MONEY!!!

Tuesday, May 22, 2012

Di sini Aku..


Salam penuh kemesraan buat sahabat Blogger sekalian...Akhirnya di sini aku tercampak...Setelah ditukarkan dari jabatan lama, kini aku di PUSPANITA KEBANGSAAN, JALAN HOSE, KL...alhamdulillah, syukur kerana diterima oleh semua orang di sini dengan hati terbuka...
Langkah pertama, jadilah diri sendiri...Itulah yang aku amalkan walau di mana saja...Sentiasa berfikiran positif walaupun dugaan dan masalah melanda...Bersifat neutral walau ada bisikan dan hasutan yang diterima...Biasalah itulah rencah kehidupan bekerja dan politik organisasi (wah..kelas ayat aku...)..Apa yang penting pandai2lah bawa diri dan jangan terikut-ikut dengan rentak yg tak sepatutnya...Cuba elakkan segala permasalahan, elakkan segala halangan2 yang tak sepatutnya...Komunikasi penting dalam apa2 yang dilakukan and the best part is "TEAMWORK"...Apa yang penting kerjasama...
Sifat kekeluargaan antara semua amat ketara...Saling ambil berat dan makan berjamaah bersama-sama tapi atas landasan yang betul bukan urusan yang tidak sepatutnya...Alhamdulillah, semua memahami status masing2...Setakat ni semuanya masih berjalan lancar...Di masa akan datang wallahua'lam...Hanya Tuhan yang bisa mengetahuinya...

Wednesday, May 16, 2012

Hingga ke saat ini...


Tuhan..ku syukuri rahmatmu kerana usia perkahwinan ini telah genap 7 tahun pada tanggal 14hb Mei yang lalu...Alhamduliilah, bahtera indah ini telah dikemudikan dengan sempurna oleh suami tercinta...
Impianku ini dengan harapan pelayaran ini akan berterusan hingga ke hujung nyawa...Moga kasih dan cinta yang disemai terus melekat di hati sanubari kami..Moga tali ikatan kasih yang disimpul ini terus tersimpul dengan rapi...
Sayangku, harapanku hanya satu semoga kita terus sama2 mengemudi bahtera perkahwinan ini...Terus sama2 menghadapi segala rintangan dan cabaran yang mendatang...Moga cinta ini kekal abadi selamanya...

Tuesday, May 8, 2012

Hari Terakhirku...


Ohhh sedih dan sayu juga kerana bakal meninggalkan tempat persinggahan pertama sebagai penjawat awam iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur...Setelah 3 tahun berkhidmat di sini dah tiba masanya untuk aku mencari perubahan demi kemajuan diri sendiri....
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat pertama menimba pengalaman...Banyak kenangan manis yang terukir di sini...Di sini aku belajar erti pengorbanan, persahabatan, kerjasama, kekeluargaan dan segalanya...Gelak tawa & tangis sentiasa mengiringi hari2 aku di sini..Yang pasti gelak tawa & gurau senda setiap hari sentiasa terus terpahat di hati...
Akhirnya aku pula meninggalkan JAWI...Semoga JAWI terus cemerlang dan sentiasa dicontohi...Insya-Allah ada kesempatan kita bersua lagi...
Selamat tinggal kakak2, adik2, abang2, sahabat2 dan semuanya...Segala memori bersama tetap terpahat disanubari ini...

Friday, May 4, 2012

My Everlynn Skincare Product


Assalam buat semua sahabat Blogger..Just nak share dengan korang semua produk muka yang baru seminggu aku kenal dan guna...Baru-baru ni tetiba kulit muka jadi terkena alahan yang boleh dikatakan kritikal...Alhamdulillah mujur ada kawan sekelas yang sudi berkongsi dan memberikan kepercayaan kepada aku untuk mencuba produk Everlynn yang sedang hangat di pasaran...Memang best lah pdouk ni...Sangat berkesan...So, kekawan semua yang berminat untuk mencuba produk ni jom terjah blog ni dan buatlah tempahan ok...Dijamin kulit cantik sehalus mulus lagi..Wah kelas kau Maria!!!
http://shazeverlynn.blogspot.com/2012/04/stok-everlynn-baru-sampaiiii.html

Thursday, May 3, 2012

Indahnya Bulan Mei

Mei muncul kembali...Bulan Mei merupakan bulan yang amat bermakna untuk diri aku...Bulan Mei bulan penyatuan hati antara aku dan si dia...Bulan Mei juga merupakan bulan sambutan Hari Ibu...Indah dan nikmatnya diri ini setelah bergelar seorang ibu...
Apa lagi istimewa di bulan Mei ni??? Mungkin korang semua mempunyai bulan istimewa masing2...Macam aku bulan yang betul2 istimewa tentulah Julai iaitu bulan aku dilahirkan...Apapun just nak wish kat korang semua 'Selamat Bulan Mei"....Ceh..ada ke sambutan bulan Mei???