MONEY!!!

Monday, December 31, 2012

Persiapan Sekolah Kakak

Alhamdulillah...Kakak bakal bersekolah di Sekolah Kg. Batu, Jalan Ipoh, KL. Segala persiapan semuanya dah selesai. cuma adalah juga barang yg sikit2 nak dibeli. Khamis lepas Hari Orientasi sekolah. Aku tengok cam takde perasaan je pegi sekolah. Mungkin sebab dah biasa tp tak tahula camne nanti hari pertama. Harapnye semua berjalan lancar. 2hb Januari ni mama & ayah dah awal2 ambik cuti untuk hantar kakak ke sekolah. Almaklumla kali pertama hantar anak masuk sekolah betul. 23 tahun yang lalu aku bersekolah darjah satu di tempat yang sama. Kini giliran aku pula hantar anak ke sekolah. Sementara ni kakak akan diletakkan di kelas 1 Berlian di mana kelas untuk darjah satu cuma ada 3 kelas sahaja. Seronokkan kelas tak banyak. So, cikgu pun tak lah pening kepala nak layan karenah murid yang ramai. Untuk 3 minggu pertama ni, murid2 semua akan diuji dengan kemampuan masing2 untuk menentukan kelas mereka mengikut ke"pandaian" masing2. Apa2 pun semoga hari persekolahan kakak yang bakal dilalui akan menggembirakan kakak. Yang pasti semoga kakak menjadi murid yang rajin dan menyenangkan hati semua. Kakak belajar pandai2 ye. Semoga kakak terus cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan kakak.

2012 yang bakal berlalu...Selamat Datang 2013 & Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum buat semua sahabat blogger Nampaknya 2012 bakal meninggalkan kita..Aku akui terlalu banyak kenangan yang telah dilalui sepanjang 2012. Ada manis, pahit, suka dan duka...Namun begitu alhamdulillah kerana diri ini masih lagi mampu mengharungi segala kepahitan 2012 yang dilalui. Terima kasih Allah kerana telah menguatkan semangat ini sehingga ke titisan tahun-tahun terakhir 2012. Apa yang diharapkan semoga 2013 yang bakal menjelma memberikan aku satu sinar baru yang bakal menyinari kehidupan aku sebagai penjawat awam. terlalu banyak duka dan rintangan yang dihadapi sepanjang aku berkhidmat di PUSPANITA...Semoga Allah permudahkan segalanya. Tiada apa yang dapat aku nyatakan kepada semua...Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua sahabat Blogger yang dikasihi.

Friday, December 14, 2012

Goodbye...

seminggu telah berlalu...to all my blogger frens, kereta ini telah selamat dijual pada tanggal 7 Disember 2012 yg lalu setelah hampir 2 tahun aku memilikinya...baru 3 bulan tukar wajah, akhirnya aku relakan jua pemergianmu.. sedih juga tapi demi keselesaan kami sekeluarga..apapun semoga dirimu bahagia di samping si dia...wah ayat...kalau ada kawan2 yg jumpa, sampaikan salam saya kepadanya...apa pun kereta ni memang terbaik!!!

hari lahir yg telah berlalu...

tarikh 6hb disember telah berlalu..selamat hari lahir anak mama Marissa Ilmi Zairul. genap sudah usia 3 tahun. terasa baru semlm mama melahirkan kamu..Marissa doa mama semoga kamu menjadi anak yg berguna kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara... sayang selalu..moga kehidupanmu sentiasa diberkati..

Monday, November 26, 2012

November...

Bulan November hampir melabuhkan tirainye...Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang November ini...Antaranya Hari Konvokesyen Tadika Auza (tempat kakak bersekolah) dan juga persiapan kakak melangkah ke alam persekolahan sebenar... Hari Konvokesyen kakak telah berlangsung dengan jayanya pada 15hb November yang lalu...Alhamdulillah keputusan peperiksaan yang diterima amat memuaskan..Yang penting peningkatan perlu ada...Lagi satu tak perlu nak stress sangat budak2 dengan marah2 mereka sekiranya keputusan tidak memuaskan kerana itu hanya akan menambahkan rasa rendah diri dalam diri mereka...Yang pasti mama bangga dengan kakak kerana kakak telah menunjukkan tahap kecemerlangan yang bagus... Persiapan sekolah kakak sudah hampir 80%...Yang tinggal hanya buku sekolah dan tudung sekolah...Baju kakak 3 helai, beg sekolah, kasut sekolah 2 pasang...Kakak pun nampaknya tak sabar nak bersekolah, berjumpa dengan sahabat2 baru... Memandangkan sekarang cuti sekolah, kakak sibuk nak tinggal dengan Pah dan Atuk...Sudah hampir seminggu lebih kakak tinggal dengan atuk...Sian juga pada adik sebab tinggal sorang2...Takde kakak nak main sama2...Sudahnya sorang2 lah dia main... Apa pun semester pembelajaran aku kali ini tak banyak kelas yang perlu aku hadir kerana ada 2 subjek yg aku hanya tumpang kelas e-pjj...So, kelas selang dua minggu...Jadi takde la penat sangat..Apa pun subjek kali ni boleh dikatakan agak mencabar minda aku...Yang penting, USAHA!!! Ok...aku undur diri dulu...Next time, kita stori mori lagi...

Saturday, November 3, 2012

Setelah 5 Bulan berlalu...

Setelah 5 bulan Adik berhenti menyusu badan, berlaku pertambahan berat badan yg tak sepatutnya...Oh tidak dapat dicegah lagi...Yang membuatkan ia berganda lagi sebab sekrg stress sangat di tempat kerja baru...Sesetengah orang kalau stress tak lalu makan tapi aku tidak lagi bertambah kuat makan adalah...Tapi aku dah tak kisah sbb sekrang ni adalah bentuk badan aku sebelum mengandung Marissa...Setelah 2 tahun setengah berat aku tak berapa nak naik, now everything back to normal but if aku nak kurus balik kenalah pregnant balik so that, I will be an exclusive BF mother...Oh MY ENGLISH!!!...

Thursday, October 25, 2012

Bakal Bersekolah

Lagi beberapa bulan Kakak akan melangkah ke alam realiti persekolahan sebenar...Sekolah yang akan mengajar kakak banyak perkara...Moga kakak akan menjadi insan berguna...Kakak akan bersekolah di sekolah yang sama aku belajar sewaktu berusia 7 tahun...SEK. KEB KG. BATU.. Sejarah berulang kembali...Tahun 1989, pertama kali aku menjejakkan kaki di sekolah ini, ibunda tercinta yang menghantar aku...Dan kini sudah tiba pula giliran aku...Semacam tidak percaya...Inilah realiti kehidupan...Ibarat roda yang sedang berputar... Apapun aku bangga diberi peluang menjadi seorang ibu kepada dua orang puteri...

My Girl...MARSYA ILMI ZAIRUL at Majlis Kunjungan Nostalgia YAB Tun Dr. Siti Hasmah

Assalam sahabat Blogger..Lama rasanya tidak menjengah ke sini...Busy, busy, busy dan busy sampai takde masa nak menaip lagi... Actually, banyak bende gak nak share tapi sampai dah tak tau nak share apa...But apa kata layan je pictures ni semua

Friday, September 14, 2012

Duhai Hati...


Kali terakhir aku menulis adalah pada 31hb Julai..Dan sesudah hampir 2 bulan, aku kembali semula..Pelbagai cerita ingin aku kongsikan satu persatu tapi rasanya tak mampu aku coretkan satu persatu...Sahabat Blogger sekalian, hampir 2 bulan pelbagai dugaan, tohmahan, cacian, difitnah, ditikam belakang dan pelbagai karenah manusia yg aku lalui dalam menjalani rutin harian sebagai seorang "PENJAWAT AWAM" ditempat baru.
Ya Allah, hebatnya dugaan yang telah Engkau berikan ini...Namun aku akui setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...Aku cuba mencari penyelesaiannya, sentiasa berfikiran positif walaupun dalam hati ini bagai ditikam2 dan dirodok2...Sakitnya hati menghadapi semua ini...
Moga mereka2 ini dilaknat oleh mu..Duhai hati, tabah dan sabar menghadapi rencah kehidupan dan manusia sebegini..Sentiasa fikir diri anda adalah yang terbaik...

Gambor raya pertama...

Tuesday, July 31, 2012

Aku Bukan Untukmu...


Mungkin setiap dari kita ditakdirkan bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin juga dengan orang lain...Tak semua menerima jodoh yang satu, yang kekal di mana bercinta, bertunang dan berkahwin dengan insan yang sama..Kalau ada pun hanya beberapa kerat sahaja...Dan aku juga mempunyai sahabat yang bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin dengan insan yang sama...Percintaan dari tingkatan satu akhirnya kini bersatu dan mempunyai seorang cahaya mata..Untunglah mereka ini..Sudah tertulis itulah jodoh mereka...
Pertemuan dan jodoh setiap insan adalah berbeza kerana setiap perjalanan yang dilalui juga adalah berbeza sama sekali...Yang pasti kita harus bersyukur kerana kita semua masih punyai seseorang untuk meluahkan rasa dan untuk berkongsi kehidupan...Harus tabah dan redha andai kita ditakdirkan bukan untuk dirinya...Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...
Tuhanku, aku terima semua ini sebagai takdirku atas kehendakmu...Segala yang terjadi pasti ada 1001 hikmah disebaliknya kerana hanya KAU sahaja yang Maha Mengetahui setiap sesuatu...

Bila Kakak Puasa


Lega rasa hati sebab sekali lagi untuk tahun ketiga kakak berpuasa..Kalau kali pertama pada usia 4 tahun hanya puasa 5 hari, Tahun lepas puasa tinggal 10 hari dan tahun ni setakat hari ini baru dua hari tinggal...Itupun sebab terlalu penat (pdhal hari cuti)...
Hopefully tahun ni walaupun dia puasa tak penuh tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan dari tahun-tahun sebelumnye...Cikgu2 kat sekolah pun pelik kenapa dia aktif sangat kat sekolah sbb bagitau Cikgu dia puasa...Dah memang hakikatnya, dia seorang yang aktif tapi tunggu la bila hari dah petang, mula la karenah-karenah dan alasan yang timbul supaya dia boleh berbuka...Dengan mama, SORRY..NO EXCUSE!!!..Puasa tetap kena puasa..Cuma ayah lembut hati lagi la..Tak sampai hati katanya...
Mujurlah anak tu baru 6 tahun..ye ler aku pun masa umur 6 tahun tak penuh tapi dapat gak 25 hari tau..he..he..he..Semoga kakak terus tabah dan terus belajar untuk menjadi anak yang solehah...

Bulan Puasa Tak Baik Membazir Tau...


Alkisah di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah...Yang pasti ramadhan kali ni aku elakkan pembaziran...Memang tak kunafikan, tak sempat nak memasak bila dah sampai ke rumah..Kalau pulang dari ofis saje sudah jam 5 petang...Sampai rumah saja dah pukul 6 petang...Padahal jarak perjalanan dari ofis ke rumah takde le jauh mana pun tapi rasa cam bercinta jer...
Sampai rumah nak settle hal anak dulu..Sorang ambik kat tingkat 3, sorang lagi ambik kat tingkat 8 dahtu baru balik...Kurang-kurang dah 6.30 petang..Belum lagi nak kuarkan lauk basah yang sejuk beku dalam peti ais untuk masak...Nak tunggu cair je dah ambik masa kat sejam, ditambah lagi sejam nak masak..Pukul brape nak mkn??? Mau kul 8 lebih baru buka puasa...
Akhirnya untuk mengelakkan masa yang sgt mencemburui aku, kita beli saja...Strategi aku beli pelbagai juadah tapi semuanya dalam kuantiti yg sedikit..Just cover untuk berbuka dan makan sahur aje...Yang pasti sahur je lauk2 tu dah abis...Takde le berlaku pembaziran dan pembuangan makanan yg keterlaluan...Kesian makanan tu...
So, kalau nak masak pun kena masak yg simple2 je...Kalau hari cuti baru boleh sempat masak...Kekadang tu bile tengok status kakak sendiri kat FB, tiap2 hari masak berjenis2 lauk pauk, siap dengan kuih-muih tp takpe le, kakak aku tu suri rumah sepenuh masa...Bab-bab memasak ni, dia memang pakar...Suruh masak apa pun, dia ok ajer...Cuma lately ni bersilat jugalah dia..Almaklumla anak2 kecik lagi..Sorang baru nak masuk 3 tahun..Yg sorang lagi baru 5 bulan...
So, pesanan aku...Elakkan pembaziran di bulan puasa ye...Lapar perut takpe, jangan lapar mata sbb kalau lapar mata pantang nampak je mesti mau beli
SELAMAT BERPUASA SEMUA...

Mau Jumpa Sahabat Blogger

Hampir setahun dah tidak bertemu sahabat Blogger seperti Sue, Nurul Uyun, Eb dan Aanie...Hanya blog sahaja tempat bercerita...kawan2 taknak ke kita berbuka puasa bersama-sama?? Lagi ramai, lagi meriahkan...
Uyun taknak buat tournament bowling lagi ker??? Mujur ada blog, dapatlah juga bertukar-tukar cerita dan pandangan...Phone ada tapi kekdang tu tak teringat pun nak call...Teruk betulkan saya ni???
Apa2 pun sahabat2 blogger yg lain, jom kita plan ber"GATHERING" bersama- sama..Ok tak???

Monday, July 16, 2012

Berpisah Jua...

Assalam wahai sahabat Blogger semua...Akhirnya setelah hampir 2 tahun 7 bulan, kami berpisah jua...Tak tahu la adakah ini perpisahan sementara atau selama-lamanya...
Korang jangan salah faham pulak yek...Berpisah ni maksudnya Si Kecil Marissa (Adik) dah berpisah menyusu badan dari aku...Setelah hampir 3 minggu berjaya memisahkannya...Walaupun pada mulanya agak sukar untuk Adik menerimanya tetapi setelah dipujuk secara psikologi (wah ayat), kini Adik dah dapat menerimanya...Walaupun adakalanya dia minta juga tapi aku tak layan n cuba alihkan perhatian dia pada perkara lain...
Kesannya, Adik kini makan lebih banyak...Untuk menggantikan susu dia, Ayah belikan Adik susu kotak Ducth Lady berperisa strawberri (kecil)...Tapi still boleh jimat juga sbb harga sepeket kotak yang mengandungi 4 kotak susu hanya RM4.00 x 6 kotak..hanya RM24.00 sahaja..sama jugalah dengan harga setin susu Dugro..
Nak buat macammna, dah macam2 jenama susu aku cuba..Dari yang mahal, sederhana n murah semuanya "TAK SEDAP" kata Adik...
Yang pasti pada episod awal nak pisahkan dia memang susah...Every weekend aku hantar dia balik rumah mak aku selama 3H2M supaya dia dapat membiasakan diri dengan tiadanya Mama di sisi...Minggu pertama "PARAH" juga bonda n adik aku sebab kena pujuk dia tengah malam...Minggu ke-2 slow sikit la..Dan akhirnya minggu ke-3 dia dah tak kisah...Dan akhirnya setelah genap hampir 3 minggu tidak menyusu badan, Adik tak kisah dah...Dah boleh tidur sendiri tanpa susu Mama...
Harap2 selepas ni Adik terus begini tapi kesan yg aku dapat pada diri aku ialah peningkatan sedikit berat badan...Oh tidak!!! Diet lah nampaknya...Ye ler masa menyusu badan tak pk naik badan sebab tau berat badan akan maintain..Tapi bila dah hampir sebulan ni nampak sikitlah kenaikan potongan badan tu...So, kena cepat2 tambah anak supaya aku still dapat maintainkan berat n potongan badan...

Wednesday, July 4, 2012

Telegram Dimansuhkan

pagi ni berita di SINAR FM telah memaklumkan bahawa penggunaan telegram sejak dari 138 tahun yg lalu telah dimansuhkan sepenuhnya..Almaklum la seiring dengan perubahan teknologi, telegram dah tak relevan lagi..Sekrg ni penggunaan BBM, Twitter, FB dan pelbagai jenis teknologi terkini telah meluas dan on d spot saja pelbagai berita dah boleh tahu...
Ye le kalau dulu telegram org guna untuk berita2 kecemasan..Skrg ni post ajer kat FB, Tweet ajer apa2 dah terus dpt...Apa2 pun berterima kasih pada perkhidmatan telegram kerana tanpa telegram mungkin org lain takkan tahu perkhabaran2 penting yang perlu dimaklumkan segera...

Monday, July 2, 2012

Selesai sudah majlis penting....Final Exam pulak der..

Ohhh happy sangat sebab dapat bersua kembali dengan semua sahabat blogger...Majlis penting??? Yes untuk beberapa minggu yang lepas sibuk dengan majlis persaraan Yang DiPertua PUSPANITA...bermula dgn Majlis Hati ke Hati bersama YDP pada 18hb Jun di pejabat Jalan Hose, KL..Untuk majlis ni semua staff terbuka untuk meluahkan segala rasa hati...Tangkap leleh juga dibuatnya...Diikuti Majlis The Colors Of PUSPANITA di FELDA Kristal pada 20hb Jun (sessi bersama JKT)...Kemudian 22hb, Majlis Serah Tugas YDP kpd bakal YDP...Dan kemuncak majlis persaraan YDP pada 25hb Jun 2012...Majlis Seindah Pelangi Petang di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI....Amboi saratnya dengan majlis
Selesai sudah majlis2 ni, aku terus bercuti panjang untuk menghadapi "FINAL EXAM"...Alhamdulillah 2 paper dah selesai...Masih ada 2 paper lagi yang perlu dihadapi...So, it's July and WELCOME MY DEAR JULY...


MAJLIS SEINDAH PELANGI PETANG


MAJLIS HATI KE HATI


MAJLIS THE COLORS OF PUSPANITA



MAJLIS THE COLORS OF PUSPANITA

Monday, June 11, 2012

Tukar Sekolah Kakak


Ohh lupa pulak mau bercerita...Hari ini buka semester sekolah baru...So, setelah berbincang baik dan buruk semuanya, maka aku dan Hubby mengambil keputusan untuk tukarkan kakak ke sekolah lama dia balik...Bukan tak sayang dengan sekolah yang sedia ada tapi biarlah..Kadangkala perubahan itu perlu ada demi untuk kebaikan juga..
Pagi2 lagi seperti biasa kejut kakak bangun tidur untuk siap2 ke sekolah...Takde le excited sangat sebab dia pun ok aje bila disuruh tukar sekolah...Yang pasti die seronok jugalah sebab dapat balik jumpa kawan2 lama dan cikgu2 lama yang masih mengenali diri dia...
Ohh lupa nak mention, kalau dulu nama sekolahnya Tadika Zon Pintar sekarang dah bertukar ke Tadika Auza...Tengok silibus pun ok...Yang penting sebelah petang ada kelas KAFA...Lagipun dia dah 6 tahun..It's good for her to learn "mengaji n solat"...Cikgu lama dia pun terkejut bila tengok dia n thanks to Allah sebab dia diterima masuk n Cikgu dia memang puji dia "she is the very smart person" masa kelas umur 4 tahun dulu...
Bukanlah nak kata KEMAS tak bagus tapi kalau ada yg lebih bagus it's more better aku invest more money to education anak2...Tak rugi rasanya pun...
Apa2 pun aku yakin kakak seorang yang "fast learner"...Dan aku sangat pasti yang dia akan menjadi pelajar terbaik..Insya-Allah..Semoga anak mama terus cemerlang..Biarlah berhabis duit janji anak2 mama selesa untuk belajar dan mendapat "the best education"...Semoga kakak terus cemerlang...Amin...

Kesibukan Yang Melanda...

Waduh!!! Lama sudah aku tidak berblog...Hampir sebulan bekerja di PUSPANITA dan hampir sebulan tak aku jejak blog kesayangan aku ini...Maaf tidak berkesempatan untuk update yang patut..
Bidang tugas yang berlainan..Kalau dulu di kewangan, busynya hujung dan awal bulan tapi di sini segalanya berubah..Dengan pelbagai program dan agenda...Almaklumkan dah jadi orang penting so, banyak la juga tugas yg menanti...Itu belum lagi tugas2 hakiki yang memang wajib...
Hari ni berkesempatan nak jengah blog..Jadi, jom kita menaip...Ok salam sayang buat semua...

Tuesday, May 22, 2012

Di sini Aku..


Salam penuh kemesraan buat sahabat Blogger sekalian...Akhirnya di sini aku tercampak...Setelah ditukarkan dari jabatan lama, kini aku di PUSPANITA KEBANGSAAN, JALAN HOSE, KL...alhamdulillah, syukur kerana diterima oleh semua orang di sini dengan hati terbuka...
Langkah pertama, jadilah diri sendiri...Itulah yang aku amalkan walau di mana saja...Sentiasa berfikiran positif walaupun dugaan dan masalah melanda...Bersifat neutral walau ada bisikan dan hasutan yang diterima...Biasalah itulah rencah kehidupan bekerja dan politik organisasi (wah..kelas ayat aku...)..Apa yang penting pandai2lah bawa diri dan jangan terikut-ikut dengan rentak yg tak sepatutnya...Cuba elakkan segala permasalahan, elakkan segala halangan2 yang tak sepatutnya...Komunikasi penting dalam apa2 yang dilakukan and the best part is "TEAMWORK"...Apa yang penting kerjasama...
Sifat kekeluargaan antara semua amat ketara...Saling ambil berat dan makan berjamaah bersama-sama tapi atas landasan yang betul bukan urusan yang tidak sepatutnya...Alhamdulillah, semua memahami status masing2...Setakat ni semuanya masih berjalan lancar...Di masa akan datang wallahua'lam...Hanya Tuhan yang bisa mengetahuinya...

Wednesday, May 16, 2012

Hingga ke saat ini...


Tuhan..ku syukuri rahmatmu kerana usia perkahwinan ini telah genap 7 tahun pada tanggal 14hb Mei yang lalu...Alhamduliilah, bahtera indah ini telah dikemudikan dengan sempurna oleh suami tercinta...
Impianku ini dengan harapan pelayaran ini akan berterusan hingga ke hujung nyawa...Moga kasih dan cinta yang disemai terus melekat di hati sanubari kami..Moga tali ikatan kasih yang disimpul ini terus tersimpul dengan rapi...
Sayangku, harapanku hanya satu semoga kita terus sama2 mengemudi bahtera perkahwinan ini...Terus sama2 menghadapi segala rintangan dan cabaran yang mendatang...Moga cinta ini kekal abadi selamanya...

Tuesday, May 8, 2012

Hari Terakhirku...


Ohhh sedih dan sayu juga kerana bakal meninggalkan tempat persinggahan pertama sebagai penjawat awam iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur...Setelah 3 tahun berkhidmat di sini dah tiba masanya untuk aku mencari perubahan demi kemajuan diri sendiri....
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat pertama menimba pengalaman...Banyak kenangan manis yang terukir di sini...Di sini aku belajar erti pengorbanan, persahabatan, kerjasama, kekeluargaan dan segalanya...Gelak tawa & tangis sentiasa mengiringi hari2 aku di sini..Yang pasti gelak tawa & gurau senda setiap hari sentiasa terus terpahat di hati...
Akhirnya aku pula meninggalkan JAWI...Semoga JAWI terus cemerlang dan sentiasa dicontohi...Insya-Allah ada kesempatan kita bersua lagi...
Selamat tinggal kakak2, adik2, abang2, sahabat2 dan semuanya...Segala memori bersama tetap terpahat disanubari ini...

Friday, May 4, 2012

My Everlynn Skincare Product


Assalam buat semua sahabat Blogger..Just nak share dengan korang semua produk muka yang baru seminggu aku kenal dan guna...Baru-baru ni tetiba kulit muka jadi terkena alahan yang boleh dikatakan kritikal...Alhamdulillah mujur ada kawan sekelas yang sudi berkongsi dan memberikan kepercayaan kepada aku untuk mencuba produk Everlynn yang sedang hangat di pasaran...Memang best lah pdouk ni...Sangat berkesan...So, kekawan semua yang berminat untuk mencuba produk ni jom terjah blog ni dan buatlah tempahan ok...Dijamin kulit cantik sehalus mulus lagi..Wah kelas kau Maria!!!
http://shazeverlynn.blogspot.com/2012/04/stok-everlynn-baru-sampaiiii.html

Thursday, May 3, 2012

Indahnya Bulan Mei

Mei muncul kembali...Bulan Mei merupakan bulan yang amat bermakna untuk diri aku...Bulan Mei bulan penyatuan hati antara aku dan si dia...Bulan Mei juga merupakan bulan sambutan Hari Ibu...Indah dan nikmatnya diri ini setelah bergelar seorang ibu...
Apa lagi istimewa di bulan Mei ni??? Mungkin korang semua mempunyai bulan istimewa masing2...Macam aku bulan yang betul2 istimewa tentulah Julai iaitu bulan aku dilahirkan...Apapun just nak wish kat korang semua 'Selamat Bulan Mei"....Ceh..ada ke sambutan bulan Mei???

Monday, April 30, 2012

Terimalah qada & qadar Illahi


Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...Sama ada buruk atau baik sesuatu itu hanya Allah Maha Mengetahui...Kita adalah hamba-Nya, perlu tabah menerimanya..Itukan sudah ditentukan, tiada kuasa yang bisa melawan kehendak-Nya...
Bersabarlah oh hati!!! Perincian yang ditetapkan itu jadikan ia satu benteng dalam menghadapi dugaan mendatang...Tak mungkin hidup ini senantiasa bahagia dan indah selamanya...Dugaan itu benar2 mematangkan kita...
Segala qada & qadar dari Illahi itu sudah termaktub dari awal lagi...Moga ada pelangi indah terus menemani kehidupan ini walaupun sekadar untuk seketika...Teruskan perjuangan tanpa rasa sesal dan putus asa...

Friday, April 27, 2012

Cameron Highlands-PART 2

Hari ke-2, destinasi kami adalah Ladang teh...Kalau dah sampai sini tak sah kalau tak singgah..Betul tak??? Ladang Teh BOH...Adusss, jalan sempit tak hengat..Kami tiba di sana seawal jam 8 pagi...Nak naik ke atas aje ambik masa sebab sepanjang nak naik tu masing2 sibuk bergambar...Bila dah sampai atas tu, apa lagi borong la segala jenis perisa teh yang ada..Bukan selalu dtg pun...Selesai borong, mestilah lepak kat kafeteria yang disediakan sambil menikmati panorama indah ladang teh dari atas..Memang cantik...Yang pasti niat asal nak ke ladang teh tempat ombak rindu tapi sebabkan jauh dari tempat penginapan, kami ke ladang teh Brinchang aje...Dekat sikit...Tapi harge minuman dan makanan kat sini mahal siot...Dah namanya ladang teh, segala jenis air minuman semuanya teh la...
Dahtu semua orang ke Rose Centre tapi aku, my sis n my mother balik terus sebab anakanda Marissa tidur...So, tak berkesempatan la nak masuk Rose Centre....Bila dah seharian berjalan memang penatlah...Selesai makan tengahari masing2 terbongkang tidur menantikan aktiviti malam kedua pulak...
Next aktiviti kami malam tu, STEAMBOAT...Walaupun perut aku agak kurang untuk menerima tapi lapar punye pasal, makan aje la...Selesai makan kami semua ke Equatorial Hotel untuk berkaraoke...Masing2 sakan berkaraoke sampai kul 12 malam..Mana taknye 3 hours terus kitrog ambik...Karaoke disponsor oleh ibu tercinta...Cayalah ibu, walaupun ibu aku tak layan pun karaoke SEBAB tolong jaga cucu..Terima kasih ibu...Sayang ibu...Kami selesai berkaraoke terus aje lepak kedai mamak since perut dah lapar balik...Layan roti canai sampai 2 keping....Bila balik semua kepenatan terus tidur untuk pulang keesokkan harinya...Suara aku memang dah hilang terus...Seksi gitu..
Kami check-out sebelah pagi sebab nak sambung akitviti memborong sakan di pagi Isnin...Memang lagi murah la kalau shopping hari biasa...Sebelum balik, aku sempat borong strawberi, bunga n sayur2 fresh dan makanan2 lain...Apapun bercuti memang best..Destinasi seterusnya tak pasti lagi..Lepas ni kami akan pastikan kami akan bercuti bersama-sama dengan adik-beradik serta ibu n ayah..Waktu nilah nak happykan parents kita pulak...
To all my siblings, A.GG, K.YANA, MIN, OYA, EIQA, AIMAN, IJAT..Semoga ikatan persaudaraan ini kekal abadi dan tetap utuh untuk selamanya..Whatever it is u guys are the best..Tak lupa juga my Hubby & my bro-in law..Kalian berdua adalah sebahagian dari hidup kami...Penyambung warisan kami Marsya Ilmi, Marissa Ilmi, Iman Taufik & Amna Humayra..Mama sayang kalian semua...Yang pasti pelengkap kehidupan kami semua adalah ibu & ayah...Walaupun kami tidak dilahirkan dari perut ibu yang sama dan dari ayah yang sama kami tetap sentiasa bersama...Sayang kamu semua...

Kami Ke Cameron Highlands-PART 1

Lama tak ke sana...So, pada tanggal 21hb April 2012, aku sekeluarga termasuk adik-beradik aku yang lain tidak dilupakan ayah & ibu meluangkan masa bercuti selama 3 hari 2 malam...Tempat penginapan kami namanya Villa Dahlia Apartment...Since adik-beradik ramai so, ambik pent house 4 bilik...
Aktiviti pertama setibanya kami di sana selepas check in of course le pegi Strawberry Farm...Tapi takleh petik strawberi pun...Just makan strawberi cecah coklat, minum air strawberi dahtu shopping la sikit2...Semuanya strawberi...Boleh tak aku taknak upload gambar sebab kes malas....Ha...ha..gambar semua dah upload kat FB tu yang taknak letak gambar kat sini...Malas nak edit...
Lawatan seterusnya Pasar Malam Tanah Rata...Amboi sakan shopping kat sini..Segalanya ada...Dari key-chain, FM, snow cap, baju, bantal, glove, shawl..Semuanya abis diborong...Murahlah juga...Bila dah selesai kami pulang semula ke apartment n prepare untuk BBQ sebelah malam...
Setting barang segalanya tentulah Mr Hubby n all my bros...Yang pasti Hubby memang terer bab BBQ ni..Dialah tukang hidupkan api, tukang kipas n tukang masak...Menunya ayam, kambing n sosej...Memang kiotrg perhabis semuanya malam tu...Semua happy sebab dapat BBQ sesama akhirnya...
Lepas ni jangan lupa baca PART 2 laks untuk cerita aktiviti selanjutnya...Kalau bercuti takde aktiviti memang tak best..Baik duk umah ajer...Ok next part pule...

Selamat Hari Lahir Suamiku

Oppsss dah terlepas sehari...Anyway, semalam adalah ulangtahun kelahiran seuami terchenta..Kalau tahun lepas sambutan agak meriah disambut bersama kembar Hubbyku tapi tahun ni tak dapat sambut berdua...Sebabnya komitmen masa kerja suami aku dan komitmen kelas..Sudahnya, balik dari kelas beli KFC, makan aje ler...Yang penting semua happy...Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usianya untuk hidup bersama kami dan untuk sentiasa menyayangi diri kami...Semoga dengan pertambahan usia (yang dah masuk 3 series) akan lebih memberi banyak kebaikan dalam kehidupan kami...Apapun suamiku, mama dan anak2 sentiasa perlukan "ayah" dalam kehidupan kami...Semoga "ayah" sentiasa menyayangi kami untuk selamanya...

Berwajah Baru...

Lama tak update blog...Tetiba buka sudah berwajah baru dan agak lain jugalah...Mungkin nak nampak kelainan dan moden sikit ala2 timeline tapi cam tak best jer...Apa2 pun setting yang lama senang sikit...Korang pun sama ke ada perubahan??? Senang ke or menyusahkan???

Monday, April 16, 2012

Marissa, ADMITTED!!!

Sian anak Mama, akibat muntah2 kena tahan wad 3H2M...Dah ala2 percutian pulak...Apa2 pun Mama bersyukur sebab takde teruk sangat...Memang nampak susut badan Adik tapi Alhamdulillah, Adik dah sihat dan boleh terima makanan walaupun agak kurang sikit untuk makan...Moga2 Adik sihat selalu...
Adik dah keluar hospital Sabtu lepas...Lepas Adik kuar hospital, rumah kena serbu dengan all my family sebab nak tengok keadaan Adik...Keluar aje hospital, banyak pulak bende baru dia belajar...Yang pasti sakit2 pun masih aktif sampai nurse pun confuse sakit ke tak sakit...Adik..adik...

Thursday, April 12, 2012

Haloooo....

Assalamualaikum pembuka bicara buat semua sahabat2 Blogger...Lama sudah rasanya diri ini tidak menjengah ke Blog kesayangan ni dan tidak menjengah ke blog sahabat2 semua...Mood untuk mengadap Blog tak menjelma..Jadi untuk sementara waktu diamkan diri sahaja...Apa2 pun banyak juga cerita2 yang nak dikongsi tapi idea menulis takde...
Kisah & rutin masih seperti biasa...Kerja, kelas & anak2..Kelas menambahkan lagi kesibukan yang sedia ada membuatkan masa untuk update apa yang patut di Blog terus lenyap...Apapun the latest story, Sport Day kakak...Ahad lepas yang agak memenatkan tapi syukur sebab kakak menang untuk ketiga-tiga kategori yang dia masuk...2 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa...
Semalam, seharian meluangkan masa di PETROSAINS...Excited & sangat seronok sebab sebelum ni tak pernah pun masuk...Luas & besar juga tempatnya...Banyak perkara boleh kita belajar dan banyak aktiviti...Insya-Allah, ada masa nak repeat ke PETROSAINS...
Oklah till then...Muah..muah..muah..

Thursday, March 22, 2012

Naluri Seorang Ibu...

Sedih..itulah yang mampu aku ungkapkan bila terbaca 3 kanak2 yang diletakkan di JKM diabaikan...Tak dapat dibayangkan bagaimana kalau ianya terjadi pada anak2 aku sendiri...Bila terbaca sikecik minta susu tetapi diberi sirap teringat pulak kat Adik sebab sekrg ni dah tak berapa nak minum susu sebab tak boleh menerima susu lain selain dari susu badan aku sendiri...Setiap kali disuruh minum susu, jawapannya taknak, nak susu mama...Kesiannya anak mama, gara2 nak kurangkan penyusuan eksklusif.
Berbalik semula pada kisah 3 kanak2 itu tadi...Mereka adalah mangsa keadaan, dengan harapan siIbu, agar anak2nya terbela tapi apalah nasib...
Sebagai seorang Ibu, sentap juga rasanya bila melihat keadaan mereka diperlakukan sebegitu rupa...Kalau aku, biarlah aku rela bersusah asalkan anak2 berada didepan mata...Semoga pihak2 tebabit mengambil langkah untuk menangani permasalahan tersebut...Janganlah biarkan anak2 tersebut menderita kerana mereka berhak untuk bahagia dan hidup sempurna...Bukankah kita juga yang mencorakkan mereka???

Pandangan & Pendapat

Lama sungguh tak menyinggah...Bukan tak sudi tapi kekangan masa dan kerja ditambah pula dengan kelas yang sudah bermula...Sampai tak sempat rasanya nak update apa yang patut...Niat di hati tu macam2 perkara nak bercerita tapi takpe la, nanti2 kupikirkan..
Pandangan dan pendapat adalah perkara yang sama..Kadangkala kita perlu belajar menerima pendapat & pandangan orang lain sebagai salah satu alternatif untuk kita menyelesaikan sesuatu masalah...Sakitnya hati bila pandangan & pendapat kita dipandang enteng oleh orang lain bilamana mereka menganggap orang tersebut tidak bijak mana pun...Tapi janganlah menilai seseorang itu hanya berdasarkan luaran sahaja...Setiap orang punya kelebihan tersendiri..Manalah tahu pandangan & pendapat orang tersebut lebih memberi impak positif dalam membuat keputusan dan akhirnya siapa yang rugi akibat sikap bodoh sombong orang yang tak mahu menerima padangan & pendapat orang lain...Iye aku mungkin tak bijak dan kurang pengalaman tapi janganlah memikirkan yang negatif sahaja..Kesudahannya pandangan aku itu juga akhirnya diterima tapi dengan alasan lain yang munasabah..Konon tak nampaklah bulat2 itu pandangan & pendapat aku...Tu la, "HANG KATA HANG TERER"

Jom Borong Kasut di Festival Kasut 2012

Sapa2 kat sini hantu kasut cam aku??? Apakata 30hb Mac-1 April 2012 kita serbu PWTC untuk borong kasut sebab akan di adakan Festival Kasut selama tiga hari...Suka aje kalau dapat borong kasut ni...
Since, 30hb Mac tu aku confirm semua org dah dapat gaji so, apa lagi borong sakanlah semua...Beli jangan tak beli, borong jangan tak borong tau!!!

Friday, March 9, 2012

MATTA FAIR datang lagi...JOM SERBU!!!

Haloooo Bloggers...Kali ni nak cerita MATTA FAIR yang bakal berlangsung di PWTC selama 3 hari bermula dari 16hb Mac 2012-18hb Mac 2012...So, apa lagi jomlah kita serbu PWTC ramai2..Almaklumlah kalau ada sesiapa yang planning bercuti tahun ni, masa nilah harga runtuh yang dinanti2kan...
Aku dah confirm nak serbu hari Jumaat tu dengan bebudak ofis ni...Banyak sangat planning vacation untuk tahun ni...Yang pasti pilih betul2 dan rancang betul2 yek...Biar berbaloi dengan apa yang diinginkan...

Confirm Kerajaan Naik Gaji, Barang Pun Mesti Naik

Inilah lumrah kat Malaysia, kalau PM umumkan kenaikan gaji, barang pun mesti nak naik harga...Padahal gaji orang Gomen ni bukanlah banyak mana pun tapi sibuk pulak orang2 meniaga barang ni nak naikkan harga barang...Apa kaitan???
Barulah nak merasa nikmat kenaikan gaji, dah harga barang naik habis duit beli barang juga...Mujurlah aku dapat jimat kat susu...Paham2 aje ler susu formula kat Malaysia ni berlumba-lumba naikkan harga...MAHAL SESANGAT!!! Ceh sempat juga aku nak promote kat korang supaya amalkan penyusuan eksklusif...JIMAT BEB!!!
Apa pun nak tinggalkan pesanan kat semua peniaga barangan runcit terutamanya yang jual barang makan ni, Tolonglah jangan naikkan harga barang lagi...Sudah2 la tu, dah le taraf hidup kat KL ni tinggi, kalau korang naikkan harga makin susutlah poket kami dan simpanan kami...Takde guna pun korang nak naikkan harga pun sebab kitorg tetap akan beli barang korang juga sama ada kitorg senang atau susah...Tolonglah jangan nak susahkan hidup kitorg lagi dengan naikkan harga...Korang tetap untung juga....
Jom beramai-ramai buat rayuan kat semua peniaga runcit agar tidak naikkan harga barang...Bayangkanlah habis semua dapat kesan dari kenaikan barang ni...

Bila SBPA dibatalkan...

Berita yang sangat mengujakan buat semua Penjawat Awam tatkala PM kita mengumumkan pembatalan SBPA...Semua Penajwat Awam bersorak, bertepuk tangan keriangan termasuklah aku juga...Yang pasti pembatalan SBPA melegakan semua Penjawat Awam di mana sebelum ni banyak sungguh ketidakpuasan hati...
Apa2 pun bersyukur dan berterima kasih kepada PM kerana mendengar luahan dan rintihan Penjawat Awam yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan SBPA (walaupun aku dah sign SBPA) kerana terpaksa rela...Boleh ker camtu???
Nampaknya KPPA perlu letak jawatan atas usaha yang sia-sia ini kerana hanya membuang waktu melaksanakan sesuatu yang akhirnya berkubur begitu sahaja....Pembaziran kertas bak kata kekawan FB sudah pasti...Bayangkan menyediakan dokumen dari mula draf sehingga diumumkan..Berapa banyak telah dibazirkan...Lu pikirlah sendiri...
Yang pasti usaha CUEPACS tidak sia-sia...Terima kasih kepada Presiden CUEPACS, Dato Omar for your excellent job...U did very well...Walaupun tak semua permintaan dipenuhi sekurang-kurangnya keadilan dengan peratus kenaikan gaji sama rata, memberi kepuasan kepada semua Penjawat Awam....
Kepada semua Penjawat Awam, gaji dah naik, apa lagi tingkatkan prestasi kerja anda ye...Jangan malas2 ok...Moaga2 hujung tahun ni diumumkan bonus 2 bulan...Insya-Allah...

Thursday, March 8, 2012

Rindu...


Rindu sering membuatkan hati rasa gundah...Bila rindu itu hadir, fikiran melayang entah ke mana...Bagi orang bercinta, mengharapkan si dia hadir tatkala rindu itu bagai menusuk jiwa kalbu...Rindu pada dirinya, suaranya dan segala-gala tentang dirinya...Berharap agar rindu itu lenyap tetapi semakin ditepis rindu itu, semakin membuak-buak rasanya...
Mengharapkan si dia juga begitu, punya rasa yang sama...Bagaimana hendak diluahkan rasa rindu itu??? Indahnya percinttan itu jika punya rasa rindu...Namun perlukah terus mengharapkan rindu itu berterusan...Terseksa rasanya batin jika terus merindui...
Rindu seorang hamba kepada Illahi...Rindu yang penuh dengan keindahan dan kenikmatannya...Mengaharapkan rinduku padaMu, Ya Rabb sentiasa mekar tanpa ada penghujungnya...Tuhanku, aku tidak layak masuk SyurgaMu, Namun tak upaya menghadapi api nerakaMu, Terima taubatku dan ampunkan dosa2ku, Sesungguhnya kau Maha Pengampun dosa2 Besar

Wednesday, March 7, 2012

Adnan Sempit 2

Salam Rabu semua...Maaf tak mengupdate beberapa hari lepas...Cuba baca tajuk en3 aku kat atas tu...Ni le nak bagitau wlaaupun aku tau cerita Adnan Sempit 2 ni dah lama kuar tapi aku nak citer gak kisah aku, Hubby & anak2 ke Mid Valley untuk tengok wayang...
Disebabkan dah lama tak spend time dengan anak2 so, Sabtu lepas aku decide untuk pegi tengok wayang...Hari Jumaat lagi dah booking tiket online pukul 11.15 pagi...Kakak sibuk sangat nak tengok Adnan Sempit 2 ni...So, mama booking aje ler...
Pagi Sabtu tu masing2 bangun awal..Kul 9 pagi dah bertolak dari rumah ke Mid Valley...Almaklum la hari Sabtu ni hari tak terduga..Mana le tau kot tetiba jalan sesak...Sampai2 aje, panggung baru buka terus pegi ambik tiket..Tak yah nak beratur panjang2...Itupun dah ramai gak orang beratur...
Memang syok giler layan Adnan Sempit 2 ni...Dari mula sampai akhir cerita asyik ketawa aje...So, aku memang sarankan kat korang semua untuk tengok cerita ni...Pelakon pun best2 gaks...Cepat2 ye korang pegi tengok...Anak2 aku pun layan abis tengok Adnan Sempit 2 tapi biasala kalau dengan Si Kecik Marissa ni ada2 aje bila kat dalam panggung ni...Panas bon betul yg sorang ni...
Apa2 pun Adnan Sempit 2 memang terbaik!!! Yang best lagi, balik dari Mid Valley, jalan clear giler..Aku & Hubby memang tergezut gak sebab jalan tak jem langsung kuar dari Mid Valley...Selalunya kalau tengahari kat Mid Valley ni, sesak sampai tak bergerak...Memang pelik bila jalan tak jem ditambah pulak dengan parking yg agak kosong...Maybe sebab 2nd week so, tu yg tak ramai...Lepas ni kalau nak jln2 kena turun 2nd week so that, jalan takde la sesak sgt...

Saturday, March 3, 2012

Bila Phone Rosak

Adus rasanya baru 6 bulan jer pakai Samsung Ace ni dah buat hal...Pening gaks kepala bila takde phone ni..Tambah2 lagi kalau ada "emergency"...Memang ketinggalanlah jawabnya...Sudah2nya ada juga sahabat ofis baik hati pinjamkan telefon "biasa2" untuk aku...Takpe le janji aku boleh "HELLO" kat org...
Tak tau le apa kes??? Sedang aku "charge" phone tetiba saja tak boleh "ON"...Maka kesudahannya hantar balik pegi kedai telefon untuk diservis...Mujur la masih ada "warranty"...Kalau tak mau naya gak nak membayar...
Rasanya aku takde niat pun nak tukar phone sehingga boleh membuatkan phone ni merajuk....Ceh macamlah phone tu paham apa yg aku pikirkan...TAPI biasalakan phone ni bila sekali dah buat hal tak mustahil dua, tiga kali akan datang dia buat hal lagi...Takpe le tunggu masyuk sikit baru boleh rembat phone baru...Apakah phone idaman hati??? Amboi banyak benor list phone idaman hati ni...Kalau boleh biarlah yg fleksibel untuk semua keadaan...Ha...ha..ha..entah apa2 daaa....

Friday, March 2, 2012

ON AIR


Aku suka dengan rancangan ON AIR...Hari tu niat di hati ada gak nak pegi ujibakat siap dah praktis kat rumah tapi sudahnya tak jadi...Minat tu memang ada almaklum la aku ni bekas pelajar Mass Comm & Media Studies, semua tu dah serasi dengan jiwa aku...Ceh cakap lebey laks aku ni...
Cuma yang tak bestnya tang kena kutuk tu...Aduh makan dalam siot!!! Ada ke patut...Memang tak patut betul...Bagi aku cantik tu subjektif..Yang penting bakat dan boleh mengacara..Semua pakej tu mesti kena ada...
Apa2 pun persediaan untuk ujibakat tu mesti kena ada...Tak kisah la ujibakat apa pun sekali pun...Serupa la macam nak pegi interview, kena ada persediaan...Mental & Fizikal semua perlu ada...CONFIDENT IS NUMBER ONE!!! Ada sapa2 lagi tak yang layan ON AIR ni???

Pergilah Sepi...


Kadangkala sepi itu membuatkan kita rasa rindu...Namun begitu sepi itu juga memberikan kita kedamaian dan ketenangan tatkala otak serabut...Tapi bukankah hidup ini lebih ceria bila semua yang disayangi berada di sekeliling kita..
Sepi itu perlu tatkala kita inginkan ruang untuk bersendiri...Namun harus jua berwaspada kerana sepi boleh membuatkan kita jauh...Jauh dari kehidupan nyata...Jangan biarkan sepi itu menghantui kehidupan kita...
Aku gembira kerana sepi itu mengajar aku tentang menghargai...Menghargai apa yang berada disekeliling, menghargai satu perhubungan...Pergilah kau sepi...Aku tak ingin kau hadir dalam hidupku..

Thursday, March 1, 2012

Tak Reti Sabar Langsung

Biasa la bila rutin harian ke tempat kerja dengan memandu kereta..Pasti jumpa dengan pemandu2 sengal yang sangat2 kurang hajor...Yang tak reti nak beratur, of coz ingatkan sekolah ajer, atas jalan & kuar simpang pun kena beratur gak noks!!!
Tiap2 hari mesti jumpa dengan orang cenggini yang tak reti adab & sopan di jalan raya...Kononnya budi bahasa budaya kita tapi kalau kat jalan hilang semua adab dan sopan...Rasanya kena tukar budi bahasa di jalan raya amat penting untuk kita semua...
Dan aku tau korang juga menghadapi situasi yg sama dengan aku...Jangan korang sendiri jadi kurang hajor kat jalan raya udah..Opppss jangan marah ok!!!
Apa2 pun berhati-hati di jalan raya..Ingat orang yg tersayang...Jagalah peribadi dan tingkah laku di atas jalan raya..Jangan sampai menyakitkan hati orang lain hinggakan orang lain menggelarkan anda "SENGAL"....Ha..ha...Ingatan untuk diri sendiri juga...

Dah masuk bulan Mac...


Alhamdulillah dah masuk bulan Mac..Lama juga aku menyepikan diri..takde cerita menarik pun...Kalau boleh memang nak update setiap hari tapi apakan daya..Kekangan masa yang menggangu perjalanan update blog...
So, next week semester baru akan bermula...Hope tahun ni adalah tahun terakhir aku bergelar pelajar sebab aku malas dah nak ulang-alik ke Shah Alam just to attend class...Semangat belajar tu masih ada tapi bila dah ujung2 ni memang rasa cepat nak abis je...
Apa2 pun rakan2 blogger sekalian, doakan yang terbaik buat diri ini...Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan hendaknya...Ok moga ketemu lagi di lain waktu...Sayang kamu semua...

Thursday, February 23, 2012

Redha atau Pasrah...


Pasrah itu ikhlas tapi redha itu terpaksa...Entah di mana ye aku dengar bait2 indah ini...Kalau tak silap dari drama Gemersik Kalbu...Benarkah begitu??? Mungkin ya dan hanya mereka yang merasainya dapat mengerti apa itu redha, apa itu pasrah...
Bagaimana pula dengan "KEREDHAAN ILLAHI??? Semua insan di dunia ini mengharapkan keredhaan Illahi...Alangkah bahagianya kehidupan dan alangkah indahnya perjalanan menuju barakah kiranya hidup ini mendapat keredhaan-Nya..
Dugaan itu pasti datang pada setiap insan...Itulah ujian, bukti kasih sayang Illahi kepada kita...Sekadar menguji keutuhan iman makhluknya...Bagi yang tabah dan sabar dengan ujian itu, sinar bahagia pasti menanti di hadapan...Bagi yang sebaliknya, teruslah bangkit, jangan toleh ke belakang dan jangan sesekali kau sesali apa yang kau hadapi kerana hikmahnya pasti ada...Ingatlah ia bukan noktah kehidupan ini...

Wednesday, February 22, 2012

Pertemuan Dan Perpisahan...


Setiap yang berlaku adalah atas kehendak Illahi...Pertemuan itu di tangan Allah, juga perpisahan itu adalah kehendak-Nya...Yang pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Kita sering berkata "Tanpa Perpisahan tiadalah Pertemuan dan begitu jugalah sebaliknya"...Pertemuan mengeratkan silaturrahim, bertambahnya kenalan tetapi tatkala terjadi perpisahan, kesedihan pasti menyelubungi...
Perpisahan yang tak diduga, perpisahan yang menguji keimanan, perpisahan yang mengecewakan hati dan perasaan...Hanya kepada-Nya tempat kita mengadu...Tatkala hati bagai diremuk2, dipijak2 dan disiat2 hanya air mata peneman setia...Bersabarlah menerimanya...Semua itu ujian dari-Nya...
Indahnya suatu pertemuan itu sekiranya ia menyatukan dua hati...Pertemuan yang membahagiakan kehidupan dua jiwa...Moga pertemuan ini berakhir dengan kegembiraan...
Percayalah Pertemua dan Perpisahan itu bukan kehendak kita...Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan penentu segalanya....Yang pasti jangan disesali Pertemuan dan Perpisahan itu kerana setiap yang berlaku pasti ada tersiratnya yang telah termaktub di Loh Mahfuz..

Mencintai dan Dicintai...


Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

( korus )
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Mencintai dan Dicintai dua maksud yang berbeza namun kaedahnya adalah sama...Yang mana satu pilihan hati sama ada mencintai atau dicintai??? Just make it simple, sekiranya ingin dicintai, belajarlah untuk mencintai...
Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan nikmat mencintai dan dicintai...Berterima kasih kerana dicintai oleh keluarga, suami & anak2 serta mereka yang berada disekeliling aku...Moga cinta ini kekal abadi...
Bahagia dan indahnya kehidupan ini bila kita mencintai dan dicintai...

Thursday, February 16, 2012

Lama Tak Join Contest atau GA..

Ada sape2 tak nak buat contest atau GA yang simple2??? Lama juga aku tak join contest atau GA ni...Almaklumla aku ni kalau syarat yang simple2 dan senang nak buat terus aje join tapi kalau banyak sgt syarat, memang tak kuasa nak join...
Ceh aku ni asyik nak join contest orang aje...Aku sendiri tak tau ler bila nak buat...Plan macam2 tapi sudahnya hampeh...he..he..he...Kemalasan melanda nak buat camne...Nak join atau buat contest, GA ni kena tunggu ada mood dulu baru boleh buat...
Apa2 pun aku memang salute pada mereka2 yang rajin buat & join GA, contest bagai...Korang memang rajin...Aku ni bukan tak rajin tapi tu ler tengok mood...Anyway, jangan lupa ajak kalau nak buat GA atau CONTEST...Insya-Allah, ada mood aku join tapi jangan bagi syarat banyak sangat tau...Ceh demand lak aku yek..He...he..he..

Wednesday, February 15, 2012

Rotan adakah jalan penyelesaiannya???


Minggu lepas jalan2 pegi Giant Batu Caves n terjumpa satu gerai yang jual semua barang2nya berharga RM1...Dalam banyak2 barang tu aku berkenan dengan rotan...Yes rotan dulu2 yang panjang nipis tu...Tapi masa tu tak jadi beli lagi...
Dan akhirnya..hari ni aku telah berjaya beli rotan...Bukan apa2 kekadang tu anak2 kalau marah, dimarahnya balik kita...So, kalau rotan boleh buat diorg takut, rotan aje penyelesaiannya...Tapi kekadang tu aku psiko juga bila cakap dengan anak2 ni...Dah tak larat nak psiko, jawabnya ROTAN...
Korang laks camne??? Ada guna rotan untuk ajar anak?? Tapi tak kisahlah pendekatan apa yang masing2 guna janji anak2 tetap hormat pada kita...Setiap ibubapa punya cara tersendiri untuk ajar anak2...Biar apa pun terpulang pada hak masing2 kerana kita yang mencorakkan anak2 kita...Semoga anak2 kita menjadi insan yang sempurna hendaknya...

Selamat Hari Lahir Marsya Ilmi yang ke-6 tahun...





Syukur ke hadrat Illahi kerana 6 tahun lalu Allah telah mengurniakan aku seorang puteri comel yang diberi nama Marsya Ilmi Binti Zairul...Pelengkap kehidupan aku dan suami...Maka sempurnalah sudah diri aku sebagai seorang wanita tatkala bergelar seorang ibu...
Dan hari ini genap usianya 6 tahun...Terasa cepat masa berlalu...Dah besar anak aku rupanya...Rasa baru semalam ditatang dan dikendong...Terasa baru saja Ayah menyambut kelahiran kakak...Ya Tuhan, terima kasih atas kurniaan ini...
Tahun ni sambutan ala kadar saja...Beli kek dan sambut kat sekolah sahaja...Dari riak wajah kakak, mama tahu kakak happy...Bila balik rumah pun kakak masih berkata pada mama, "kakak happy sangat sebab dapat sambut besday dengan kawan-kawan"...Yes sharing is caring...Berkongsi kegembiraan dengan orang sekeliling memang akan membahagiakan hidup kita...Itulah agaknya yang kakak rasa bila dia dapat berkongsi kegembiraan hari lahirnya bersama kawan-kawan di sekolah dan juga cikgu dia...
Walaupun tak semeriah dulu2 dan tak sehebat mana, yang penting kakak gembira menyambutnya bersama kawan2...Walaupun kek impiannya "kek Barbie" tak dapat dipenuhi atas sebab2 tertentu, yang penting kek perisa strawberi menjadi pilihan jua...Dan dia pun tak kisah tak dapat hadiah dari kawan2...
Apa pun jua Marsya Ilmi Binti Zairul, mama ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-6...Moga kakak menjadi anak yang sentiasa patuh dan taat pada mama & ayah dan juga sayang pada adik2 (Insya-Allah)...Mama juga berharap agar suatu hari nanti kakak menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang (wah semangat lak aku)...Apalah lagi harapan seorang mama & ayah selain melihat kebahagiaan dan kejayaan anak2...Dan itulah juga harapan mama & ayah kepada kakak...Sayang selalu...

Friday, February 10, 2012

Gemersik Kalbu dah abis...


Bila Gemersik Kalbu dah abis seronok lah juga dapat tengok kesudahan cerite tu...Walaupun dalam realiti kehidupan kita belum tentu ada kisah sebegini...Kalau ada pun mungkin sikit2 je ler kot...
Ye le orang selalu kata cerita dalam novel hanya khayalan semata-mata tapi aku ni walaupun baca novel kalau bab sedih tu mau juga leleh...Almaklum la "JIWA SENSITIP"...
Apa-pun memang layan abis la citer Gemersik Kalbu ni...Next week kita layan citer lain pulak yek...To all, back to reality ok...

Thursday, February 9, 2012

TV atau iPAD???

Hajat di hati memang nak beli dua-duanya tapi kalau boleh taknak ler tamak sangat sampai nak rembat dua-dua..Dahtu kena ler tengok bajet...Aku nak beli nipun bukan untuk aku tapi untuk kakak...
Kesian juga kat dia...Dari tahun lepas duk mintak...Tapi aku bagi option whether to choose TV or iPAD??? TV untuk dipasang dalam kereta ye...
Mulanya dia nak kedua-dua sekali tapi as a mother aku tak boleh nak manja sangatkan dia dengan nak bagi dua-dua...Sudahnya nanti asyik takde bende lain nak dibuatnya...Setelah memikirkan sedalam-dalamnya, kakak decide to choose iPAD...Then I asked her why u choose iPAD??? the reason is u can bring iPAD anywhere rather than TV static in the car...Oh good reason...So, at last I have decided to buy iPAD for her but not now...Have to wait my EPF money...Yeay orang kaya baru!!! Alhamdulillah rezeki...

Alhamdulillah...Bila Penyusuan Eksklusif Dapat Sambutan

Syukur sangat...Walaupun dulu aku bukanlah seorang ibu yang menyusukan anak sulung secara eksklusif tetapi aku tetap sokong usaha-usaha Ibu dan para pengamal penyusuan eksklusif...Dan sehinggalah aku sendiri merasai nikmat dan susah payahnya penyusuan eksklusif ini kerana rasa bangga sangat penyusuan eksklusif ini dah menular ke seluruh pelusuk Malaysia...
Hari ini penyusuan eksklusif telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan ibu-ibu di Malaysia...Ini telah menunjukkan betapa penyusuan eksklusif ini telah memberi impak yang besar kepada ibu-ibu di Malaysia...Dah banyak hospital2, klinik2 rakan bayi diwujudkan semata-mata untuk menggalakkan penyusuan eksklusif ini...
Dan baru2 ini juga satu iklan TV berkenaan penyusuan eksklusif susu ibu telah ke udara di saluran TV (tapi x ingat lak channel mana yang aku tengok)...rasa berbangga sangat2 kerana penyusuan eksklusif ini dah mula keluar di kaca TV dan bakal bersaing dengan susu formula yang kehebatannya belum tentu setanding dengan susu ibu...
Buka saja internet, dah banyak grup FB dan blog berkenaan penyusuan eksklusif diwujudkan...Antara grup yang aku follow di FB "Kumpulan Ibu Menyusukan"...Kalau blog tak usah cakap ler...By the way, kepada bakal2 ibu yang ingin melaksanakan penyusuan eksklusif, boleh dan digalakkan sangat join grup FB yang aku sebut kat atas tu...Pelbagai isu, masalah, pertanyaan boleh dkongsi dan ditanya...
Kalau nak tanya direct kat aku pun boleh sebab alhamdulillah aku dah berjaya menyempurnakan penyusuan eksklusif 2 tahun ini tapi sehingga kini masih mengepam dan menyusukan anakanda Marissa Ilmi...Insya-Allah, aku ni takde le hebat mana tapi kalau sikit2 tu bolehlah...Perkara yang baik haruslah dikongsi bersama agar semua orang dapat manfaatnya

Wednesday, February 8, 2012

Ohhh U look HOT!!!


Wah dalam sibuk berblogwalking hari ni, ramai ler pula kawan2 blog yang bakal menimang cahayamata baru...Wah memang seronok...Apa2 pun, aku ucapkan tahniah pada mereka2 yang bakal dapat baby baru...Aku pulak akan aku pikirkan projek ni tahun depan...Tahun ni, mungkin tidak!!! sebabnya tahun ni nak abiskan blajar dulu, dahtu planning percutian yang memang dah ada dalam list otak aku ni...Pendekkan citer, kita selesaikan satu2 dulu yek...Enjoy dulu la baru pk "PROJEK BAIK"...
Selalunya ibu2 mengandung ni memang "LOOK HOT"...Iye memang betul, walaupun bawa perut memboyot tapi seksi tau...Janganlah pikir seksi dari perspektif dedah sana sini tapi "appearance" diorg yang buat diorg nampak "HOT"...Jangan tak tau walaupun bertutup-litup tapi ibu2 mengandung ni masih nampak "HOT" tau cuma kena dengan gayanya ler...

Lama Tak Berblogwalking

Oh tetiba rasa rindu sama dengan kekawan blog...So, hari ni merajinkan diri buat lawatan tapak dan mengikuti perkembangan masa korang semua...Unexpected stories...
Macam2 stori baru dari kekawan...Best juga layan dan sambil2 tu tinggalkan komen sebagai tanda ingatan...
Kepada rakan2 blogger semua, maaf kerana sudah jarang diri ini membuat lawatan tapak...Apa2 hal "HAPPY BLOGGING"...Sayang semua...

Friday, February 3, 2012

Drama Yang Aku Syok Nak Layan

Well, saja nak share beberapa drama yang aku tengah syok layan sekarang ni...Aku tau korang pun mesti layan drama yang sama...Jom kita share sesama...

1) Gemersik Kalbu
2) Vanilla Coklat
3) Pelangi Kasih
4) Dingin Lavenda
5) BFF
6) Santau Merasuk

Ha apa lagi pilih drama hebat yang korang layan sekarang ni...Bicara Hati mula2 tu aku layan gaks tapi disebabkan aku dah layan Vanilla Coklat dulu so, kita setia pada satu citer aje ler...So, SELAMAT MENONTON semua...

Thursday, February 2, 2012

Sori Tak Sempat Nak Citer Lagi

Gara-gara google takleh buka kat ofis so, citer percutian aku masih terbantut dibuatnya...Nak tunggu adap pc kat umah kena curi2 juga dibuatnya...Bila anak dara kecik tu leka baru boleh layan...Apa2 pun Insya-Allah akan diupdate...Thanks to all my bloggers frens...Sayang anda semua...Itu saja short note from me...

Friday, January 27, 2012

Final Exam...

Nak cerita sebab seterusnya aku tak singgah blog...FINAL EXAM!!! Aku rasa semua orang tau kot aku ni "part time student"...So, as usual, FINAL EXAM is a must ok!!!
Semester ni saja 4 paper aku kena adap..2 papers of calculation n 2 papers reading...Sangat mencabar minda ok...Penatnya tak terkata...
1st paper on 4th January tapi biasa ler kalau dah namanya study last minute (kes beberapa hari sebelum pegi mandi-manda kat Ulu Yam) semuanya last minute masuk kepala...Itupun antara masuk dengan tak masuk la...Sempat ler juga study 2 hari sebelumnya..
Selang sehari, 6th January paper calculation lagi...Yang ni aku memang "confident" compare than 1st paper...Memang study abis for this paper..."TAXATION 1"
Then gap for one week, on 16th January sambung dengan paper management...Wah yang nipun boleh tahan ler nak menghapalnya...
And my last paper on 20th January...Lega semuanya dah settle...Yang pasti semester ni paper aku semuanya pagi..Dan aku telah pastikan peristiwa semester lepas tidak berulang kembali di mana aku telah tersilap waktu exam yang membuatkan aku kena repeat paper hanya salah time...
Apa2 pun aku berdoa semoga aku "LULUS" semua paper sebab aku malas nak extend sem lagi dan menambahkan kos2 sampingan yang sememangnya memeningkan kepala...
Well, tunggu laks alkisah percutian aku kali ni selepas abis "FINAL EXAM"...



Lepas exam legakan diri dengan Tutti Frutti...


Bebudak kelas aku lepas exam...Muka lega masing2...


My 1st paper yang aku kena adap...

My place during exam...Sempat lagi snap gambor...