MONEY!!!

Thursday, September 29, 2011

Musim Artis Pakai Tudung


(google)


Sana sini, blogger & dalam paper citer pasal artis2 pakai tudung..Bagus la artis2 muda sekarang dah semakin ramai pakai tudung...Alhamdulillah..semoga akan ramai lagi artis2 kat Malaysia ni akan pakai tudung...Berlakon tak semestinya tak boleh pakai tudung..Ye le berlakon adalah berdasarkan realiti hidup juga cuma diterjemahkan melalui lakonan...Secara realitinya pun dah ramai masyarakat kat Malaysia ni yang pakai tudung...Hopefully, perkara yang baik ni akan berkekalan hendaknya...Tahniah kepada artis2 yang telah mula pakai tudung...

Bermulanya aktiviti sebagai seorang pelajar

Salam to all my blogger frens...Well, just to let u guys know that my class have started last week...Kalau dah namanya pelajar, of course la aktiviti yang wajib "assignment"...Aduss pening gaks kepala memikirkannya...Kenala pandai manage time yang sememangnya busy giler...For this semester, aku ambik 4 subjek, Isnin- Tax 1, Selasa-Management Principle, Rabu-Business Finance dan Khamis- Information System...Boleh tahan la juga...So far, I like all those classess b'coz the lecturer memang best giler...Boleh tahan juga sekepalanya...Hopefully, this semester everything will run smoothly...Ok everybody, till then & muah..muah...muah...Pe2 hal pun layan gambar lama Marissa dengan toncet di atas kepala..hu..hu..hu..

Wednesday, September 28, 2011

Cantik Ke??? Kalau Tak Pandai Jaga Mana Maunya...


(google)


Perasan cantik le tu...Ehhh cantik ke minah tu??? Well, ni yang nak stori-mori sikit pasal isu cantik ni...Ye le kalau dah namanya pompuan haruslah cantik tapikan sayang kalau tak pandai jaga kecantikan...Istilah cantik ni memang terlalu abstrak untuk diungkapkan...Terpulang pada pandangan masing2 untuk mentafsir apa itu cantik...Luaran or dalaman...Tapi yg aku maksudkan ni, kalau diri tu sedar cantik, kenalah juga pandai jaga camne nak "maintain" ye...Sayangkan, kalau rupa dah cantik tapi tak pandai nak jaga...Terutamanya tang "body"...Aku tau orang pompuan ni sensitip bila cakap pasal body terutamanya yg dah beranak-pinak...Korang janganlah pk, bila dah kahwin & beranak-pinak, dah malas nak jaga diri untuk cantik dan body untuk ramping...Tak mau cenggitu tau...Kalau rasa sayangkan hubungan suami isteri dan nak suami kita puji kita aje, tak boleh pandang pompuan lain, semua itu harus dijaga....Ceh..aku ni celoteh aje...Bende ni peringatan untuk aku gaks sebab Hubby aku memang awal2 lagi dah bagitau aku yang dia kalau boleh nak sentiasa tengok aku cantik di mata dia (itu penting)...Mata orang lain, ada aku kisah...Hu..hu..hu..So, apakata kita set mind and always think positive, yang kita semua dilahirkan cantik secara semulajadi tetapi harus diingat, jagalah penampilan diri, jangan biarkan jerawat2 kecil beraja di kulit kita dan jangan biarkan lemak2 tepu yang tak sepatutnya melekat di bahagian2 badan kita...Oh tidak!!! Jauhkan dari diriku...Apa2 pun positif itu perlu kerana itulah yang akan menaikkan semangat kita...

Hari Tanpa Kereta...Harus Ker???



(google)



Kelmarin ada sape2 dengar Sinar FM tak??? Ni nak citer pasal Hari Tanpa Kereta...Camne le agaknya "life" korang bila tanpa kereta...Pada yang dah biasa naik public transport tu "alah bisa, tegal biasa" tapi camne lak yg dah biasa travel setiap hari dengan kereta??? Mau parah gak dibuatnya...Ye le kereta sekarang ni dah macam satu keperluan yang wajib pada semua orang...Takyah tanye "life" korang camne la...Contohnya cam "life" aku je la kalau takde kereta..Kalau takde kereta, susah gak nak pegi kerja, almaklumla aku kuar dari rumah kul 7 pagi, Hubby laks kul 8 baru kuar sebab dia naik motor...Dahtu sebelah petang aku perlu ke Shah Alam untuk menghadiri kelas...Kalau naik komuter ke Shah Alam, pukul brape mau sampai kelas ma??? Nak taknak, kereta ni dah jadi kepentingan dalam hidup sebab nak kejar masa pun satu hal...Kalau masa banyak habis dalam komuter (yang asyik tak tepati masa) memang "miserable" dibuatnya...Itu belum kira lagi kalau hujan lebat takde kereta mau kuyup tengah jalan beb...Yang sudah berkeleluarga tu, wajiblah ada kereta...Nak ke sana ke mari bawa anak bini nak naik apa kalau takde kereta...Pendek kata, rasanye tak lengkap le rutin harian ni kalau tanpa kereta...Korang setuju tak Hari Tanpa Kereta ni???

Monday, September 26, 2011

Tersadai di rumah...


(google)


Last update blog on 22rd September...Today is 26 September...OMG, 4 hari tak berblog...Mana taknye aku tersadai kat rumah sebab DEMAM...Tu le hari tu duk eksyen sangat, tahun ni belum kena demam lagi tup..tup...ha ambik kau terus DEMAM...Mana taknya aku ni memang jarang demam...Setahun sekali aje demam tapi bila dah demam memang stok tersadai tak bangun2 2-3 hari...Yang bestnya aku & anak2 yang kena...Kalau Hubby demam mau pengsan terus aku dibuatnya...Dalam duk demam tu sempat gak SABTU petang ke open house di Bangi...Tapi apakan daya, tekakku bagaikan susah untuk menelan akibat TONSIL yg bengkak...Makan aje ler, janji perut kenyang...Padahal pagi tu tu kul 3.00 pagi kami anak-beranak dibawa ke HKL oleh Hubby...Masing2 demam mencecah lebih 38, mau tak panik Hubby...So, dalam kemalasan dan kepenatan, ku gagahkan juga ke HKL jam 3.00 pagi...Yang pasti pengajarannya, jangan berkongsi makan & minum dengan orang lain sebab sehari sebelum tu, aku dan bebudak ofis ke Masjid Wilayah untuk jamuan hari raya...Kisahnya apabila aku makan mee rebus dan semua orang nak rasa mee rebus yang aku mkn...So, berkongsilah kami 5-6 orang bergilir-gilir...Dan sendiri mau ingat la risikonya, ada2 sajalah yang meninggalkan virus yang tak sepatutnya...Isshh..ishh...tak patut betul...

Thursday, September 22, 2011

Nak Pinjam or Nak Buat Reta...


(google)


Ini statement bukan pertanyaan yek...Bukan apa kekadang kita ni manusia selalu terlupa bila kita pinjam hak orang, terlupa nak pulangkannya...Tapi bila dah teringat tu janganlah pulak buat2 lupa dan terus buat "reta" ajer...Sendiri mau ingatla!!! Tak payahlah nak bajet2 sangat, nak save duit sampai pinjam "reta" orang terus buat hak mutlak sendiri...Issshhh..ishhh, tak baik tau!!! Apa kata lepas ni kita check barang2 kat rumah yang kita rasa bukan hak kita dan pikir2kanlah siapa yang empunya barang...Or else kalau malu sangat buat2lah pulangkan balik kat tuan empunya tu dengan nada sebegini "sorilah ye pinjam barang hari tu, lupa nak pulangkan, terbuat reta la pulak"...Ha yang tu ayat aku yang selalu gunakan bila aku terbuat "reta" adik2 aku...Aku pun selalunya pinjam "reta" adik beradik je...Apa yang penting, kalau pinjam barang orang tu, pandai2lah pulangkannya...Ye le bila masa tuan empunya diri nak guna, mana nak cekau...Sendiri mau ingat la...

Dapat Duit Raya Nak Beli Ipad


Ni nak bercerita-ceriti alkisah kakak bila dapat duit raya hari tu...Bila ditanya kakak nak beli apa dengan duit raya??? Jawabnya spontan "IPAD"...Wah kelas bebudak sekarang...Kalau zaman aku dolu2 dapat duit raya impian nak beli basikal, buku cerita tapi bebudak sekarang jawapan semuanya gajet2 canggih-manggih...Kelas noks!!! Almaklumla raya tahun ni ke mana2 sajer pegi beraya, semua sepupu-sepapat dia dok usung IPAD dan sewaktu dengannya (seb baik ayah guna phone samsung galaxy)...Tapi memandangkan bajet mama & ayah takde, kakak tumpang main ajer le...Nak tak nak supaya kakak tak buta teknologi, tengok le kot tahun depan ada bajet lebih, boleh le kita beli (ayat2 pujuk kakak)...Padahal impian beli IPAD tu, impian mama tapi disebabkan anak dah minta, akan diusahakan jugalah...Sebab masa kecik2 dulu ibu & ayah tak pernah menghampakan permintaan kami adik-beradik bila minta "game boy", play station (ni masa dolu2, sekrg dah kureng semua gajet ni)...Insya-Allah, kalau ada rezeki boleh le kita beli dan mama pun boleh tumpang join sekaki sekali...Ha...ha..ha...mama yang lebey sebenarnya....



Insya-Allah tahun depan aje le kita beli Impian mama ni...(google)

Monday, September 19, 2011

Sudah2 Ler Tu...Mamat Sepah & Adda

Bila baca balik kisah Mamat Sepah & ex-GF dia tu, naik meluat & nyampah laks...Well, secara jujurnya aku nak memberi sedikit komen & pandangan peribadi tentang perhubungan diorg walaupun aku tau aku takde hak pun nak masuk campur urusan mereka...Isu artis gaduh2 ni dah banyak sangat, balik2 saling menyalahkan antara satu sama lain...Bagi aku sendirilah, kepada Adda ex-GF si Mamat ni, orang dah taknak sudah ler..Nampak cam dia laks terhegeh-hegeh sekarang...Lantaklah kalau si Mamat tu playboy ke or apa2 title dia...Yang penting dia bukan "hak mutlak" sesiapa lagi...Lagi satu pasal isu tumpang populariti, bagi aku isu tumpang2 ni tak wujud sebab dua-dua bekerja dalam bidang yang sama untuk cari rezeki buat apa nak pk pasal popular ke tak...Popular ker???? Memang aku akui aku sendiri memang tak pernah langsung kenal Adda hingga isu diorg kuar kat surat khabar begitu juga Mamat Sepah, aku tak kenal pun dia sebelum ni sehinggalah Sepah masuk Maharaja Lawak baru ler aku kenal...Kalau duk nak pk "POPULAR" ajer selalulah buat kontroversi yang gerenti meletups kababoommm, sure POPULAR tapi sampai bila???? Kalau popular dengan kontroversi yang "kurang enak" ni gerenti tak tahan lama la noks kau jadi retisss ni!!!...Apa2 pun aku suka dengan cara Fida mengambil pendekatan tidak memihak kepada sesiapa...Bagi aku kisah Mamat & Adda ni benda yg dah lepas, biarkanlah berlalu...Tak perlulah nak saling ungkit-mengungkit...Seandainya Mamat dah bahagia dengan Fida, biarkanlah mereka...Janganlah ada isu jeles2 ni lagi...Kita ni semakin dewasa, jadi berfikirlah seperti orang dewasa...Kalau masing2 asyik nak kuarkan statement yang diri sendiri tak bersalah sampai bila pun tak selesai...Penyelesaiannya senang ajer, dua2 stop kuar statement dan Adda perlu terima seadanya yang jodoh dia antara Mamat dah takde...Dan Mamat juga perlu minta maaf atas apa yg terjadi...Ha kan setel takyah nak pening2 kepala lagi...KALAU dah artis tu ada2 ajer isu yang nak dijadikan isu...

Mamat Sepah & Adda (google)
Mamat Sepah & Fida (google)

Sunday, September 18, 2011

Alkisah Raya Kami Yang Dah Abis Raya..he..he..

My pictures on 1st day RAYA
Wif my sister & my loving mother...
Brother, Sister & Adik
Kakak & Adik di pagi raya...
Some more pictures from them..
Kakak & Adik peace to everybody

Walaupun dah dua minggu berlalu, aku still nak citer raya kami yang boleh dikatakan agak menarik...Tapi tak kisahlah kalau korang nak baca ke taknak baca ke aku nak citer gaks...Tema baju tahun ni "PURPLE"... Wah kelas gitu!!! Termakbul hajat di hati...Yang tak bestnya, setelah aku selidiki, tahun ni kami takde gambar family di pagi raya..Ah sudah!!! rasanya cam ada tapi tak tau ler kat kamera sape...Ye ler kamera sendiri ada tapi takde le bergambar sangat guna kamera sendiri...Mau repeat balik pakai baju di pagi raya semata-mata untuk bergambar..Boleh aje...Kesian laks Hubby tak banyak gambar dia...Aku bawa jer kamera tapi ye ler kalau dah orang lain pakai DSLR lebih baik kita join yang lagi canggih...he..he...he..(ni stok malas nak ambik gambar)...Aku ni kahwin dengan orang KL gaks tapi kampung nenek aku & Hubby one way aje...Nenek aku duk Kuang, Selangor dan Nenek Hubby laks Ijok, Selangor...Walaupun dekat tapi meriahnya raya terasa juga...Setiap tahun pagi raya di rumah bonda mertua kemudian kami pulang ke rumah nenek aku pula...Petang raya pecut ke Ijok dan tidur sana 2 malam...Raya kedua setiap tahun, kami (adik-beradik, sepupu, kaum kerabat Hubby) akan berkonvoi beramai-ramai buat "lawatan tapak" dari rumah ke rumah sedara-mara yang berdekatan...Satu hari lebih kurang 10 biji rumah jugalah kami "terjah"...Walaupun penat tapi seronok jugalah sebab ramai2...Apa2 pun inilah meriahnya "baraan" (JAWA VERSION), setahun sekali je nak rasa camni...Hari biasa memang susahlah nak jumpe cenggini...Raya ketiga kami sambung semula episod "lawatan tapak" tapi sebelah petangnya siap-sedia semula untuk pulang ke KL kerana hari Jumaat aku sudah mula bekerja...Yeaaayyyy masuk kerja!!! (Mood tak tau nak kata apa)..

My pictures on 2nd day raya taken from my SIL
.
Us on 2nd day raya...
Us again...
GIRLS...
Ramai2 lagi...

Saturday, September 17, 2011

Open House Sekolah Kakak

Hari Rabu tu, aku balik aje dari rumah terus kakak bagi surat dari Cikgu dan terus kakak bercerita yang sekolah nak buat sambutan hari raya...Kena pakai baju raya, kasut raya & bawa kuih raya...Aku pun ok je ler tapi memandangkan kuih raya kat umah dah nak abis maka aku pun order roti jalan buat santapan kat sekolah kakak...Majlis tu hari Khamis (15hb September)...Mulanya kul 9.00 pagi...Since, parents dijemput hadir maka aku pun menghadirkan diri ke sekolah kakak tapi aku masuk ofis dulu...Dalam kul 8.30 tu aku gerak balik rumah, ambik roti jala dan terus ke sekolah kakak...At last, nak kena nunggu laks pengerusi jawatankuasa bagai, siap nyanyi2 sempena hari merdeka, bacaan doa dan akhirnya kul 10 lebih baru makan...Fuhhh lama gaks aku menahan lapar...Jom kita layan dulu pics yang telah diambil...
Sebelum majlis bermula, cikgu buat aktiviti mewarna dulu...
Kakak dan kawan2 tengah sibuk mewarna
Khusyuk betul mereka mewarna
Meriahnya makanan...
Ini dia roti jala...30 keping ajer...
Sebelum menyanyi, duduk berkumpul dulu...
More peaces...
Semangat dengan bendera...
Selesai menyanyi lagu2 kebangsaan
Kakak sedang makan dengan kawan2...

Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Sekali-Sekala...

Korang jangan ikut pepatah aku ni yek tapi kekadang tu rasa nak ikut gaks...Mana taknye asyik kita ajer buat baik dgn orang bila pulak orang nak buat baik dgn kita....That's why nak buat baik pun mesti ada limitnya...Kalau tak mesti ada ajer nak ambik kesempatan...Kekadang tu serba salah juga dibuatnya...Bila buat baik orang lebih2 laks, bila buat jahat lagilah...Apa2 pun sebelum kita berbuat baik pada orang lain fikir2kan jua kesannya kerana nanti yang sakit hati, makan hati adalah kita sendiri...Sesetengah orang ni bila kita dah buat baik dengan diorg 2-3kali, lepas dari tu diorg pulak nak ambik kesempatan atas kebaikan kita...Pikir sendiri sudah la...Jangan sampai menyusahkan diri sendiri la ye...
(pics taken from google)

Thursday, September 15, 2011

Bas Metro Ni Kwang Ajor Betul..

Salam Khamis semua...Tak paham la aku Bas Metro kat KL ni...Sibuk nak berlumba-lumba...Eh kau ingat kau aje nak cepat..Orang lain pun nak pegi keje nak cepat gaks...Suka-suki nak pancung kereta orang...Padan muka..Aku tak kasi chance langsung...Kalau korang perasan la Bas Metro ni kalau kat tengah jalan raya mesti nak berluma-lumba dengan bas Rapid KL...Dahtu selamba diorg je cilok sana, cilok sini...Memang dasar "kwang ajor"...Pemandu2 Bas Metro ni cam takde kesedaran sivik langsung...Dalam ertikata lain "cam sial" bawa bas...Jom kita boikot Bas Metro...Ada sape2 yang kerja dengan Bas Metro ni??? Tolonglah bawa bas tu pk lah orang lain gaks...Jangan sibuk nak cari keuntungan sampai keselamatan pemandu lain pun nak tergadai...


(pics taken from google)

Wednesday, September 14, 2011

Meriah & Sakannya Open House

Korang tak abis beraya lagi ker??? Aku tau korang masih memenuhi undangan "OPEN HOUSE"...Alhamdulillah, murah rezeki...Aku ni pun masih memenuhi undangan menghadirkan diri ke "OPEN HOUSE" tapi bukan "OPEN HOUSE" kat rumah orang tapi kat ofis...Ye ler ofis aku ni ada banyak bahagian...Semalam kat Masji Wilayah, hari ni kat Bahagian Penyelidikan, minggu depan bahagian2 lain laks...Bahagian aku dah buat Jumaat lepas...Siap aku jadi MC majlis...Wah kelas noks!!!...Tema apa lagi "BAJU RAYA" la...Menu macam2...Memang stok cover sebulan punye puasa...Laksa, Nasi Dagang, Nasi beriani, nasi tomato, soto, cendol, lemang, ketupat etc..etc...bla...bla...Banyak sgt nak sebut...Yang pasti semuanya sedap & mengenyangkan...Of course la, makan free semuanya sedap...Tapi perlu diingat makan berpada-pada kalau tak, stok ulang-alik ke tandas la ye...Apa2 pun kepada semua sahabat blogger, kurangkan lemak & manis dalam pemakanan yek...Sayang kamu selalu...


(pics taken from google)

Tuesday, September 13, 2011

Apa Cer Sabtu & Ahad

Boleh ker kisah Sabtu & Ahad lepas aku baru nak citer hari ni...Kira boleh je ler sebab semalam mood menaip takde...Well, Jumaat malam Sabtu, Hubby hantar kami anak beranak ke rumah Bonda di Rawang (mood malas nak drive+Hubby nak letak kereta kat ofis)...So, kami tidur di sana...

Early in the morning (pagi Sabtu) Hubby perlu ke Penang (biasale 'KERJA)...Tengahari laks ada jemputan rumah terbuka@kenduri aqiqah kat Sg. Buaya...Aku pegi le ke sana bersama-sama bonda & anak2...Fuhhh jalan jem giler...Seb baik kereta auto kalau manual mau "cramp" urat kaki....Memang happening la jalan Sabtu lepas...Kami pulang ke rumah dalam kul 2 lebih dan sampai ke rumah lebih kurang kul 4 petang...Padahal Sg. Buaya-Country Homes, takde le jauh mane pun tapi aku rasa cam nak gi Melaka laks jarak perjalanannya...Ohhh serabut betul Sabtu lepas...Terus duk rumah tak kuar2 kerana kepenatan di jalanan dan membutakan diri...

Ahad, masih di rumah bonda dan pagi tu after breakfast, kami adik-beradik bergotong-royong masak bersama-sama...Menunya, mee kari & Rendang Ayam + Nasi Impit...Wah cam pagi raya laks...MOTIF UTAMA- Saje nak makan...ha..ha...Tapi kesian kat Hubby sebab tak dapat makan rendang ayam...Tak sempat nak masak 2nd round...Jadi bawa la balik mee kari saja kerana malam Ahad tu, bonda tolong hantar balik rumah...Kononnya nak tunggu Hubby balik dari Penang untuk ambik kami anak-beranak kat Country Homes...Seb baik tak tunggu sebab Hubby sampai KL dari Penang dalam kul 2 pagi...Takpe le yang penting selamat sampai...Rendang Ayam tu nanti kita masak kemudian...Pandai ker aku nak masak rendang???


SERABUTNYE!!! (google)

Sengal Betul...My 1st Day Class...


(pics taken from google)


Ah sengal betul!!! Aku punye le bersemangat semalam nak gi kelas...Sekali daaa, lecturer tak datang..Aku dah agak dah..Kalau 1st week mesti lecturer malas nak datang..Bak kata Hubby "masih mood raya"...Ok fine...Aku punye le kuar awal dari ofis kul 5 petang...Ikut Federal Hiway (seb baik x jem) ke UiTM, Shah Alam...Bila dah sampai tu lepak ler dengan bebudak kelas...Tunggu punye tunggu..punya tunggu...Lecturer tak sampai-sampai daaa...Sudahnya kul 7 lebih aku gerak balik rumah ler...Maka dengan itu kami pun beramai-ramai sepakat untuk tidak menghadirkan diri ke kelas untuk minggu pertama ni...Ye ler lecturer tu ingat dia jer nak raya...Kitorg nipun masih mood raya...Hubby siap kata "mama kan baik hati sedekah duit kat stesyen minyak"...Ye ler mengenangkan aku akan berulang-alik dari KL-Shah Alam, apa lagi kasi "full tank" la minyak...Ok minggu ni nak sambung beraya dulu baru pikir nak datang kelas next week...He..he...Apa lagi jom kita terjah rumah yang belum diterjah...

Monday, September 12, 2011

Kunjung-Mengunjung @ Ziarah-Menziarahi

Apa maksud sebenar di sebalik perkatan2 tajuk en3 hari ni??? Adakah kita masih mengamalkannya??? Susah nak ckp sebab amalan ini telah hampir lupus di kawasan bandar...Bagi kawasan kampung pulak amalan ini masih terasa dan masih wujud...Almaklum la zaman sekarang ni susah sangat nak tengok orang datang rumah kita melainkan kita dijemput & buat open house...Baru2 ni ada sorang Ustaz mengatakan bahawasanya "open house" tu kalau boleh tak perlu sebab konsep utamanya seolah2 cam nak menunjuk...Namun begitu apa yang penting adalah "nawaitu" kita untuk menjamu selera kepada tetamu kita selain berkongsi rezeki...Selain itu, ziarah-menziarahi ni bukan setakat tetamu datang ke rumah kita sahaja tetapi kita juga perlu membalas kunjungan tetamu yang datang ke rumah kita tu...Barulah betul konsep kunjung-mengunjungi @ ziarah-menziarahi...Tak gitu??? Sebab musabab yang utama wujudnya ziarah-menziarahi @ kunjung-mengunjungi ni adalah untuk mengeratkan silaturrahim...Apa2 pun semoga silaturrahim di antara kita semua berkekalan hendaknya...Psssttt, ada sesape nak buat open house tak???


(google pics)

Thursday, September 8, 2011

Mummy's Blogger Kapan Mau Ketemu Kembali???

En3 kali ni khas buat sahabat blogger yang pernah aku jumpa di KLCC... Sue, Eb, Uyun & Aanie kapan mau ketemu kembali??? Wah soklan dalam Bahasa Indonesia lah pulak...Mana la tau kot nak gather2 sesama "pot luck raya"...Ok tak??? Apa2 pun rindu pada kamu semua untuk bertemu kembali...Kita hot & happening kan suasana...Ha...ha...ha...Apa2 hal kita roger2 kembali...If ada blogger yang nak gather sesama and nak propose for "pot luck raya" ni, on saje...Ada sesiapa nak propose lokasi yang sesuai untuk kita beramah mesra??? Lagi ramai lagi baguskan...Seronok rasanya dapat kenal ramai kawan ni...Anyway, salam aidilfitri buat semua.

Pre Hari Raya

Inilah cerita sebelum sambut raya...Baru nak tayang en3 ni...Kirenya dah terlambat juga tapi saje nak share alikisah sebelum raya ni tragedi yang telah melanda...Untuk aku, untuk kakak & adik, untuk Hubby dan tak lupakan juga my parents & my sister...Tahun ni ter"banyak" la pulak baju...Cam tahun2 lepas 2-3 helai aje tapi tahun ni setelah disemak semula ada 5 pasang...Handbag raya & kasut raya wajib tau untuk diri sendiri...Hubby laks tetiba berjiwa muda tahun ni hanya beli T-shirt tak berkolar 3 helai...Agak tergezut gak aku sebab memang susah nak tengok Hubby pakai T-Shirt tak berkolar ni...Tahun ni ubah selera pulak...Yang tak menahan tu, kaler2 baju..Kuning, merah & pink ok...Kasut tak beli sebab masih ok so, dia beli sandal sahaja..Senang nak gi solat raya...Untuk rumah lak, langsir tak tukar sebab baru ajer tukar awal tahun hari tu...Cuma tambah aksesori seperti karpet & kusyen...Fuhhh bergaya sungguh!!! Ye ler takkan tuan rumah je nak cantik, rumah pun nak cantik gak...Yang tak leh menahan ialah 2 hari sebelum raya, sofa kat rumah sudah "bolos" akibat "ketiadaan" skru penyambung...Ala paham2 je ler sofa IKEA yg murah2 tu...Maka terpaksalah kami mengeluarkan bajet untuk beli sofa baru...Ambik kau konon nak bajet sekali ter"over" bajet untuk beli sofa..Takkan orang datang beraya duduk atas karpet aje...Aduh pening kepala gaks bila kukenang kembali duit yang telah selamat diperhabihkan...Dahtu camne??? Banyak sangat agenda2 kecemasan yang tetiba menjelma...Lepas ni dah taknak plan2 sangat sebab bila plan lagi banyak abis duit lah pulak...Kalau tak plan camne lak??? Agak2 lagi banyak habis kot??? Ngeh..ngeh...




(pics taken from google)

Aku Masak Sambal Paru...

Wah tajuk tak boleh blah tapi itulah hakikatnya...Raya untuk kali ini setelah beberapa tahun raya tak dapat cuti sebelum raya so, sku ambik cuti sebelum raya untuk masak...Menunya ialah sambal paru untuk dimakan di pagi raya...Memandangkan pagi raya kami berkumpul di rumah bonda mertua maka sambal paru akan dihantar ke rumah bonda mertua untuk dimakan beramai-ramai...Paru tu pegi beli dengan Hubby kat NSK..Aku beli 3.5kg paru untuk dimasak...Dengan semangat yg berkobar hari Ahad aku dah prepare sikit2, bahan2 untuk dimasak...Aku rasa korang pun dah tau bahan2 nak masak sambal paru...

So, Isnin pagi tu aku dah mulakan agenda memasak aku sampailah selesai hingga ke pukul 7.15 malam (banyak sangat gangguan ketika memasak tu yang ambik masak lama)...Dari merebus paru, goreng paru, blend cili kering & bawang segala sehinggalah menumis sambal tapi menumis ni Hubby tolong sebab banyak tu cili nak kena tumis...Kirenya ada la Assistant aku untuk masak paru ni...Memandangkan kami berpuasa dan pertama kali aku masak dalam kuantiti yang banyak, segala garam & gula aku bedal je letak ikut suka...Tak tau masin ke, manis ke yang penting siap untuk dimakan...

Dan alhamdulillah, buka puasa hari terakhir tu kami beramai-ramai termasuk adik-beradik Hubby berkumpul di rumah bonda mertua dan dapatlah rasa sambal paru yang tak seberapa tu...Bolehlah tapi aku rasa ter"masin" sikit....Takpelah yang penting semua orang happy sebab nak sambut raya...


(pics taken from google)

Makanan Feveret Di Pagi Raya

Salam semua...Belum nak bercerita lagi alkisah hari raya...So, aku nak mulakan dengan makanan feveret di pagi raya...Aku tau semua orang ada makanan feveret atau makanan yang wajib dimakan di pagi raya...Cam aku laks yang wajib adalah, nasi impit+kuah kacang+kuah lodeh...Adunkan kesemua sekali..Fuhhh terangkat beb...Aku kureng sikit makan rendang di pagi raya ni...Bukan apa takut perut tergezut...Dah petang2 sikit baru boleh layan...Ada sape2 lagi nak share makanan feveret atau makanan wajib di pagi raya??? Meh le citer...


(pics by google)

Wednesday, September 7, 2011

Mood Bosan+Malas untuk update blog


Semenjak kembali selepas dari raya ni, mood berblog agak kureng...Entah le...Nak katakan takde idea, banyak jer bende nak diceritakan tapi nak start menaip tu cam malas2 manja gitu...Tambahan lagi next week, sessi kembali ke kelas akan bermula...Mau kurang aktiviti berblog aku ni...So, kawan2 camne nak buat ni??? Kebosanan dan kemalasan telah melanda jiwa...Arrrgghhh nyah kau dari sini!!!

Monday, September 5, 2011

Selamat Kembali Blogger


Salam Syawal buat sahabat Blogger yang dikasihi...Puas sudah berhari raya??? Seminggu beraya tak berkesempatan untuk mengupdate blog...Hanya sesekali blogwalking sekadar pengubat rindu..Chewah ayat takleh blah...Well, aku tau ramai gaks blogger yang sedang busy mengupdate blog bercerita sambutan hari raya...Macam2 ragam & karenah terutamanya yang ada anak2 lagilah banyak cerita...Contohnya cam aku ni lah...Dari kisah Ramadhan, pre-raya, shopping raya, sambut raya, duit raya, "open house" dan segala2-galanya tentang raya...Takpe le aku pun kalau boleh nak share kisah dari sebelum raya sampailah alkisah di pagi raya dan seterusnya tapi kena tunggu gambar upload dulu untuk dikongsi bersama-sama blogger...Apa2 pun selamat kembali kepada semua Blogger dan HAPPY BLOGGING....Sayang kamu semua...