MONEY!!!

Friday, January 27, 2012

Final Exam...

Nak cerita sebab seterusnya aku tak singgah blog...FINAL EXAM!!! Aku rasa semua orang tau kot aku ni "part time student"...So, as usual, FINAL EXAM is a must ok!!!
Semester ni saja 4 paper aku kena adap..2 papers of calculation n 2 papers reading...Sangat mencabar minda ok...Penatnya tak terkata...
1st paper on 4th January tapi biasa ler kalau dah namanya study last minute (kes beberapa hari sebelum pegi mandi-manda kat Ulu Yam) semuanya last minute masuk kepala...Itupun antara masuk dengan tak masuk la...Sempat ler juga study 2 hari sebelumnya..
Selang sehari, 6th January paper calculation lagi...Yang ni aku memang "confident" compare than 1st paper...Memang study abis for this paper..."TAXATION 1"
Then gap for one week, on 16th January sambung dengan paper management...Wah yang nipun boleh tahan ler nak menghapalnya...
And my last paper on 20th January...Lega semuanya dah settle...Yang pasti semester ni paper aku semuanya pagi..Dan aku telah pastikan peristiwa semester lepas tidak berulang kembali di mana aku telah tersilap waktu exam yang membuatkan aku kena repeat paper hanya salah time...
Apa2 pun aku berdoa semoga aku "LULUS" semua paper sebab aku malas nak extend sem lagi dan menambahkan kos2 sampingan yang sememangnya memeningkan kepala...
Well, tunggu laks alkisah percutian aku kali ni selepas abis "FINAL EXAM"...



Lepas exam legakan diri dengan Tutti Frutti...


Bebudak kelas aku lepas exam...Muka lega masing2...


My 1st paper yang aku kena adap...

My place during exam...Sempat lagi snap gambor...

Hujung Tahun Busy Dengan "Close Account"


Well, aku nak mulakan dengan alkisah hujung tahun di Unit Kewangan ni...Almaklum la aku ni bertugas di Unit Kewangan, JAWI, KL sebagai Penolong Pegawai Tadbir (N27)....Wah sungguh complete aku bercerita yek...
Bila hujung tahun aje, jabatan perlu settlekan semua payment yang perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak AG...So, kami kenalah kejar invois2 dari pembekal, claim2 dari staff yang perlu diselesaikan...
Setiap jabatan perlu "perhabiskan" duit peruntukan tahunan yang telah diberikan oleh kementerian masing2...Target berbelanja adalah 99% sekurang2nya...Kiranya kalau dapat belanja 99% dari peruntukan memang bagus laa...Dan tahun ni alhamdulillah dapatlah juga achieve 99% tu...
Apa kerja aku sebagai Penolong Pegawai Tadbir ni??? Ohh boleh tahanlah, kena check semua payment dalam sistem yang telah dibuat oleh staff...Banyak tau jenis bayaran kat Unit Kewangan ni cthnya; byrn LO, KONTRAK, T&T, OT dan segala elaun2...Naik juling mata & kematu punggung dibuatnya...
Tapi biar apa pun, apa yang pentinG "KERJASAMA"...Alhamdulillah, dengan kerjasama dari staff & bos, semuanya berjalan lancar...Aku ni kalau dah adap kerja memang takde masa le nak singgah blog...Kalau kat rumah lagi ler...Asal aku "ON" aje pc, ada ler tukang2 sibuk...
Ok ler ini baru alkisah salah satu sebab aku tak singgah blog...Tunggu next en3 untuk sebab seterusnya...Macam2 daaa...

Thursday, January 26, 2012

Setelah Sekian Lama...


Wah tajuk en3 taknak kalah...Dah cam tajuk lagu pun ada...Anyway, lama juga aku menyepikan diri dari menulis blog...Bukan menyepi tapi kesibukan yang melanda...
Banyak stori-mori nak share ni...Antara sebab2 tak tulis blog:

1) Sibuk dengan "close account" ujung tahun
2) Busy dengan final exam
3) Percutian

Takde le banyak pun sebabnya tapi yang pasti aku nak citer satu-persatu perkara di atas ok...Apa2 pun kenalah tunggu next en3 dan jangan lupe singgah nanti yek...Sayang semua...

Friday, January 13, 2012

Bila SBPA ditangguhkan...

Adusss..Pening gaks kepala memikirkan masalah yang tak selesai2 ni...Kalau SBPA ditangguhkan bila nak rasa gaji baru ni...Hakikatnya, memang benefitnya lebih kepada pengurusan tertinggi tapi takpe le kita tunggu camne diorg review yang baru ni...
Nak batal tak boleh sebab dah announce kat semua penjawat awam dan dah diluluskan di Parlimen...So, the only thing, yang diorg boleh buat ialah review balik dan tangguh...Agak2nya ini salah satu strategi CUEPACS kot nak tunggu sampai PRU...Tak tau le aku agak2 ajer...Tapi yang pasti aku dah sign pun borang SBPA dan tempoh berpencen pada umur 60 tahun...So, kekawan yang kerja gomen tu, apakah pilihan anda??

Tuesday, January 10, 2012

Ustaz Kazim, Ustaz Azhar idrus & Ustaz Don...

Apa kes tetiba aku citer pasal Ustaz2 ni??? Well, inilah Ustaz2 yang sedang menular "kepopularan" mereka di kalangan rakyat Malaysia...Yes, suka sangat tengok tiga2 Ustaz ni bagi ceramah...Masing2 dengan gaya tersendiri...Yang pasti tiga2nya kelakar dan penuh dengan keselambaan...
Ustaz Azhar Idrus nipun aku jarang tengok dia tapi selalu gaks dengar orang citer2 pasal dia...Bila tengok dia berceramah dengan dialeknya, lawaknya memang seronok...
Ustaz Kazim dengan lagu2nya...Ada ajer kaitan lagu dengan isi2 ceramah dia...Agaknya beginilah cara ceramah alaf baru...Ye ler tu takde ler orang bosan sangat...Almaklumla, "orang2 kita" ni kalau dengar ceramah berapa kerat sangat yang fokus untuk mendengar...Dengan adanya penceramah2 sebegini, dapatlah menarik minat2 golongan muda-mudi untuk dengar ceramah...Tak kering gusi dibuatnya...Dan yang pasti "confirm" tak bosan dan terus melekat di hati dan sanubari kita semua sebagai umat Islam hendaknya...Insya-Allah...



Ustaz Azhar Idrus (google)


Ustaz Don Daniyal(google)


Ustaz Kazim Elias (google)

Adik, bila nak berenti menyusu ni...

Bukan mengeluh atau berduka tapi memandangkan anakanda Marissa dah masuk 2 tahun 1 bulan maka dengan itu aku nak stop "BREASTFEED" dia...Aduhhh dugaan juga dibuatnya...Kekadang tu rasa kesian juga sebab selama 2 tahun tak pernah minum susu lain tetiba nak bagi susu formula, cam sayu je hati aku nak bagi...
Hari tu saja le usha2 susu kat Giant...Wah harga susu sekarang bukan main mahal betul!!! So, bila dah biasa jimat dengan susu badan ni, nak beli susu formula tu cam boleh dikategorikan agak 'PARAH" juga...Memang tak dinafikan pelbagai susu formula yang hebat2 sekarang tapi tak boleh lawan kehebatan susu ibu...Nipun aku still buat stok susu untuk di rumah walaupun dia dah kurang menyusu...
Macam2 cara juga aku try tapi nampaknya dia lagi bijak...Kalau dah terpaksa maybe kena le "extended breastfeed" sampai dia sendiri dengan rela hati nak berhenti...Sebabnya most of the lactation counselor said that "let them stop naturally"...Don't push them to stop...So, biarlah dia menikmati sepuasnya...Well, ada masa kita citer lagi pasal "extended breastfeeding"...


Suka Tengok 30 minit bersama Ustaz Don

Salam Selasa semua...Malam tadi tetiba Hubby buka chanel TV Alhijrah sebab selama ni aku tak tengok pun rancangan kat TV AlHijrah ni, almaklum la ofis sebelah ajer...
Ngam2 pulak tu rancangan Ustaz Don yang sedang femes sekarang ni...Selama hari ni just layan ceramah dia kat YOUTUBE...Maka dengan kesempatan yang ada kami pun layan aje rancangan Ustaz Don ni...Memang seronok juga layan...Dia pun kelakar dan cara ceramah dia memang sangat berhemah dan lemah lembut...Hubby pun suka layan...Tapi yg tak syoknya sebab 30 minit ajer, cam tak puas ajer tengok die berceramah...
So, mulai hari ni jom kita layan ramai2 30 MInit bersama Ustaz Don di TV Alhijrah setiap hari 10.30 malam...Kalau rajin tengok ulangannya setiap pagi pun ada...

Tuesday, January 3, 2012

Jom Mandi-Manda kat Ulu Yam

Apabila kebosanan melanda sesuatu harus dilakukan...Apa lagi jomlah kita pegi mandi-manda...Ke mana arah tujuan??? Ulu Yam!!! Itulah peristiwa semalam yang telah dilalui...Seharian kami ke sana bersama bonda mertua dan ipar-duai...Dari 8.30 pagi sampai 2.30 petang...Mandi tak hengat dunia...Yang seronoknya tentulah anak2...Layan ajer le beberapa keping gambo yang aku rajin nak upload ni sebab yang lain kat kamera adik ipar....





Sorry Lambat Wish...

Maaf kepada semua sahabat blogger kerana tidak berkesempatan untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012"...Jadi di kesempatan ini "Selamat Tahun Baru" buat semua...Semoga tahun ini dapat memberikan kita semangat baru agar menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmatNya...Apa yang pasti agar tahun 2012 ini juga agar impian kita semua terlaksana hendaknya dan menjadi kenyataan...Amin...

Layan OMBAK RINDU kat Astro First


Ehemm..ehem...dapatlah juga tengok OMBAK RINDU kat Astro First walaupun niat di hati nak tengok kat panggung wayang...Ambik kau 2 hari non-stop aku tengok kat ASTRO...Kire puas hatilah walaupun tak sehebat di dalam novel...Mana boleh samakan...

Hubby kata jalan cerita dia menarik dan tak membosankan...Aku jua bersetuju cuma cam tak puasnya sebab pendek sgt berbanding dalam novel...So, bagi mereka yg pernah baca novel seperti aku, filem OMBAK RINDU ni kiranya kategori oklah berbanding mereka yang tak pernah baca "excited" lebih sikitlah...

Apa-apa pun aku memang happy dapat layan OMBAK RINDU kat Astro First ni...Ye ler akibat kekangan masa yang tidak mengizinkan maka tak dapatlah nak tengok kat panggung wayang...Macam cerita "Mission Impossible" pun, hajat di hati nak tengok kat panggung wayang tapi apakan daya tunggu ajer le kat Astro First...Boleh juga tengok ulang2...Tak gitu???