MONEY!!!

Friday, January 27, 2012

Hujung Tahun Busy Dengan "Close Account"


Well, aku nak mulakan dengan alkisah hujung tahun di Unit Kewangan ni...Almaklum la aku ni bertugas di Unit Kewangan, JAWI, KL sebagai Penolong Pegawai Tadbir (N27)....Wah sungguh complete aku bercerita yek...
Bila hujung tahun aje, jabatan perlu settlekan semua payment yang perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak AG...So, kami kenalah kejar invois2 dari pembekal, claim2 dari staff yang perlu diselesaikan...
Setiap jabatan perlu "perhabiskan" duit peruntukan tahunan yang telah diberikan oleh kementerian masing2...Target berbelanja adalah 99% sekurang2nya...Kiranya kalau dapat belanja 99% dari peruntukan memang bagus laa...Dan tahun ni alhamdulillah dapatlah juga achieve 99% tu...
Apa kerja aku sebagai Penolong Pegawai Tadbir ni??? Ohh boleh tahanlah, kena check semua payment dalam sistem yang telah dibuat oleh staff...Banyak tau jenis bayaran kat Unit Kewangan ni cthnya; byrn LO, KONTRAK, T&T, OT dan segala elaun2...Naik juling mata & kematu punggung dibuatnya...
Tapi biar apa pun, apa yang pentinG "KERJASAMA"...Alhamdulillah, dengan kerjasama dari staff & bos, semuanya berjalan lancar...Aku ni kalau dah adap kerja memang takde masa le nak singgah blog...Kalau kat rumah lagi ler...Asal aku "ON" aje pc, ada ler tukang2 sibuk...
Ok ler ini baru alkisah salah satu sebab aku tak singgah blog...Tunggu next en3 untuk sebab seterusnya...Macam2 daaa...

No comments: