MONEY!!!

Thursday, February 9, 2012

Alhamdulillah...Bila Penyusuan Eksklusif Dapat Sambutan

Syukur sangat...Walaupun dulu aku bukanlah seorang ibu yang menyusukan anak sulung secara eksklusif tetapi aku tetap sokong usaha-usaha Ibu dan para pengamal penyusuan eksklusif...Dan sehinggalah aku sendiri merasai nikmat dan susah payahnya penyusuan eksklusif ini kerana rasa bangga sangat penyusuan eksklusif ini dah menular ke seluruh pelusuk Malaysia...
Hari ini penyusuan eksklusif telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan ibu-ibu di Malaysia...Ini telah menunjukkan betapa penyusuan eksklusif ini telah memberi impak yang besar kepada ibu-ibu di Malaysia...Dah banyak hospital2, klinik2 rakan bayi diwujudkan semata-mata untuk menggalakkan penyusuan eksklusif ini...
Dan baru2 ini juga satu iklan TV berkenaan penyusuan eksklusif susu ibu telah ke udara di saluran TV (tapi x ingat lak channel mana yang aku tengok)...rasa berbangga sangat2 kerana penyusuan eksklusif ini dah mula keluar di kaca TV dan bakal bersaing dengan susu formula yang kehebatannya belum tentu setanding dengan susu ibu...
Buka saja internet, dah banyak grup FB dan blog berkenaan penyusuan eksklusif diwujudkan...Antara grup yang aku follow di FB "Kumpulan Ibu Menyusukan"...Kalau blog tak usah cakap ler...By the way, kepada bakal2 ibu yang ingin melaksanakan penyusuan eksklusif, boleh dan digalakkan sangat join grup FB yang aku sebut kat atas tu...Pelbagai isu, masalah, pertanyaan boleh dkongsi dan ditanya...
Kalau nak tanya direct kat aku pun boleh sebab alhamdulillah aku dah berjaya menyempurnakan penyusuan eksklusif 2 tahun ini tapi sehingga kini masih mengepam dan menyusukan anakanda Marissa Ilmi...Insya-Allah, aku ni takde le hebat mana tapi kalau sikit2 tu bolehlah...Perkara yang baik haruslah dikongsi bersama agar semua orang dapat manfaatnya

1 comment:

azam said...

saya pun sokong 100%......jimat dan bagus sebenarnya