MONEY!!!

Monday, July 16, 2012

Berpisah Jua...

Assalam wahai sahabat Blogger semua...Akhirnya setelah hampir 2 tahun 7 bulan, kami berpisah jua...Tak tahu la adakah ini perpisahan sementara atau selama-lamanya...
Korang jangan salah faham pulak yek...Berpisah ni maksudnya Si Kecil Marissa (Adik) dah berpisah menyusu badan dari aku...Setelah hampir 3 minggu berjaya memisahkannya...Walaupun pada mulanya agak sukar untuk Adik menerimanya tetapi setelah dipujuk secara psikologi (wah ayat), kini Adik dah dapat menerimanya...Walaupun adakalanya dia minta juga tapi aku tak layan n cuba alihkan perhatian dia pada perkara lain...
Kesannya, Adik kini makan lebih banyak...Untuk menggantikan susu dia, Ayah belikan Adik susu kotak Ducth Lady berperisa strawberri (kecil)...Tapi still boleh jimat juga sbb harga sepeket kotak yang mengandungi 4 kotak susu hanya RM4.00 x 6 kotak..hanya RM24.00 sahaja..sama jugalah dengan harga setin susu Dugro..
Nak buat macammna, dah macam2 jenama susu aku cuba..Dari yang mahal, sederhana n murah semuanya "TAK SEDAP" kata Adik...
Yang pasti pada episod awal nak pisahkan dia memang susah...Every weekend aku hantar dia balik rumah mak aku selama 3H2M supaya dia dapat membiasakan diri dengan tiadanya Mama di sisi...Minggu pertama "PARAH" juga bonda n adik aku sebab kena pujuk dia tengah malam...Minggu ke-2 slow sikit la..Dan akhirnya minggu ke-3 dia dah tak kisah...Dan akhirnya setelah genap hampir 3 minggu tidak menyusu badan, Adik tak kisah dah...Dah boleh tidur sendiri tanpa susu Mama...
Harap2 selepas ni Adik terus begini tapi kesan yg aku dapat pada diri aku ialah peningkatan sedikit berat badan...Oh tidak!!! Diet lah nampaknya...Ye ler masa menyusu badan tak pk naik badan sebab tau berat badan akan maintain..Tapi bila dah hampir sebulan ni nampak sikitlah kenaikan potongan badan tu...So, kena cepat2 tambah anak supaya aku still dapat maintainkan berat n potongan badan...

6 comments:

eB said...

2 thn 7 bln yer/ lamer tuh... wb dua2 pn 23 bln jerk. hu3

working mom... said...

cepat2 tambah anak ~ ayat xleh tahan ni..hahah...

aShEMaSt said...

wow besh nya dapat BF sampai 2 tahun lebih.. asma pun mmg berniat n nekad nak BF baby sampai 2 tahun..
insyallah..moga2 dipermudahkan.. nanti kasi la tips kat asma yer.. ;)

aShEMaSt said...

wow besh nya dapat BF sampai 2 tahun lebih.. asma pun mmg berniat n nekad nak BF baby sampai 2 tahun..
insyallah..moga2 dipermudahkan.. nanti kasi la tips kat asma yer.. ;)

sedutzone said...

air dicincang takkan putus... ahakz... peribahasa tu tipukan??

sedutzone said...

lepak dan follow...