MONEY!!!

Friday, March 9, 2012

Bila SBPA dibatalkan...

Berita yang sangat mengujakan buat semua Penjawat Awam tatkala PM kita mengumumkan pembatalan SBPA...Semua Penajwat Awam bersorak, bertepuk tangan keriangan termasuklah aku juga...Yang pasti pembatalan SBPA melegakan semua Penjawat Awam di mana sebelum ni banyak sungguh ketidakpuasan hati...
Apa2 pun bersyukur dan berterima kasih kepada PM kerana mendengar luahan dan rintihan Penjawat Awam yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan SBPA (walaupun aku dah sign SBPA) kerana terpaksa rela...Boleh ker camtu???
Nampaknya KPPA perlu letak jawatan atas usaha yang sia-sia ini kerana hanya membuang waktu melaksanakan sesuatu yang akhirnya berkubur begitu sahaja....Pembaziran kertas bak kata kekawan FB sudah pasti...Bayangkan menyediakan dokumen dari mula draf sehingga diumumkan..Berapa banyak telah dibazirkan...Lu pikirlah sendiri...
Yang pasti usaha CUEPACS tidak sia-sia...Terima kasih kepada Presiden CUEPACS, Dato Omar for your excellent job...U did very well...Walaupun tak semua permintaan dipenuhi sekurang-kurangnya keadilan dengan peratus kenaikan gaji sama rata, memberi kepuasan kepada semua Penjawat Awam....
Kepada semua Penjawat Awam, gaji dah naik, apa lagi tingkatkan prestasi kerja anda ye...Jangan malas2 ok...Moaga2 hujung tahun ni diumumkan bonus 2 bulan...Insya-Allah...

3 comments:

Anum said...

macam2 kan sis
tapi apa pun anum bersyukur

Miss uCu said...

yup..stju kata2 itu..thanks CUEPACS :)

aizamia3 said...

sekurang-kurangnya tak terikat dengan sesuatu yang tak nampak jelas terangnya skim itu.