salah faham pulak yek...Berpisah ni maksudnya Si Kecil Marissa (Adik) dah berpisah menyusu badan dari aku...Setelah hampir 3 minggu berjaya memisahkannya...Walaupun pada mulanya agak sukar untuk Adik menerimanya tetapi setelah dipujuk secara psikologi (wah ayat), kini Adik dah dapat menerimanya...Walaupun adakalanya dia minta juga tapi aku tak layan n cuba alihkan perhatian dia pada perkara lain...
Kesannya, Adik kini makan lebih banyak...Untuk menggantikan susu dia, Ayah belikan Adik susu kotak Ducth Lady berperisa strawberri (kecil)...Tapi still boleh jimat juga sbb harga sepeket kotak yang mengandungi 4 kotak susu hanya RM4.00 x 6 kotak..hanya RM24.00 sahaja..sama jugalah dengan harga setin susu Dugro..
Nak buat macammna, dah macam2 jenama susu aku cuba..Dari yang mahal, sederhana n murah semuanya "TAK SEDAP" kata Adik...
Yang pasti pada episod awal nak pisahkan dia memang susah...Every weekend aku hantar dia balik rumah mak aku selama 3H2M supaya dia dapat membiasakan diri dengan tiadanya Mama di sisi...Minggu pertama "PARAH" juga bonda n adik aku sebab kena pujuk dia tengah malam...Minggu ke-2 slow sikit la..Dan akhirnya minggu ke-3 dia dah tak kisah...Dan akhirnya setelah genap hampir 3 minggu tidak menyusu badan, Adik tak kisah dah...Dah boleh tidur sendiri tanpa susu Mama...
Harap2 selepas ni Adik terus begini tapi kesan yg aku dapat pada diri aku ialah peningkatan sedikit berat badan...Oh tidak!!! Diet lah nampaknya...Ye ler masa menyusu badan tak pk naik badan sebab tau berat badan akan maintain..Tapi bila dah hampir sebulan ni nampak sikitlah kenaikan potongan badan tu...So, kena cepat2 tambah anak supaya aku still dapat maintainkan berat n potongan badan...

Wednesday, July 4, 2012

Telegram Dimansuhkan

pagi ni berita di SINAR FM telah memaklumkan bahawa penggunaan telegram sejak dari 138 tahun yg lalu telah dimansuhkan sepenuhnya..Almaklum la seiring dengan perubahan teknologi, telegram dah tak relevan lagi..Sekrg ni penggunaan BBM, Twitter, FB dan pelbagai jenis teknologi terkini telah meluas dan on d spot saja pelbagai berita dah boleh tahu...
Ye le kalau dulu telegram org guna untuk berita2 kecemasan..Skrg ni post ajer kat FB, Tweet ajer apa2 dah terus dpt...Apa2 pun berterima kasih pada perkhidmatan telegram kerana tanpa telegram mungkin org lain takkan tahu perkhabaran2 penting yang perlu dimaklumkan segera...

Monday, July 2, 2012

Selesai sudah majlis penting....Final Exam pulak der..

Ohhh happy sangat sebab dapat bersua kembali dengan semua sahabat blogger...Majlis penting??? Yes untuk beberapa minggu yang lepas sibuk dengan majlis persaraan Yang DiPertua PUSPANITA...bermula dgn Majlis Hati ke Hati bersama YDP pada 18hb Jun di pejabat Jalan Hose, KL..Untuk majlis ni semua staff terbuka untuk meluahkan segala rasa hati...Tangkap leleh juga dibuatnya...Diikuti Majlis The Colors Of PUSPANITA di FELDA Kristal pada 20hb Jun (sessi bersama JKT)...Kemudian 22hb, Majlis Serah Tugas YDP kpd bakal YDP...Dan kemuncak majlis persaraan YDP pada 25hb Jun 2012...Majlis Seindah Pelangi Petang di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI....Amboi saratnya dengan majlis
Selesai sudah majlis2 ni, aku terus bercuti panjang untuk menghadapi "FINAL EXAM"...Alhamdulillah 2 paper dah selesai...Masih ada 2 paper lagi yang perlu dihadapi...So, it's July and WELCOME MY DEAR JULY...


MAJLIS SEINDAH PELANGI PETANG


MAJLIS HATI KE HATI


MAJLIS THE COLORS OF PUSPANITA



MAJLIS THE COLORS OF PUSPANITA