MONEY!!!

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Dari Kami...


Untuk semua sahabat Bloggers yang dikasihi...Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...Semoga hari raya tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran & meriah...Mohon ampun & maaf sekiranya selama anda semua membaca catatan & coretan saya ada yg terluka, terasa mahupun berkecil hati dengan en3 yg telah dibaca...Sesungguhnya tiada niat di hati untuk melukai hati sesiapa kerana apa yang saya zahirkan di sini adalah ikhlas dari hati saya sendiri dan adalah diri saya sendiri...Semoga ukhuwah yang terjalin di antara kita semua terus kekal abadi walau hanya sekadar di alam ICT...Insya-Allah ada kesempatan & peluang untuk kita bertemu dan bersua atas keizinan Allah, akan bersualah kita...Salam aidilfitri dari kami sekeluarga...Next e3 tunggu lepas raya ok...

Hukum Anak Susuan Secara Direct Feeding @ Botol



(google pics)


Salam Jumaat semua...Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 26 kita berpuasa...Syukur kerana telah dipermudahkan..Just nak share info sikit pasal anak susuan...Anyway, aku pernah menyusukan anak buah aku sebelum ni atas dasar kasihan kerana mak dia perlu berkursus beberapa hari...Dan atas dasar kasihan melihat dia "tercari-cari" tatkala aku mendukung dia, aku terus menyusukan dia but sekali tu je la...




Then, baru2 ni adik ipar aku pulak telah dikurniakan anak perempuan, sekali lagi aku telah menyusukan anak dia atas dasar kasihan melihat dia yg ingin menyusu tapi maknya tidak mampu menyusukan kerana masalah "luka"...Apa yang aku tahu sebelum memberi susu kepada "anak orang" lain perlulah mendapat keizinan dari suami...Walaupun aku tak minta izin dulu tapi aku akan bagitau kepada Hubby yang aku telah menyusukan "anak orang lain"...So far, dia tak pernah marah & tak pernah TIDAK bersetuju...



Orang selalu kata anak susuan tak boleh kahwin dengan anak2 kita sendiri...Yes correct hukumnya "HARAM"...Tapi berbeza pula dengan susu ibu yang diberikan melalui botol...Hukumnya "TIDAK HARAM" untuk mereka berkahwin walaupun dari sumber susu yang sama...Jom baca sini...Kerana baru2 ini telah wujud satu komuniti di mana ibu2 yg ingin menyumbangkan susu mereka untuk diberikan kepada bayi2 yg memerlukan telah diperdebatkan...Namun begitu apa yang pasti, susu yg disumbangkan kepada bayi2 tersebut tidak menjadikan bayi2 tersebut sebagai 'anak susuan" sebaliknya sekiranya bayi2 tersebut disusui secara "direct feeding" barulah dikatakan anak susuan...Apa yang dapat disimpulkan di sini, susu ibu adalah yang terbaik sebab itu wujudnya satu komuniti yang menerima sumbangan susu ibu untuk diberikan kepada "bayi" yang memerlukan...Apa yang pasti, ibu susuan akan terjadi sekiranya kita menyusukan bayi tersebut melalui "payudara" kita sendiri bukan melalui botol kerana "bonding" & sifat kasih sayang antara ibu yang menyusukan & bayi yang disusui akan wujud...




(google pics)

Thursday, August 25, 2011

Biskut Raya a.k.a Kuih Raya


Pelbagai jenis biskut raya (google)


Taraaa..wah best betul bila dah dapat biskut raya...Tahun ni biskut raya tak order banyak pun...Ala kadar sahaja...Adalah 2-3 jenis biksut & yang lain semuanya kerepek2 sahaja...Taknak bazir2 beli banyak2 sebab nanti tak abis stok boleh simpan sampai tahun depan punye raya...Iye beberapa tahun yg lalu pernah terjadi...Almaklumlah excited 1st time beraya setelah bergelar isteri orang & akhirnya sampai dekat 10 jenis biskut aku order...Sudahnya selamat dimakan oleh "tong sampah"...Tahun ni yang ada "sarang semut", "almond crunch", "bahulu", "kuih siput", "mini popia" & kerepek bawang...Ha ok lah tukan!!! Kalau tak abis gak, tak tau la...Mau lepas raya makan biskut raya untuk sarapan, makan tengahari & makan malam...So, korang bajet2 sikit ye beli kuih raya tu...Jangan over bajet laks..Yang penting jangan lupa beli untuk parents & mertua ye...Aku dah beli dah...



Camnilah sarang semut aku (google)

Cuci2 Sambil Mandi-Manda

Aktiviti malam Sabtu lepas selepas balik dari Berbuka Puasa @ Baby Shower...Apa lagi biasalah seperti tahun lepas...Aktiviti mencuci sambil mandi-manda oleh dua beradik dan ayah...Jom layan gambar kat bawah ni...


Ayah sibuk mencuci tapi kakak & adik sibukkan diri mandi-manda


Tengoklah tu Adik sangat seronok kena siram dengan Ayah...


Opppss sensored la pulak...Tengok Adik tu sibuk main sabun...Kakak mandi sambil berphotogediks..

Berbuka Puasa @ Baby Shower...

Sabtu lepas, geng sekelas masa sekolah menengah jemput datang ke rumah untuk berbuka puasa...Konsepnya "POT LUCK"...Kebanyakannya masak lauk melayu sebab "main course" adalah NASI tapi aku masak "SPAGHETTI"...Okler tu boring la pulak asyik makan nasi ajer..So, kita makanlah lain pulak...Sampai kat sana rupenya 2 in 1 punye majlis...Berbuka puasa @ Baby Shower sebab tuan rumah sedang menghitung hari untuk bersalin tapi aku tak tau so, takde le hadiah untuk "future baby"...Biasalah bukannya selalu berjumpa, bila dah berjumpa ada sajalah cerita-ceritinya...The best part is aku saja yang ada 2 orang anak sebab yg lain masih sorang anak & bakal masuk nombor dua...Itupun anak aku paling tua...Well, nak buat camne akukan kahwin muda so, anak pun dah berumur lah sikit...He..he..he..Hubby tak ikut sebab dia pun ada agenda tersendiri dengan geng2 motor dia...

Selepas berbuka puasa kitrog buat game sempena "Baby Shower" ni..First game, teka besar perut mummy...Kaedahnya adalah dengan potong tali dan pandai2lah agak panjang mana nak potong...Dahtu lilit kat perut mummy tu, tali tu terlebih ke, terkurang ker bergantung pada saiz perut mummy tu...Well, aku kalah lah sebab terpotong lebih 5cm beb...Dahtu aku agak2 aje ikut perut aku masa pregnant dulu...2nd game, "words scramble"...Aku rasa korang pun tau kot...Korang susun balik perkataan2 yg berkaitan dengan baby ni di mana perkataan tersebut telah di terbalikkan...Ada 10 perkataan tau dan aku dapatlah no.2...Apa2 pun yang menang kedua2 games ni adalah ibu2 juga sebab yang bujang2 tak pandai nak teka...

Anyway, good luck to my frens HAWA yang dapat nombor satu untuk kedua2 games tersebut dan bakal menimang cahayamata kedua...Untuk Tuan Rumah, sahabatku KHAIRIDASHEILA JOHARI, semoga semuanya selamat...Sambil berbuka puasa tu tak lupa juga aku share pengalaman bersalin aku...Yang penting share my BF journey...

Insya-Allah, akan makin ramailah ibu2 di Malaysia terutamanya yang dapat menyusukan anak2 mereka secara eksklusif hendaknya...Gambar takde sebab aku lupa bawa kamera ..Boleh tak lupa padahal selama hari ni tak pernah tinggal kamera...Almaklumla blogger nikan cam wartawan gaks...Sentiasa nak bercerita..


(google)


Tuesday, August 23, 2011

Semua Blogger Cerita Raya


(google)

Buka blog tengok dashboard, semua Blogger citer aktiviti nak sambut raya...Memang sangat best baca en3 yang pelbagai karenah & aktiviti nak sambut raya ni...Aku punye citer raya belum lagi...Tapi aktiviti memang banyak...Takpe le nanti ada masa akan aku share for next en3 ye...Macam2 kisah ada...Yang bestnya kalau dah ada anak yang paling best alkisahnya...Apa2 pun keutamaan mestilah untuk anak2 dulu sebab mak bapak dah puas beraya so, kita bagi peluang pula kat anak2...Apa2 pun sambut raya tahun ni secara bersederhana sudah walaupun tahun ni baju aku dah ada 5 pasang...Wah..wah..sederhanalah sangat..he..he..Ok salam muah..muah...

Monday, August 22, 2011

Jumaat Lepas- THREADING.

Salam semua sahabat bloggers...Anyway, ni nak tanye korang pernah cuba buat THREADING??? Apa itu THREADING??? Kalau korang nak tau THREADING ni adalah proses membuang bulu roma (cam aku buat kat muka) menggunakan benang...Ha camne tu yek??? Aku pun tak tau nak citer camne...Biasalahkan bila nak raya ni, muka pun mesti nak nampak cun...Yang pasti memandangkan muka aku agak "hairy" so, solution adalah dengan proses "THREADING"...Dah beberapa kali juga aku buat "THREADING" ni dan hasilnya memuaskan sebab muka jadi licinlah sikit...So, bila korang nak "touch-up" bedak kat muka takde le comot sangat terutamanya bila berpeluh...Paling ketara bulu roma ni tumbuh di kawasan "upper lip"...So, dah sah2 lah nampak cam ada misai lak kena la buat...Lagi satu kaedah "WAX" tapi aku tak pernah cuba lagi...Selalunya kalau aku buat "THREADING" ni, aku suka buat "full face" yang mengambil masa dalam setengah jam untuk selesai...Bila dah buat proses "THREADING" ni normally, bulu2 roma yang akan tumbuh balik lebih halus dan mengambil masa beberapa bulan untuk tumbuh kembali...Sakit tak??? Well, kalau nak cantik kenalah tahan sakit...Tipulah kalau aku kata tak sakit tapi since, aku dah imun dengan "THREADING" ni orang kata "alah bisa tegal biasa" rasa sakit tu cam kena gigit semut ajer...So, kalau sapa2 nak cuba buat "THREADING" ni pegilah Jalan TAR...Untuk "full face" diorg charge RM30 sahaja yg aku rasa murah berbanding tempat2 lain yg aku pegi sebelum ni...Tapikan aku sudah lupa la pulak nama itu kedai yang pasti berhampiran dengan "GULATI'S...So frenz, Let check it out!!!


Camni leh kaedahnya tapi yang ini untuk kening...(google)


Friday, August 19, 2011

Apa Masalah Maxis???

Gile betul!!! Korang nak tau nape??? Masuk bulan ni dah 2 kali line phone Hubby kena barred sebab over limit...Bila check bil kat Maxis Centre sampai dekat RM500 lebih...Bulan pertama hari tu bayar la juga sebab staff Maxis Centre kata guna internet...So, Hubby was thinking that maybe Adik yg main tekan2 phone...And it happens again today, kena barred then check bil dalam RM400 lebih...Bila check sekali lagi penggunaan internet...Atas rasa ketidakpuasan hati, Hubby explain dengan bengang giler kat staff Maxis Centre tu sebab Hubby tak pernah guna internet melalui phone...Tak kuasa ok!!! Diorg ni sajakan buat pasal...Dahtu tetiba credit limit telah dinaikkan dengan sesuka hati dari RM100 ke RM200...Nape yek??? Ada sape2 pernah alami pengalaman sebegini...Disebabkan tak mahu kesilapan sama serupa, Hubby mintak Maxis Centre blocked terus Internet...Ye le mana le tau kot ada yg curi line ker...Then, kita tunggu bil 23hb ni camne...Ikutkan rasa nak tukar line lain ajer sebab my mom pun pernah mengalami perkara yg sama...Apahal Maxis dah rugi banyak ker???
(google)

Thursday, August 18, 2011

Sudah 7 Hari kakak Berpuasa


Alhamdulillah...Dah 7 hari kakak berpuasa penuh...Tapi tiap2 pagi kena kejut bangun sahur & makan bersuap...Kalau tak lena balik...Masa hari pertama dan kedua tu memang dugaan buat dia...Mana taknya tiap2 hari, balik sekolah Cikgu bekal makanan untuk buka puasa...Menu tiap2 hari bertukar...Karipap, Kuih Ketayap, Mee Hon Goreng, Pasta Goreng, Mee Goreng etc...Adusss...tak payahkan kakak boleh tergoda, aku ni pun tengok boleh tergoda dibuatnya...Bila masuk hari ketiga puasa dia dah rasa seronok...Siap bagitau aku masa buka puasa "mama, puasa ni seronoklah"...Then, ada gak tunjuk "YOUTUBE" video anak2 somalia tu kat dia...Aku tengok dah emosi, dia pun sama emosi mengalirkan air mata...Terus kakak tanya "mama, kenapa budak2 tu kurus sangat??? Aku jawablah "sebab tu kita kena puasa, kena ingat kat orang lain yang tak makan mcm budak2 kat video tu"...Tak boleh bazir2, budak2 tu lagilah puasa setahun, kakak cuma puasa sebulan aje tu pun tak penuh"...Terus dia diam...Hopefully, masuklah kat kepala otak dia tentang mensyukuri nikmat Allah ni...Sama ada dia faham atau tidak, cubalah untuk fahamkan dia because she's only 5 years old...Bila buka puasa walaupun dia nak macam2 tapi aku control juga dari beli banyak2...Taknaklah nanti membazir pulak kalau tak abis...Apa2 pun semoga tahun depan kakak dapat puasa penuh...Insya-Allah...

Alhamdulillah...Stok Susu Maintain Di Bulan Puasa


Well, since I'm an exclusive BF mother, hari tu sebelum puasa sangat risau dengan stok susu...Takut berkurangan...Tapi bila dah masuk hari ke 18 kita berpuasa ni rasa takut dah hilang tapi lega sebab stok susu untuk Adik still maintain...Apa yang penting sahur wajib bangun...Menu utama NASI, 2-4biji KURMA, secawan NESTUM & 1liter air kosong...Ha ambik kau cam makan hari biasa la pulak...Kena la makan semua ni kalau tak mau kurang gak susu...The most important thing, maintan demand & supply...Kat ofis saja 3 times pumping sessions, balik rumah terus direct feeding Adik...So far still cukup untuk Adik sebab sehari Adik cuma minum 3 botol which is each bottles ada 4/5oz...At the same time, aku dapat cover balik 3-4 bottles...Lepas ni dah tak risau sangat lah...Since my EBM still can cover for 3-4 days which is my total EBM- 20 bottles...Ok la, bukan nak ke mana2 pun...4 months to go to complete my BF journey...It's quite tough but I Oleh yang demikian, kepada semua para ibu yang menyusu secara eksklusif, jangan putus asa dan teruskan usaha anda...Yang penting maintain demand & supply...Makan kena jaga juga...Semoga rezeki sentiasa ada untuk anak2 anda dan "ALWAYS THINKK POSITIVE"...


(google)

Wednesday, August 17, 2011

Tatkala Hati Sudah Tawar, Sesuatu Perlu Dilakukan

En3 kali ni ala2 luahan hati dan perasaan la juga...Di samping tu nak juga berkongsi pendapat, pengalaman & nasihat dari sahabat2 blogger yang di sayangi...Bila hati dah rasa tawar, jalan penyelesaiannya adalah "BLAH AJER"...Well, itulah yg telah aku lakukan...Yes, aku dah tawar hati sebenarnya bekerja kat Unit Kewangan, JAWI ni...Setiap hari aku datang sekadar untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang pekerja tapi konsistensi terhadap kerja kini sudah berkurangan dan prestasi pun agak hambar...Permohonan pertukaran telah diluluskan oleh Ketua Unit...Proses yg mengambil agak lama...Dari Ketua Unit perlu melalui Ketua Jabatan Sumber Manusia...Aduss leceh betul prosedur orang gomen ni...Kalau lepas maka akan sampailah surat aku di JPA & JPM...Tup..Tup dapat surat "DILULUSKAN" pertukaran tapi belum lagi surat penempatannya...JPA check lak kekosongan untuk penempatan yg mungkin akan mengambil masa hampir 2 atau 3 minggu atau mungkin sebulan...Keseluruhannya hampir sebulan or dua bulan lah aku masih di sini menanti jawapan untuk penempatan aku...Apa nak buat itu saja penyelesaian terbaik...Bukan tak bagus tapi jiwa masih muda, perlu cari pengalaman lain, gali lagi ilmu selagi mampu...Insya-Allah ada rezeki, bakal bertukarlah aku ke jabatan lain...Cuma tunggu masanya bila???


I Wonder How??? I Wonder Why???

Tuesday, August 16, 2011

Apa Pekdahnya Buffet di Bulan Puasa???

Bila bulan puasa ni segala hotel, restoren & segala tempat makan nak buat buka puasa ala buffet...Tapi harga tak hengat dunia...Berbaloi ke makan buffet kat hotel2 yang aku rasa, sekali bayar boleh cover duit makan seminggu??? Iye ler kalau dah RM50+++, lebih baik takyah...Itu kalau dewasa hatta sekarang ni budak2 umur 3 tahun pun perlu bayar ok...Tak berbaloi laks rasanye...Berapa banyak la pulak budak tu makan...Ingat lagi masa zaman2 sekolah dulu, awl tahun 90-an, buffet kat hotel masa tu baru RM20+++ ...Kire berbaloi la juge...Sekarang ni mungkin tidak!!! Kalau anak sorang boleh le lagi tapi kalau dah sampai 4-5 orang, ha kira la kalau buffet tu satu kepala ada yang boleh cecah RM100+++...Stok duit belanja dapur sebulan beb!!! Jadi untuk mengelakkan pembaziran "duit" terutamanya...Takyah le pegi buka puasa ala buffet ni...Kalau teringin gaks sekali udah ler...Janji tak kempunan...Kalau mampu tiap2 hari tu, boleh ajer...Bulan puasa kalau boleh nak jimat belanja, makan pun bersederhana kalau dah beribu abis kat makan ala buffet ni, raya laks camne??? Mungkin orang yg gaji sebulan lebih RM10K tak heran la sangat setakat makan buffet kat hotel...Setahun sekali ajerkan...Anyway, apa yang penting di bulan Ramadhan ni banyakkan amalan, semoga segala yang dilakukan mendapat keberkatan...Insya-Allah...
(google)

Bangga Ke Dapat Pergi Negara Mat Salleh????

Semenjak heboh pasal kes rusuhan sana-sini kat luar negara, korang rasa hebat sangat ke dapat pegi negara diorg ni??? Memanglah semua orang kalau dapat gi "oversea" UK, Paris, Itali dan seumpamanya mesti rasa bangga sebab dapat menjejakkan kaki ke sana tapi bila dah keadaan huru-hara camtu, masa tulah baru terfikir betapa hebatnya negara sendiri yang aman tenteram...Betul tak??? Aku pun pernah terpikir begitu juga dan angan2 memang nak further study kat UK, ye ler nak merasa duduk negara empat musim...Bila episod huru-hara tersebar luas terus "down" niat di hati...Malah aku rasa bersyukur sebab bertuah menjadi rakyat Malaysia yang masih kekal keamanannya walaupun kekadang ada sikit calar-balarnya...Biasala tu, suami isteri duk satu rumah pun ada gak masa tak sekepala...Yang pasti semoga raya tahun ni kita dapat sambut dengan penuh keamanan & kesyukuran memandangkan tanggal 31hb Ogos 2011, kita juga bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 54 tahun...Alhamdulillah...


Proud to be Malaysian!!!

Monday, August 15, 2011

First Time Main Bunga Api


Well, en3 sebelum ni aku citer pasal balik kampung Hubby...Ni nak sambung citer pasal 1st time ever Adik dapat main bunga api...Sangat excited ok...Tak sabar2 dia nak main...Sepupu dia yg lelaki (Awisy) pun takut main bunga api...Adik siap2 acah2 lagi...Kesian Awisy tau asyik "kena" ajer dengan Adik...Ishh adik ni tak baik tau sakat orang...Nampak sangat muka keseronokan dia main bunga api...Aku??? Seronok juga tapi tak layan sangat pun bunga api...Zaman dah berlalu beb tapi kekadang layan ok juga...Rasalah balik kenangan zaman2 bebudak dolu2...Sekarangkan susah nak dapat bunga api...Aku pun tak tau dari mana Hubby dapat tau2 aje anak2 dah sibuk main depan rumah...Cuma mercun KLCC jer takde...Kalau tak mau rumah kena "ambush"...Giler kau main mercun sekarang ni...


Ni gambar raya tahun lepas...Adik & Awisy (sepupu)



Ni gambar tahun ni...Mereka berdua ni beza 3 bulan aje...Tu yg rapat sikit...Kalau main pun selalu berdua aje...Inilah kawan main bersama & gaduh ok...


Dah Setengah Puasa Ni...Tak dengar pun lagu raya...

Isshh ni yang tak best bila layan radio ni...Tak muncul2 gaks lagu raya...Bukan ke selalunya bila dah setengah puasa ni radio akan kuarkan lagu raya??? Musykil gak aku ni??? Sudahnya layan lagu raya kat "pen drive" aje le...Korang ada dengar tak lagu raya kat mana2 radio??? Last weekend, kami pulang ke kampung Hubby...Sangat meriah tau bila buka pose...Almaklumlah semua sepupu-sepapat dia balik...Macam2 lauk ado...Memang tak hengat laks melantak...Ceh cam puasa la pulak...Macam2 ada tau...KFC, Ayam Golek, Nasi Ambeng, Nasi Goreng, Spaghetti etc...Mau naik 1kg gak tapi malangnya berat aku masih 45kg...Tak mau naik pun...Naik ala2 manje gitu jer...Korang laks berbuka pose di mana??? Aku gerenti semua orang mesti balik rumah parents...Ye le lagi meriah buka pose ramai2 ni...Seronoknya lain macamkan..Tambah lagi kalau dapat rebut2 makan...Mau gamat suasananya...Tak gitu???


(gambar google)

Friday, August 12, 2011

Mood: Kurang Aktif Berblog Di Bulan Ramadhan



Pagi Jumaat semua...Alhamdulillah sudah 12 hari umat Islam berpuasa...Alhamdulillah juga kerana semalam kakak dapat puasa penuh even dah dilatih dari hari pertama tapi semuanya separuh hari...Anyway, bulan puasa adalah bulan beribadat dan selama 12 hari ni juga aku agak kurang berblog...Aku juga perasan yang ada juga sesetengah blogger yang aktif sehari sampai berderet en3 tapi agak kurang aktif sikit di bulan Ramadhan ni...Nape ye??? Tapi aku sendiri akui "mood" bulan Ramadhan ni lain sikit...Almaklumlah perut lapar, mata ngantuk, idea agak kureng sebab oksigen pun kurang ke otak...Ceh pandai laks aku meneka...Apa2 pun semoga Ramadhan kali ini dapat mengeratkan hubungan antara kita sesama blogger...


Bila bulan puasa aktiviti seperti di atas harus dilupakan ye di siang hari..he..he..he..



Kakak pun kena puasa ye...



Adik laks??? Tunggu lagi 2 tahun baru belajar puasa ye...


Thursday, August 11, 2011

Bila Lagu Raya Berkumandang

Korang dah dengar tak lagu raya kat mane2 radio??? Setakat hari ni, aku masih belum lagi dengar tapi Hubby aku sangat bersemangat tau, puasa pertama dah tukar ring tone telefon dengan lagu raya...Naik kereta dah siap sedia pasang cd raya noks!!! Aku tau korang mesti ada lagu raya feveret korang??? Cam aku laks aku suka lagu Anuar Zain berduet dgn Elliana tu...Lagu ni buat aku happy sangat...Kalau yg sedih & pilu sampai stok emosi tak hengat lagu Aishah, Mamat Exist tu & Allahyarham P. Ramlee...Tapi takpe le aku nak share gaks lirik lagu SUASANA HARI RAYA dengan korang...Lepas ni korang nyanyi la ye...For sure korang happy...


(Raya tahun lepas kami bertemakan "PINK"...Adik pun baru berumur 9 bulan tapi tahun ni adik dah boleh jalan)


"SUASANA HARI RAYA"
A:Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


E:Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi

Tutur dan kata yang sopan saling memaafi

Suasana hari raya walau di mana pun jua

Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )


A:Kuih dan muih beranika macam

Makanlah jangan hanya di pandang

E:Ketupat rendang sila nikmati kawan

Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )


A:Wajik dan dodol jangan lupakan

Peninggalan nenek zaman berzaman

E:Asyik bersembang pakcik dan makcik

Hai duit raya lupa nak di beri


A & E:Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

(ulang korus 1 & 2 )


p/s Thanks to blog lirik lagu...

Wednesday, August 10, 2011

Bulan Pose, Bulan Untuk Beristirehat dari Memasak...

Betul ke tajuk en3 kat atas tu??? Kaum2 ibu atau bapa ada yang sudi menjawab...Aku nipun time bulan pose ni dari 9 hari pose aku rasa baru 5 hari pose je aku masak...Yang lain selamat beli ajer...Walaupun balik awal 4.30 petang tapi penatnya tahap gaban tau...Masuk awal kul 7.30 pagi, kuar rumah 6.30 pagi dah adap jalan jem...Balik 4.30 petang, adap jalan jem lagi...Kesudahannya sampai rumah dah kepenatan, tak sempat nak rehat dah nak kena masak...Kelam-kabut gaks dibuatnya...Dengan nak ambik anak lagi walaupun dekat ajer tingkat 8 (rumah aku tingkat 9) tapi kelam-kabutnya tak hengat...Semput nafas dibuatnya...Bila dah kuhitung kembali perbelanjaan bulan pose ni lebih kurang gaks belanja makan bulan tak pose...Kirenya takde beza la pun jimat bulan pose dengan bulan tak pose...Bezanya tak makan tengahari je ler...Apa2 pun aku memahami kepada mereka2 yang tidak memasak kerana keadaan & jarak perjalanan...Hidup di KL ni banyak masa dihabiskan di atas jalan raya sahaja...Jadi kepada kaum bapa tu fahamilah isteri anda dalam ertikata lain bukannya "MALAS" nak memasak tetapi keadaan mendesak...Ngeh..ngeh...Sekian en3 kali ini...Salam muah..muah


Malas ker??? (google)


Tuesday, August 9, 2011

Ingat Dua Perkara

Pagi ni sekali lagi aku nak share tazkirah yang aku terima dari seorang sahabat melalui emel aku...Andai sesiapa yang telah baca alhamdulillah...Sempena bulan baik yang mulia ini sama2lah kita kongsikan segala kebaikan yang kita terima...Moga2 kita mendapat syafaat dan keberkatan dari Illahi...

Ingat Dua Perkara

Pertama:Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.



Kedua:Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf.Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa-dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.


Lupa Dua Perkara

Pertama:Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kembalikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang. Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang. Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.



Kedua:Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Anggaplah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang. Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau mala petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan.Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemeseletan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah. Menyukai Apa Yang Allah SukaYakni kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka.Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan kita pun membuatnya.Itu manifestasi dari cinta kita yang mendalam kepada Allah. Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi pertimbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. Ia bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. Ia lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.Membenci Apa Yang Allah BenciYakni kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka.Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh. Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang mendalam.


Monday, August 8, 2011

Alhamdulillah selesai sudah...

Pagi Isnin semua...Akhirnya selesailah sudah bershopping untuk anak2...Rasanya dari sebelum puasa lagi duk shopping untuk anak2 lagi...Ye le sebelum puasa shopping baju dulu...Last Saturday went to Mid Valley & The Garden...Misi mencari kasut untuk anak2...Ok just simple shoe...Kakak punye sarung aje colour purple...Harus ok mengikut tema...Adik dah tentunya very the sweet colour fuschia colour (am I right???)...Aku punye belum lagi takde yang berkenan di hati...Masuk Vincci, ada yang berkenan sekali saiz takde la pulak...Pegi CK, beli handbag saja udah..Tetiba terbeli "BLACK"...Yang pastinya jarang aku beli handbag black colour ni...Next, kami masuk The Garden, misinya Levi Store, untuk seluar jeans Hubby...Seb baik ada saiz...Risau gaks takut takde saiz...On the way back, kami singgah PERTAMA COMPLEX, tempah baju melayu Hubby...Seb baik le diterima lagi...Almaklumla Hubby memang regular customer kat WALK IN...Kirenya banyak perkara dah diselesaikan...Tinggal rumah & biskut raya aje yang belum...Hajat di hati nak buat biskut raya sendiri tapi tengok keadaan la ye...Ikut mood la nampaknya...Lagipun Adik baru ajer baik demam semalam...Eh engkorang dah perhabih duit ke untuk raya ni??? Bajet berapa ke dah terlebih bajet???


Pening kepala duit habis untuk raya...(google)

Thursday, August 4, 2011

Kakak Nak Make Up La Mama...



Anak daraku yang besar ni kalau bab melaram memang kalah mama dibuatnya...Semalam balik dari ofis terus tunjuk surat dari sekolah bagitau yang hari Khamis ada sessi bergambar...Aku pun ok je le tapi kena bayar RM22 tau just untuk sessi bergambar...Dah siap pesan awal2 bagitau yang cikgu suruh make-up cantik2 cam model...Ewahhh cikgu ni ajar anak aku melawa la pulak...So, hari ni kejut kakak kul 6 pagi suruh siap2 mandi...Dah selesai mandi terus minta aku make-upkan dia...Kakak kalau bab melaram ni semangat aje...Aku pun make-upkan je le anak dara aku ni kononnya nak bagi lawa2 cam model la sebab kata ada sessi bergambar...Bila dah nak selesai tu, adik pulak bangun nak juga make-up...Sudahnya aku calitkan aje lipstick kat mulut adik, janji dia tak bising...Dahtu nak buat camne dua2 anak dara...Nak taknak kena la pandai melawa...Kakak..kakak...Macam2 hal..



Ni gambar kakak tahun lepas masa konsert akhir tahun kat sekolah



Tengok le tu bila dah siap make-up...Melawa aje...



Ni close-up muka dia..Cikgu kat sekolah make-upkan...

Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Ramadhan Untuk Dikongsi

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK




Aku nak kongsikan dengan semua Tazkirah Ramadhan yang aku terima...Semoga puasa kali ini memberi banyak syafaat kepada kita semua. Amin...


Pertama


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);*


Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;*


Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua




Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:"




1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,


2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,


3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,


4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,


5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga




Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :


1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'


2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain


3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan


4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya


5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

Yeay Sonoknya dapat update blog...


Oh tetiba aku on pc hari ni semua orang bagitau, FB dah boleh...Itu bermakna aku boleh aktifkan jejari aku sekaligus update blog di ofis...FB tak kisah sangat yang penting diari kesayangan ni mesti diupdate tau...But not sure yet the system will ok until when...Hari ini juga meneruskan perjalanan kembali dari blog ke blog serta membuat beberapa lawatan tapak...Dah beberapa hari gaks agak kurang dari update en3...Apa2 pun nak ucapkan Selamat Berpuasa semua...Till then salam muaaahhh....Tunggu next en3 laks ye...

Tuesday, August 2, 2011

Kenangan 3 tahun lalu di bulan Ramadhan...

As-Salam semua...Pagi ni nak share kenangan Ramadhan 3 tahun lalu yang terjadi 3 minggu sebelum raya...Ohhh sangat sadis tragedinya...Kereta waja aku telah mengalami kemalangan yang penuh tragik...Takde le tragik mana pun, bukan langgar orang tapi reverse kereta kat tempat parking dan tersangat tiang tepi...Jadi, impaknya sebelum raya adalah seperti gambar2 di bawah...Walaupun Hubby agak tertekan di waktu ini, ye le dah nak raya tu beb, cepat2 claim insurans & terus hantar ketuk & cat...Seb baik le ada insurans...Kalau tak mau tak beraya tahun 2008 hari tu...
Pintu tepi sebelah kiri...
Bahagian belakang
Ha tengok keseluruhannya...
Secara kesimpulannya, sejak peristiwa ini aku dah tak parking kereta dari arah depan dan sampai sekarang pun aku tak berapa pandai parking masuk dari depan...Yang bestnya, aku dah 3 kali accident waktu bawe kereta ni tapi tak pernah lagi langgar kereta orang atau kereta ni dilanggar...Kesemuanya reverse nak kuar parking...Yang pasti takde tempat lain pernah berlaku melainkan ketiga-tiga peristiwa adalah di tempat letak kereta dan kali kedua ni adalah paling tragis...Ha...Ha..ha...kelakar pun ada bila dikenangkan balik...Kereta nipun dah tinggal kenangan setelah Hubby melakukan transformasi pada tahun 2009 dan telah selamat dijual pada bulan Februari yang lalu...

Monday, August 1, 2011

Bila SOGO kena serbu...

Jumaat lepas sangat happening kat SOGO...Mujur la ada member card dapat la aku masuk tapi yg tak bestnya satu apa pun takleh nak shopping...Gila engkorang, SOGO pack giler, SALE tak hengat...Mak2 orang selamba ambik baju anak2 tak tengok tag harga pun...Yang tak syoknya bapak2 orang "SOLAT JUMAAT" kat tepi eskalator SOGO sementara nunggu isteri2 diorg perhabiskan duit...Yang kesiannya budak2 la...Fuhhh sesak nafas dibuatnya...Aku yang kononnya nak bershopping jua akhirnya tersadai kat "food court" aje...Dahtu perut lapar, kami pegi makanlah dulu...Bila tiba masa nak shopping, tak sanggup nak hadapi jem yang sedia ada di kaunter2 bayaran...Seb baik la aku tak gerak dari ofis naik keta, kalau tak memang tak patah balik ofis aku...Kritikal KL tau Jumaat lepas...Ye le dah nak sambut Ramadhan so, parents shopping habis-habisan untuk anak2...Yang bestnya aku pegi balik menapak tau dari ofis ke SOGO dan dari SOGO balik ke ofis...Ha..ha..ambik kau pecah lemak aku Jumaat lepas...Cer korang bayangkan menapak dari SOGO ke Masjid Negara...Ok tak???
SOGO kalau buat sale memang gile2 la...(google)