MONEY!!!

Thursday, December 29, 2011

Minggu Terakhir Sebelum "Final Exam"

Sangat busy dengan "study"...Wah study ker??? Boleh tahanlah...Harus merajinkan diri untuk "final exam" yang bakal aku hadapi pada 4hb, 6hb, 16hb dan 20hb...Stress giler noks!!!

Insya-Allah, aku akan cuba hadapi semuanya dengan tenang...Paper 4hb dan 6hb tu agak susah tapi kena study awal2 supaya jiwa tak kacau...Dua-dua paper "calculation"...Bussiness Finance dan Taxation 1...

Anyway, I would like to wish GOOD LUCK to all my frens...

Tuesday, December 27, 2011

Giliran Aku Pulak...SAKIT MATA!!!


Dah kuagak mesti kena punya la...Malam tadi aku rasa cam berair aje dan rasa bengkak sebelah mata kiri ni...Tengok kat cermin, ha betul la tu "SAKIT MATA" sedang melanda...Kalau Adik hari tu, ubatnya air susu aku tapi kalau aku kena guna air susu sendiri ke atau air susu orang lain??? Musykil juga cam pelik pulak nak guna air susu sendiri letak kat mata...
Apa2 pun pasrah je ler bila dah sakit mata ni...Mujurlah sebelah mata ajer...Masih lagi mampu untuk melihat dan membaca...Kalau dua2 mata naya jugalah dibuatnya...
Dah le nak "FINAL EXAM" ni...Mata oh Mata!!!

Ada Suka, Ada Duka...


Assalamualaikum buat semua sahabat Blogger...Alhamdulillah masih bersua di ruangan ini dan masih mampu lagi untuk bercerita dan berkongsi cerita dengan semua...Lama rasanya tidak bersua...
Minggu lepas banyak cerita yang mahu dikongsi...Aku mulakan dengan alkisah hari Jumaat lepas...Untuk memenuhi cuti sekolah yang masih berbaki 2 minggu so, aku hantar kakak ke kelas masakan yang dianjurkan oleh Little Khalifah bertempat di Ukay Boulevard...Bayaran yang dikenakan untuk sekali sessi adalah RM40.OO untuk tiga jam...Apa yang dimasak ialah "Garlic Bread with Mushroom Soup"...Semuanya buat sendiri, dari menumbuk bawang hinggalah buat mushroom soup, bukan pakai dalam tin tu tau...Sedap jugalah bila dah buat...Balik tu sibuk suruh ayah, mama n adik makan apa yang dia masak...So, lepas ni dia kata nak masak lain pulak, kena tunggulah next month masak apa pulak ye...Itu yang berlaku pada hari Jumaat...
Sabtu lepas, beberapa kali Ibu hantar mesej dan call untuk melawat ibu saudara aku (mak long) tetapi akibat kesuntukan masa hanya sebelah malamnya aku ke hospital...Padahal seminggu sebelumnya Ibu dah pesan suruh tengok Mak Long..Dan apa yang aku kesal sebab tak pegi tengok Mak Long masa aku hantar kakak ke kelas masakan...Sedangkan rumah Mak Long berhadapan aje dengan tempat kelas memassak kakak...Malam Sabtu tu, Mak Long dimasukkan ke ICU, HUKM so, aku terus minta adik aku ambik dan bergegas ke HUKM...Hubby takde sebab kerja...Bukan tak boleh "drive" tapi dengan Adik & kakak tak tenang rasanya memandu...
Setibanya kami di HUKM, aku terus ke Wad ICU dan melihat keadaan Mak Long yang tidak sedarkan diri...Habis badan bengkak2 dan pelbagai wayar disambung...Semua sepupu dan sedara-mara ada kerana kami dimaklumkan oleh Doktor, bahawa "setiap organ dalamannya telah pecah satu persatu dan doktor hanya beri satu jam sahaja untuk maklumkan kepada semua...Oh sebak juga rasanya bila mendengarnya...Kami adik-beradik dah menangis kerana sewaktu zaman sekolah dulu dialah yang menjaga kami adik-beradik...Kami adik-beradik dibesarkan dengan "air tangan" dia...Bila kenang balik lepas ni memang tak dapatlah rasa "air tangan" dia lagi terutamanya asam pedas memang terbaik!!! Tepat jam 12 malam, tekanan jantung "dropped" dan semuanya "dropped"....Akhirnya tepat jam 12.05 malam, Mak Long pergi meninggalkan kami semua tanpa sedar kehadiran kami disekelilingnya...Airmata dah tak tertahan terus kami menangis...Aku terus call Hubby yang masih dalam perjalanan ke HUKM...Innalillahiwainnailaihirajiun....Akhirnya Mak Long pergi juga untuk selama-lamnya setelah menderita selama 15 tahun akibat "TALESEMIA"...Hubby pun masih terkenangkan layanan dan masakan Mak Long sebab setiap kali Mak Long tidur rumah parent aku, dialah yang masak untuk kami dah layan Hubby...Apa2 pun kami redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi...Bagi aku, Mak Long sungguh kuat melawan penyakitnya sebab walaupun dia tahu diri dia sakit, dia tak pernah manjakan diri dia...Dia masih boleh buat kerja rumah, memanjat tangga dan melakukan pelbagai kerja...
Semoga roh Mak Long tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Al-Fatihah untuk Mak Long...

Thursday, December 22, 2011

Keberkatan Ilmu...


Pesan Dr.Fadzillah Kamsah, perkara yang perlu kita ucapkan kepada orang yang mengajar kita contonhnya Guru, Pensyarah, Ustaz, Ustazah dan seumpamanya
1) Terima Kasih kerana mengajar saya
2) Saya minta maaf di atas semua kesalahan saya
3) Halalkan ilmu yang diajar
4) Doakan kejayaan saya
Itulah perkara yang perlu kita lakukan kepada mereka2 yang telah mnegajar kita...Semoga ilmu yang dituntut mendapat keberkatan dunia dan akhirat hendaknya...

Si Kecil Marissa, sakit mata....


Alahai siannya anak Mama sakit mata...Nampaknya masuk hari ni dah hari ke-3 sakit mata...Takde le teruk sangat tapi nampaklah sebelah matanya berair...Berjangkit dengan anak babysitter yg sakit mata juga...Apa nak buatkan..Sudahnya semalam ubat yg paling mujarab adalah susu ibu...Iye susu ibu sebagai ubat sakit mata...
Masa mula nak letak tu nangis juga Adik tapi bila dah masuk dalam mata tu terus dia diam...Pagi ni tengok takde le berair banyak sangat...Takutlah juga tetiba kitorg anak beranak pulak kena...Almaklumla sakit mata ni boleh berjangkit...Mau seminggu juga kena duk umah...Hope anak mama cepat baik ye sayang...

Wednesday, December 21, 2011

Aduh!!! Sakit Kepala...


(google)
Bila rasa sakit kepala apa lagi, korang hentakkan ajer kepala korang ke dinding, Gerenti baik punye...Eh jangan laks buat pasal..Tak pasal2 ajer naya laks anak orang...Apa2 pun aku ni bukanlah nak bagi petua maupun tips tapi bolehlah sekadar berkongsi informasi dari SINAR FM yg aku dengar semalam...
Kalau sakit kepala caranya ialah lembapkan tuala berwarna merah...MERAH SAHAJA!!! kemudian letakkan kat atas mata..Maksudnya kain lembap merah tu tutup mata korang lah...paham tak??? Kenapa warna merah??? Sebabnya warna merah boleh membuat "ADRENALIN" korang bertindak pantas atau dalam kata2 sainsnye "mengalir" le kot gamaknya...Almaklum la walaupun dulu aku ni minah "PURE SCIENCE" tapi dah 12 tahun la pulak tinggal sekolah...Apa2 pun cubalah mane le tau baik...Yg penting WARNA MERAH...Sebenarnya peranan warna tu sendiri yg memainkan peranan pada sistem badan kita...Oleh itu "SELAMAT MENCUBA"...Kalau tak jadi gaks..Telan aje Panadol, tidur....Ha...ha...ha...

Sunday, December 18, 2011

Friday, December 16, 2011

Semangat Hari Jumaat...

Salam Pagi Jumaat yang indah...Hari ini nak mulakan bicara dengan kata2 semangat untuk diri sendiri...Mulakan hari dengan senyuman walaupun dalam hati hanya Allah Maha Mengetahui...Itu pasti sebab aku nikan suka senyum...


Seperti biasa kalau dah beberapa hari tak menjengah blog ni, idea nak menulis tu takde tapi cuba2 juga untuk memerah keringat untuk menaip walau hanya untuk seketika...Kalau tak tulis nanti lama2 bosan juga dibuatnya...


Cerita??? Entah ler beberapa hari ni takde aktiviti menarik sangat untuk dikongsi sebab tahap "ketensionan" nak menghadapi "exam" dan juga penutupan akaun akhir tahun mengatasi segalanya...Cuma semalam, aku dah terima borang sign "SBPA" dan opsyen pencen...Masih memikirkannya...Belum buat apa2 keputusan lagi sama ada memilih 58 atau 60 tahun...Apa2 pun masih ada waktu sehingga 30 Disember 2011...Nanti dah buat decision aku sharelah ceritanya...

Tuesday, December 13, 2011

SBPA menguntungkan atau sebaliknya???


(google)


Well, tajuk hari ini lebih kepada pendapat anda semua mengenai isu yang sedang hangat di pasaran terutamanya kepada semua penjawat awam...So, rakan2 blogger yang merupakan penjawat awam, apakah pilihan anda??? Aku sendiri merasakan ada kebaikan dari segi kenaikan gaji tapi ada juga beberapa perkara yang tidak menguntungkan tapi takpe ler aku taknak sebut DAN malas nak citer pun...Yang pasti pada 15hb Disember ini, aku akan menandatangani borang opsyen memilih SBPA tetapi kekal pencen umur 58 tahun...Tak sanggup mak nak keje sampai 60 tahun...Kalau diberi pilihan 50 tahun, aku pilih ajer 50 tahun...Apa yang pasti kalau nak tahu apa2 perkara dan fakta mengenai SBPA ni, adalah lebih afdal follow ajer KPPA, JPA kita yek...Kalau tau dari mulut orang lain ni, banyak sangat tambahan fakta pulak...Apa2 pun kepada semua penjawat awam, Selamat Menandatangani Opsyen SBPA...

Monday, December 12, 2011

Eclipse at Planetarium Negara



Jangan pelik pulak tengok gambar 2 orang anak aku ni...Ni gambar kat Planetarium Negara...Excited sangat nak tengok Gerhana Bulan...So, memandangkan malam Sabtu takde apa2 aktiviti kami pun memenuhi kesesakan Planetarium Negara...Yang pasti tak lama pun kami di sana...Cukup syarat keluar bawa anak2...Janji diorg happy...Kakak paling seronok sebab dapat tengok bulan melalui teleskop yang disediakan...Selama hari ni duk tengok kat TVIQ, Astro sajer so, bila dapat tengok live cam "mimpi jadi kenyataan"...Dahtu duk sibuk suruh datang lagi...Insya-Allah, kakak nanti mama bawe kakak lagi ye...So, korang tengok tak Gerhana Bulan???

Usher for Maal Hijrah

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di JAWI, Kuala Lumpur pada 6hb Disember 2011 so, secara tidak langsung aku telah dilantik sebagai AJK Kecil bagi menyambut tetamu...Tema "purple" gitu...Sori tak banyak gambar pun ambik sebab kamera tak bawe pun...Kat bawah ni pun gambar cukup syarat, janji ada...Ha..ha..ha...Best la juga jadi penyambut tetamu...Bagi "goodies" kat tetamu, ucapkan Selamat Datang dan suruhlah tetamu masuk...Ha, kan senang...Tapi kerja kau berdiri dan senyum je ler...Diorg saje bagi aku jadi "RATU SENYUM" hari tu...Penat gaks muka aku ni asyik nak kena senyum n bercakap aje...Dahtu nak buat camne, dah namanya tugas...Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi...Sape2 yang minat Yassin tu, seronoklah sebab dapat tengok Yassin perform dengan 3 buah lagu...Ok la juga, layan la sebab dah lama pun tak tengok dia perform...Apa2 pun puas hati sebab semuanya berjalan lancar walaupun ada perbalahan kecil antara bahagian yang memang tak dapat dielakkan...Meh tengok gambar aku ni...Cantik ke tak??? Ha..ha...ha...Jangan marah ye...



This is me with Ct Aishah in purple colour...





Me in purple...Baju raya tahun ni noks!!!

makan2 sempena besday adik...

Salam bersiaran dari ofis buat sahabat blogger yang disayangi semua...Maaf rasanya sudah lama aku tidak menjengah dan meng"update" segala cerita-ceriti di sini...Minggu lalu minggu yang amat busy..Apa2 pun meh ler sini baca cerita aku..Aku mulakan dengan sambutan hari lahir Marissa Ilmi pada 6.12.2011...Alhamdulillah dah 2 tahun anak nombor dua aku ni...Bukanlah sambutan besar-besaran pun tapi balik dari kelas tu sampai umah dalam kul 10.30 malam so, aku ajaklah Hubby, anak2 n bonda mertua keluar makan..Just to spent our time together on my little Marissa's special day...Tak plan pun pada mulanya ke mana2...Akhirnya destinasi pilihan "KUNANG-KUNANG RESTOREN"...Food memang best, tempat pun menarik dan servis ok...Cuma lokasi agak tersorok sedikit...Betul2 tepi hiway MRR2 menghala ke UIA tapi kena U-TURN n susur masuk ke Shell..Then, taraaa that's a restaurant...So, jom ler layan a few pics yang aku rajin upload kat FB dan copy balik kat dalam blog ni...



Ini Nasi Goreng Cina aku...



Kakak dengan pose tersendiri



Kakak dan air tembikai susu...



Kakak dan nenek...



Kakak selepas makan sepinggan Chicken Chop



Adik is moving so susah nak capture gambar dia...



Some more pose from them..



Love both of u...Adik with the "peace pose" while kakak ???


Last but not least...Them with Ayah...



Tak tau la bila nak buat majlisnya...Maybe next year saje ler buat sambutan 2 in 1 sekali dengan besday kakak bulan Februari...What ever it is, we really enjoyed our food...

Wednesday, December 7, 2011

Potong Rambut Sudaaa...

Well, nak share my Marsya's new hair cut...Dah lama dah sebenarnya..Rasanya dah 2 minggu lepas...Bukan main anak dara aku ni...Kalau potong rambut nak ala2 artis je tau...Tak nak yang besa2 ni...Mula2nya nak potong pendek biasa2 ajer sudahnya tengok dalam magazine ada sorang artis Cina terus nak ikut style artis tu...Kalau bab melawa memang serah pada kakak...Jom tengok gambo kakak setelah selesai dipotong rambutnya...Cantik tak???





Marsya with her new hair cut...

Tuesday, December 6, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Marissa Ilmi...


Hari ini Selasa, 6hb Disember 2011..Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kerana masih bernafas dan meneruskan sisa kehidupan di muka bumi...Genap sudah 2 tahun anakanda Marissa Ilmi Binti Zairul...Dan aku bersyukur akhirnya penyusuan eksklusif aku telah berjaya sampai ke puncaknya...


Sesungguhnye perjuangan ini memerlukan pengorbanan dan semangat yang kental...Tanpa semua itu tak mungkin aku dapat merealisasikan penyusuan eksklusif ini...Apa yang pasti aku bangga menjadi seorang mama yang dapat menyempurnakan hak anakku walaupun tidak sesempurna insan lain kerana anak sulungku tidak dapat aku sempurnakan haknya...


Kepada anakanda Marissa Ilmi, Selamat Hari Lahir mama ucapkan...Semoga hidupmu sentiasa diberkati dan hari2 yang mendatang ditempuhi dengan 1001 kegembiraan...Syukur kepada Allah kerana mama dapat mengecapi peluang dan nikmat ini...

Thursday, December 1, 2011

Kaunter Tol bukan tempat tukar duit kecik


(google)


Sori yek, ada tukar duit kecik tak??? Eh, hello, ini bukan kedai runcit tau...Suka-suki nak tukar duit kecik...Itulah yg terjadi beberapa hari lepas di Tol Batu Tiga bila ada pemandu nak tukar duit kecik mengakibatkan kereta berderet di belakang...Takde sivik apa or saja tak paham??? Yang pasti tolonglah, kalau dah nak lalu tol tu cepat2lah sedia duit kecik jangan nak nyusahkan orang lain laks...

Well, aku pun pernah gaks hulur RM10 untuk bayar tol sebanyak RM1.10 tapi dengan nada lemah-lembut aku akan berkata "minta maaf ye Dik, akak takde duit kecik"...Dahtu jangan laks bagi RM10 tu aje, bagilah RM10.10 so, takde le nyusahkan Adik tu nak kira dit 90sen laks...Kalau cakap elok2, sejuk sikit Adik, Abang, Kakak atau Makcik, Pakcik kat tol tu nak pulangkan duit...Tak gitu???

Apa yang pasti, tolong yek jangan jadikan kanuter tol sebagai tempat untuk tukar duit kecik...Dah le nyusahkan budak tol tu, nyusahkan pemandu2 lain gaks...Tapi kalau nak cepat kita pakai Touch & Go, kan senang, cepat dan mudah...