MONEY!!!

Thursday, June 30, 2011

Sentiasalah Berfikiran Positif

Apa pun yang kita lakukan, harus diingat perlulah sentiasa berfikiran positif...Positif itu lebih baik dari berfikiran negatif...Bila kita sentiasa positif semua bende kita buat akan sentiasa nampak positif...Jadi kepada anda2 semua di luar sana...Positifkanlah diri anda ke arah kebaikan...Ini bukan nasihat tapi sekadar menjadikan inspirasi untuk diri sendiri juga agar sentiasa positif bukan saja pada hari ini, esok, lusa dan selamanya...Segala langkah dan gerak-geri kita perlulah sentiasa positif...Sematkan di jiwa dan fikiran bahawa 'AKU PERLU SENTIASA POSITIF" walaupun kadangkala positif itu menyakitkan hati...
(google)

Bosan...

Pagi Semua...Nanti kita cerita boleh sebab pagi ni nak pegi mesyuarat dulu kat Putrajaya...Apa kes??? Ada bos tapi aku gak kena pegi...Penin la dibuatnya...Nak tukar jabatan rasanya tapi tunggu genap 3 tahun dulu la...Kebosanan telah melanda jiwa ini...Aku aje yang belum nak keluar2 lagi ni...Teringin gak nak buat penjelajahan ke jabatan lain...Agak2 bila la tu???




(google)

Wednesday, June 29, 2011

Festival Al-Quran dan Kesenian Islam


PENGUMUMAN!!!


Adalah dimaklumkan bahawa Yayasan Restu akan mengadakan Festival Al-Qur'an & Kesenian Islam 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 8 Julai 2011 - 17 Julai 2011

Masa : 9.00 pg - 6.00 ptg

Tempat : Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam.

Untuk makluman, objektif utama penganjuran festival ini ialah untuk mengangkat pembudayaan Al-Quran dan As-Sunnah di peringkat Malaysia dan antarabangsa. Antara tarikan utama adalah Pameran pedang Rasulullah S.A.W., pertandingan khat, bengkel penyembelihan, kursus, dan seminar.

JOM JOIN TEKA-TEKI SYAWALSIMPSONS N MENANG



Ada sapa2 nak join tak??? Ha meh baca syarat2nya:




  • Buat satu Entry yang bertajuk JOM JOIN TEKA-TEKI SYAWALSIMPSONS N MENANG


  • taruk Banner kat atas kat entry korang tau


  • x yah bagi jawapan kat entry....juz bagi jawapan kat comment box entry ni je tau.. ops lupa soalannyer..klo tak macam mana nak jawab kan...


  • SOALAN : DIMANAKAH SYAWALSIMPSONS AKAN BERCUTI MINGGU HADAPAN KLU : Dalam Malaysia tempat yang ada waterworld


  • 2 pemenang akan di cari dengan jawapan yang tepat


  • Hadiah : mestilah barangan dari tempat Cuti2 Malaysia aku nanti


  • tarikh tutup untuk teka-teki ni.. 06 JULAI 2011 12.00PM

Frustnya Dengan Sorang Blogger Ni


(google)


Ni kira ala2 luahan hati dan perasaan la...Takpe pun Blogger nipun bukannya follower aku, for sure dia tak baca pun apa yang aku tulis ni...Actually, aku dah lama kenal Blogger ni dari blog lain, dahtu baru aku tau dia ada blog...So, aku pun excited la follow blog dia tapi yang frustnya setiap kali aku tinggalkan komen tak pernah pun dia balas komen tu tapi takpe la sukati dia la nak balas komen atau tak...Takde le aku harap untuk dia follow atau jengok blog aku yang tak seberapa ni...Sebab aku tengok bila komen orang lain dia jawab & balas aje tapi setiap kali komen aku tak pernah dijawab...Nape yek??? Kalau dia tak perasan nape dia approve komen aku??? Takpun dia pilih blogger yang dia kenal & dia follow jer kot baru dia nak jawab...Lepas ni tengok le keadaan kalau aku nak jengok ke tak blog dia...Aku tau la follower dia dah dalam 2k tapi takdele sehebat blogger2 otai yang sudi gak komen...Tapi ye le kita tak boleh nak paksa semua orang balas komen & jengok blog kita...Tapi kalau setiap kali en3 baru dia, aku komen, dia laks tak balas komen aku melainkan komen org yg dia kenal frust jugalah...Kita ni nak eratkan silaturrahim antara sesama blogger tapi terkomen blogger yang boleh dikategorikan sombong la pulak...Dahtu camne??? Apa kes???

RM 160K Sebulan...

Banyak Giler!!! Eh ape yang banyak ni??? La korang tak dengar ke Sinar FM pagi ni??? Bil elektrik rumah PM & TPM berjumlah RM160K sebulan...Kata suruh jimat tapi apa dah jadi ni??? Korang rasa la lampu jenis apa yang diorg pasang kat rumah diorg ni??? For sure le lampu importkan..Apa kelas pakai yang biasa2 ni...For sure 24 hours on...Isshh3x...ni baru bil letrik rumah diorg tau...Belum lagi Istana Negara...Korang tengok le nanti bila Istana Negara yang baru dah siap, tak tau la berapa pulak bil elektriknya...Lagi la sekarang ni tarif elektrik dah naik...Berapa ratus ribu lagi la pulak kerajaan nak kena tanggung...


(google)

Tuesday, June 28, 2011

Bekal Roti Telur Untuk Kakak


The "PINKY GIRL"


Agenda pagi ni pukul 6 pagi masak roti telur untuk kakak...Kakak memang sangat suka dengan roti telur...Aku & Hubby pun suka makan, cicah dengan cili sos...Selalunya kalau Sabtu & Ahad dan bosan sangat tak tau nak breakfast apa, roti telur pun sodap...Senang ajekan nak buat roti telur ni..Pecah telur, celup roti kat telur, goreng...Tetiba laks kakak minta nak bawa bekal roti telur hari ni...So, mama pun buatlah khas untuk kakak...Dah siap tu, potong empat, bagi comel2 dan muat dimasukkan dalam "tupperware"...Siap pesan kat kakak "nanti share dengan kawan ye"...Dua keping roti dipotong empat so, ada lapan potongan roti telur yang comel2 untuk dimakan...Cukuplah kot dia makan berdua dengan best fren dia...Tak tau le kalau dia jaja kat satu sekolah...Mau la tak cukup...Kesimpulannya, jom kita buat roti telur...Apa kes???


aku ambik kat google aje sebab tak sempat nak snap gambo pun...

Issshh...Kalut Betul Hang Ni!!!

Akukah yang kalut??? Kekadang tu begitula rasanya...Bak kata Nabil JK, JIWA KACAU!!! Entahla hari ni rasa kalut sangat...Semua kerja rasanya cam tak sempurna aje...Nak tidur kat ofis pun tak boleh, tak tenang rasanya...Rasa bersalah ke??? Entah, takde lak buat salah kat orang...Hutang kerja dengan bos ada...Tu yang buat JIWA KACAU..Ha..ha..ha..Pening kepala aku ni dibuatnya...Kerja pun boleh hutang2kan sebabnya "MALAS + TAKDE MOOD" telah menguasai jiwa dan fikiran ini...Semangat bekerja meh datang pada aku...Aku nak mood kerja ni...Nyah kau JIWA KACAU!!!


(google)

Monday, June 27, 2011

Takpe...Aiman Tak Kisah...

Tajuk en3 hari ni ada kaitan dengan kehidupan seharian kita sebagai manusia di muka bumi...Asyik semua bende tak kisah aje...Abis tu apa yang kau kisah??? Zaman sekarang ni mana boleh tak kisah...Takkan duduk satu taman, satu blok pun tak kisah kehidupan sekeliling...Ha kalau camtu lebih baik duk kat hutan aje...Takde sape pun kisah...Bukan le nak nyibuk tapi kalau asyik "Aiman Tak Kisah", orang keliling, jiran tetangga pun naik nyampah...Malas nak layan kalau orang jenis tak kisah ni tau...Bila ada kenduri-kendara pandai lak kau kisah ye...Almaklum la makan "FREE" sapa taknak tapi bila bab rewang, gotong-royong ke terus "Aiman Tak Kisah"...Isshhh tak patut betul orang camni...Apa kata kita buat tak kisah aje dengan orang cenggini??? Ok tak??? Padan la muka orang tu...Ada aku kisah???


Adik pun tak kisah...

"Reddish Giveaway" : Saya Nak Sarawak Souvenir!"


Salam semua kepada rakan-rakan blogger...Terlupa laks nak join GA yang dibuat oleh awek dari Sarawak ni...Jom kita join GA ni..Klik banner tu ye...Ni nak curi ayat dari blog Reddish tentang syarat2nya:-

1) Reddish GiveAway in open kpd semua bloggers. Bkn follower pun takpe. Tp followers amatlah digalakkan utk join ek ^_-

2) MUST BUAT ENTRY ttg GA ini. Just a normal n simple entry, tak perlu pjg lebar. Dan hendaklah bertajuk "Reddish GiveAway : Saya Nak Sarawak Souvenir!" dan harus tempek banner GA diatas taw.

3) Submit ur entry link HANYA DI KOMEN BOX ENTRY INI (Blog Tuan yang buat GA) sahaja ek uols.

Tarikh tutup pada 30hb Jun 2011..So, jom cepat kita join sebelum terlambat...

Bila Hari Isnin Aje Mesti Nak MC Takpun EL...


(google)

Pagi Isnin Semua...Ishhh tak paham betul aku..Nilah "wabak" yang melanda orang2 bekerja...Cam dah jadi kebiasaan laks...Akibat kemalasan atau "BLUES MONDAY" aje mesti nak ambik MC takpun EL...Nape yek??? Aku memang jarang sekali ambik MC atau EL hari Isnin ni...Rasanya tak pernah pun...Nampak sangat kemalasan dan cam alasan aje taknak datang keje...Kalau ye pun, janganlah ketara sangat...Ini kalau dah tiap2 bulan, asal hari Isnin aje mesti nak MC atau EL...Nasihat aku pada mereka2 yang sebegini, tolong hentikanlah melakukan perkara2 sebegini...Janganlah malas sangat...Aku pulak hari Isnin adalah hari yang paling bersemangat sebab Isnin merupakan permulaan hari...Jadi semangat nak datang kerja tu berkobar2 aje...Sampai ofis pun awal...Kalau dah tahap kritikal malas pun, aku cuba elakkan MC atau EL..Paling takpun call bos minta masuk lambat...So, cuti pun tak rugi...Betul tak???

Sunday, June 26, 2011

Bentan Yang Terjadi Pada Ibu2 Dalam Pantang

Ni nak share sikit info pasal "BENTAN" yang selalu terjadi pada ibu2 dalam pantang...Kalau ikutkan "BENTAN" ni macam2 kan tapi hari ni aku spesifikkan pada ibu2 dalam pantang sebab one of my friends still in confinement sibuk tanye pasal hal "BENTAN" ni...Apa yang aku tahu bila rasa "BENTAN" ni, ibu2 akan rasa badan tu seram sejuk, siap gigil2 dan rasa nak demam...Lepas tu berlaku turun darah yang banyak...So, bila dah terjadi, amalan berpantang tu kena patah balik maknanya bertambah lagi lah hari berpantang...Contohnya kalau dah 30 hari berpantang tetiba hari 31 terjadinya "BENTAN" maka dengan itu hari seterusnya dikira hari pertama berpantang balik sehinggalah tamatnya temph 44 hari...Itu yang aku tahulah, yang aku tak tahu ada sape2 blogger yang nak share info lagi??? So, buat ibu yang dalam pantang sebab tu la kalau dalam pantang ni badan kita kena sentiasa rasa "hangat", pakai stokin, baju sejuk dan elakkan makan bende2 sejuk supaya "BENTAN" ni tak terjadi pada kita...Lagi satu kipas jangan la direct kat kita, aircond tu kalau boleh takyah langsung...Bukan apa, body nak pakai lama...Kalau asyik sakit sana-sini, lenguh2 badan, nak buat apa pun tak larat...Tak gitu??? Sayangilah diri anda, bila body terjaga, Insya-Allah, Hubby pun tak le cari lain...Wah tetiba laks!!! Betul ape, sebab zaman sekarang ni aku tengok, masa anak dara body bukan main solid lagi tapi bila dah anak sorang, nape taknak maintan??? So, jagalah penampilan diri tu bukan untuk sape pun untuk Hubby sendiri gaks...Eh, ni nak bagitau, en3 ni takde kaitan dengan sesiapa pun sekadar berkongsi pendapat ok...Jangan ada yang terasa dan berkecil hati pulak...Ingatan untuk diri sendiri juga almaklum la Hubby aku dari awal memang dah bagi WARNING suruh jaga body if not jangan harap la nak jalan sama...Ni kira motivasi untuk diri sendiri juga untuk jaga body...Sapa yang taknak cantikkan???

(google)

Semua Orang Nak Jadi Hebat...

Salam Ahad buat semua rakan2 blogger yang tersayang...Tajuk en3 hari ni lebih kepada motivasi untuk diri sendiri disamping berkongsi info dan pendapat...Aku tahu semua orang nak jadi hebat...Siapa yang taknak kan??? Nak jadi hebat bukan hanya pada pandangan mata diri sendiri tapi pandangan mata orang lain itu penting...Tapi hebat yang macam mana??? Semua orang ada kelebihan masing2...Dengan adanya kelebihan nilah korang boleh tunjukkan kehebatan korang tapi janganlah sampai wujudnya rasa riak di hati...Tak baik tau...Aku nipun kalau boleh nak jadi hebat sentiasa di pandangan mata orang lain tapi setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza mengenai kehebatan orang lain...Ape2 pun kita perlu kaji selidik diri sendiri, fahami kehebatan diri sebelum tunjuk kehebatan tu...Nantikan orang fikir kita ni nak berlagak aje tapi biasa la kan manusia ni kalau dah hebat tak sah lah kalau tak ada ciri2 riak tu sikit...Takpe le dah lali dah dengan bende2 camni...Macam2 ragam manusia nikan???
Yes, aku HEBAT!!! (google)

Saturday, June 25, 2011

Kesian Anak-Anak Mama...

Hari yang agak mendukacitakan buat aku & anak2...Hajat di hati nak pegi swimming kat Kompleks Sri Siantan di Selayang...Siap packing barang, bawa pelampung bagai...Sampai aje rupe2nye dah ditutup...But tak sure laks nape ditutup..Sudahnya nak sedapkan hati terus ke Stadium MPS, kot le ada pool but dah namanya STADIUM, mana maunya ada pool...Then, terus bergerak ke Perangsang Golf Templer, Rawang (dolu masa zaman sekolah pakcik selalu bawa) kot boleh le tumpang swimming...Sudahnya, takleh masuk pun...Patah balik, tetiba lalu depan 'Taman Rimba Templer"...Singgah le dulu...Sekali takde orang la pulak yang mandi-manda...Takkan kami 3 beranak je nak mandi...Tempat sunyi gile...Ah, sudahnya balik rumah lah ye...Kami pulang ke rumah dengan penuh rasa kecewa di hati...Kesimpulannya, kakak sangat kecewa sebab dia memang excited gila nak gi swimming...Aku pun berjanji bahawa esok, hari Ahad kita pegi Shah Alam sama ada Akuatik atau Wet World...Setiba di rumah, apa lagi terkejut la Hubby aku sebab balik awal ke rumah...Kakak laks terus nangis tersedu-sedan...Kesian anak2 mama...Penuh dramatik laks citer hari ni ye...

(google)

Segmen: "Bang, Jom g jalan-jalan"


Salam buat semua Blogger...Inilah pertama kali aku menyertai Segmen dari Blog Ben Ashaari ni...Sebelum ni bukan taknak join tapi tak berksempatan...Aku tau Ben Ashaari ni antara BLOGGER hebat kat Malaysia ni dan memang ramai giler orang follow setiap segmen yang dia buat...Anyway, if anybody interested nak join segmen ni, apa lagi klik banner kat atas tu dan terjah..Kemudian follow lah apa yang tertulis...Ok la, till then...SEMPOI BEB!!!

Friday, June 24, 2011

"SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London"


Ada sape-sape nak join Segmen yang dibuat oleh Adybudika ni...Jom la terjah...Klik aje banner kat atas tu ye...Yang pasti aku terjumpa blog adybudika ni dari blog Cik Purple...Sebabkan aku jarang join GA or Contest, saje le try luck...Mane le tau dapat...Senang aje syarat2nya...

Penghargaan Kepada Blog Areliff

Terima Kasih kepada Blog Areliff...Kenapa aku berterima kasih laks pada blog Areliff ni??? Sebabnya ialah dia buat review blog aku untuk diterjah...Terima kasih daun keladi kerana sudi buat review blog "MARIA LIZA" ni...Anyway, blog ni as simple as the owner...Cerita pun ikut selera sendiri..Takde ayat "bombastic" or cerita yang "happening" sangat...I will write whatever I want to write...That's what blog are for!!! Kepada mereka2 yang sudi terjah & follow blog ni boleh juga buat terjahan kat blog Areliff ni...Banyak info menarik yang kita dapat..Terjah ye, jangan tak terjah!!! Ni le en3 yang Areliff buat tu...Wah, aku siap 'COPY" lagi...

Friday, June 24, 2011

Blog Pilihan #8 ----> MARIA LIZA

Blog Pilihan #8 gua, Maria Liza simple and interesting blog, jom terjah :)

"Skuad Pencari Sampah"

(google)
Aku memang puji la sama ALAM FLORA...Bagus betul ALAM FLORA ni...Sekarang ni dah wujudkan SKUAD PENCARI SAMPAH" untuk cari sampah yang dibuang di sekitar Bukit Bintang...Rakyat Malaysia ni rajin sangat buang sampah...Dahtu sukati laks tu nak buang sampah merata-rata...Sampai bila la agaknya rakyat Malaysia akan begini??? Langsung takde disiplin & kesedaran sivik langsung...Kalau kat Singapura atau Jepun, aku rasa mesti asyik kena saman aje...Bila dah ada "Skuad Pencari Sampah" ni, memang lemak la kan...Ye le, for sure lagi rajin le rakyat Malaysia ni nak buang sampah sebab dah ada "orang kutipkan"...Jom kita ramai2 jaga kebersihan dengan membuang sampah dalam tong sampah, bukan sukahati kat mana2...
(google)

Suka Pergi Downtown @ Uptown

Aku tau semua orang mesti pernah jejak downtown @ uptown...Ala sama je, bezanya up & down aje...Dulu masa zaman baru wujudnya tempat ni kat Damansara Heights..After that, has been transferred to Kota Damansara...Aku & Hubby memang suka pegi masa kat D'sara dulu tapi masa tu zaman2 perchentaan..Rajin le turun every weeks...Kekdg tu bukan beli apa pun, saje jalan2, ronda2, cuci mata...Now ni jarang dah pegi bila dah ada anak2...Kesian jugak sebab downtown @ uptown ni dibuka setiap hari dari kul 10 malam hingga jam 4 pagi...Apa yang menarik di sini ialah macam2 ada dijual...Murah pun murah...Kira cam ala2 PS BOUTIQUE (nama diberi masa zaman sekolah dulu) a.k.a Petaling Street...So, pada mereka2 yang duk luar Lembah Kelang kalau datang KL jangan lupe singgah uptown @ downtown...Yg dekat dgn umah aku dan aku selalu jejak terdapat di Danau Kota dan Cheras...Memang tak rugi la kalau pegi sebab bende yang pelik, yang tak pernah korang jumpe pun, pasti korang akan dapat kat sini...Kalau nak dapat harga best, masa bulan pose dekat2 nak raya boleh datang shopping kat sini...Memang berbaloi...So, let's check it out!!!
(google)
(google)

Sah Sudah Siapa Pelaku Seks Itu...

Hot gile berita malam ni...Pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh TRIO DATO" T, confirm Datuk Seri Anwar Ibrahim...Sudah sahih 99.9%...Takde teknik ape2 pun..SUPER IMPOSE ke, ape2 teknik ke...Korang rasa camne??? Cer tengok gambo2 kat bawah ni...Sama tak???

.
(google)

Hari Jumaat, Hari Review Kakak


Kalau bab bergambo mesti nak LENTOK aje...


Salam Jumaat semua..Maaf lambat bersiaran...Pagi ni ada majlis bacaan yassin dan sambutan hari lahir bagi mereka yang lahir pada bulan Jun..emcee..ofcoz, aku la..majlis mula kul 8.45 pagi dan selesai pada jam 9.30 pagi...Ok berbalik pada perkara asal...Lepas habis majlis terus rushing balik rumah pegi sekolah kakak sebab hari ni "open day" for parents datang untuk review perkembangan anak masing2...Alhamdulillah, semuanya baik2 aje le..Cuma Cikgu kata kakak ni banyak pot...pet..pot..pet plus berangan & melaram dalam kelas...OMG!! Itulah Marsya Ilmi sangat nak melawa sentiasa TAPI bukan ikut perangai aku ye sebab aku masa kecik2 dolu "BOYISH" ok...Itu cam perangai Hubby aku yang suka melawa...Cikgu kata lagi kat dalam kelas dia adalah CIKGU kepada kwn2 dia yang tak pandai mengeja...It's normal for 5 years start to learn spelling then baru reading...Anyway, I'm happy for her because of her good progress...Lagi satu yang dia suka sebab terpilih masuk pertandingan menari..Dia memang sangat suka menari, siap lentok2 badan noks!!! Entah sape la ngajor...



Kat Bukit Tinggi...



Hari Penyampaian Hadiah kat school kakak..Masa ni baru 4 years..



Bersiap-sedia untuk ke dewan sempena Hari Penyampaian hadiah tahun lepas



Makan pun nak pose lentoks...

Thursday, June 23, 2011

Kongsi Trafik Dan Tukar Link


ANNOUNCEMENT ORANG KAMPUNG!!!

Jom ramai-ramai kita join segmen yang dibuat oleh BANGKU KOSONG ni...Klik banner kalau nak join ye...Syarat2nye simple gile...Selain menambahkan trafik, boleh gak berkenalan antara sesama Blogger...Jom ramai2 kita follow & terjah blog BANGKU KOSONG sebab memang menarik tau blog dia...Wajib baca tau setiap hari..

Next Mommies Blogger Gathering @KLCC


Haloo Mommies Blogger...Bersua kembali...Well, our next gathering @ KLCC on 10th July, 2011 bersempena dengan besday Aed, si kecil Eb Ezrin...So, more further details boleh jejak blog Eb ni...Time tak dinyatakan pula...Pukul 4 petang cam haritu juga la ye...It's time for sharing & kenal antara satu sama lain...Sessi fotografi turut diadakan...Maybe ada isu or any info yang boleh kita diskusi...Yang pasti, kita akan setkan "monthly gathering" for all mommies blogger...Any ideas??? Ok hope see u all soon..Happy blogging to all Mommies Blogger...

Pasar Seni @ Central Market Tempat Lepak Zaman Sekolah...


(google)


Tetiba laks aku nak bercerita pasal Pasar Seni @ Central Market a.k.a CM...Bukan apa sekadar mengimbau kenangan zaman persekolahan...Well, bagi mereka2 yang membesar dan bersekolah di Kuala Lumpur tempat ni memang dah jadi tempat lepak yang WAJIB!!! Wah wajib lagi tau...Tempat ni memang menarik dan macam2 ada...Nak dapat bas pun senang...Yang pasti tourist memang ramai datang sini untuk shopping barang2 seni kat sini...Dolu2 masa zaman muda remaja (sekarang pun muda lagi), aku selalu gaks datang jalan2 dan lepaks dengan geng2 sekolah...Tempat lepak utama, tentulah Mc'D, Pasar Seni...Now ni dah jarang pegi sana...Rasanya dah bertahun gak tak jejak CM ni...Tengok le kalau ada masa aku datang le...So, ada sape2 yang suka lepak kat CM ni???

Semuanya 1 Malaysia


Wah memang bagus tul PM kita sekarang...Semuanya 1 Malaysia..Dulu klinik 1 Malaysia, now ni Kedai Rakyat 1 Malaysia...Katanya harga yang ditawarkan 50% lebih murah dari harga di luar tapikan kat mana je yang ada Kedai Rakyat 1 Malaysia ni??? Kalau boleh biarlah diwujudkan satu Malaysia gaks...Jangan la kat Lembah Kelang aje...Baru la betul konsep 1 Malaysia tu kalau ada kat setiap negeri...Tak gitu???

Tidurku Tak Lena Dibuatnya...

Aduh Adik..Penat tul la..Dah beberapa hari tidurku tak lena dibuatnya oleh anak dara kecik ni...Tengah malam je asyik terjaga tiba2...Bangun pagi pening kepala dibuatnya..Sudahnya qada tidur la kat ofis waktu lunch hour...Dahtu apa nak buat...Camni le bila dah ada anak kecik...Takpe le inilah pengorbanan seorang ibu namanya...Bangun malam demi anakanda...




Macam2 la adik ni...Sape suruh panjat kerusi??? Turun la sendiri...




Aksi BLUR...Baru bangun tidur...




Toncet di atas kepala...

Setuju Tak Bila Orang Poligami Dapat Elaun???


(google)


Ada sape2 baca KOSMO semalam tak??? Aku pun takde le berapa nak baca cuma terdengar dari kawan yang membaca mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan bagi elaun pada mereka2 yang berpoligami??? Ewah kaya betul Kerajaan Negeri Kelantan ni ye...Aku rasa tak sesuai sungguh..Iye le seolah2 menggalakkan pula kaum adam ni untuk berpoligami...Lagi satu nanti diorg ni malas nak keje laks sebab tau dapat elaunkan...Aku memang tidak bersetuju langsung dengan cara sebegini...Kalau dah tau nak tambah lagi sorang pandai2 lah nak tanggung anak bini...Kalau harapkan elaun, memang lemak la...

Wednesday, June 22, 2011

Aksi Model Cilik Terlampau

Macam2 aktiviti adik & kakak ni kalau ayah & mama tengah tidur...Aksi ini dirakam oleh kakak...Adik dengan aksi2 terlampaunya...Gambar ni dah lama diambil tapi baru sekarang nak share...Tengok la adik, bukan main suka kakak tangkap gambar dia...Jom kita layan gambar model cilik terlampau ni













Korang semua jangan biarkan anak2 anda melakukan aksi sebegini...Bahaya betul la anak2 aku ni...Pantang dapat kamera..Ada2 aje...

Persahabatan Biar Jujur Ikhlas Di Hati...



Susahnya sekarang nak cari persahabatan yang sejati...Aku memang ramai kawan2 tapi sukar nak beri kepercayaan...Memang sifat semualajadi walaupun suka bercerita tapi jarang berkongsi rahsia...Lebih percaya pada adik-beradik sendiri...Memang ada best friend tapi bila dah kawin & masing-masing dah ada komitmen, kurang sikit le aktiviti berahsia ni...Yes, we need friend to share...Cam aku sendiri suami, ibu & adik-beradik adalah sahabat...Dengan suami tak semua kita boleh share & luahkan begitu juga dengan Ibu tetapi dengan adik-beradik, segalanya boleh dikongsi...Apapun dalam persahabatan tu apa yang penting adalah kejujuran dan keihklasan sebab ada juga kawan yang suka ambil kesempatan contohnya berkawan dengan kita sebab ada kereta...So, senang la nak ajak ke sana, ke sini..Takpun kawan dengan kita sebab kemewahan hidup kita...Asyik suruh kita je belanja...memang tak patut dibuat kawan langsung kalau jumpe orang camni...So, harapan aku pada kawan2 blogger, semoga persahabatan kita kekal selamanya...Walaupun kita hanya bercerita dan berkongsi di alam maya tetapi kekadang tu komen2 & nasihat2 yang diberikan memang bernas dan boleh dijadikan panduan...Frenship Forever!!!

Tuesday, June 21, 2011

Mahalnya Air Mata Seorang LELAKI








Sukarnya untuk melihat air mata seorang lelaki itu...Adakah kerana mahalnya air mata mereka itu atau kerana egonya mereka??? Yang pasti lelaki sukar mengalirkan air mata kerana mengalirnya air mata mereka seolah2 menggambarkan kelemahan mereka tetapi itulah kekuatan buat wanita..Wahai lelaki semua, mengapakah anda sebegitu??? Sukar diterjemahkan kesedihan mereka kerana wanita bisa dilihat kesedihan mereka melalui air mata sedangkan lelaki, hanya mereka saja yang mengerti kesedihan mereka...Kesedihan mereka hanya dapat diterjemahkan melalui tingkahlaku mereka...Ya Tuhan!!! Adakah lelaki dipandang lemah sekiranya mengalirkan airmata??? Jatuhkah ego mereka sebagai lelaki??? Hanya mereka sahaja yang mampu menjawabnya...

Harrazdani Ajak Masuk Bloglist



Well, aku memang suka join bloglist ni...Jom kekawan kita tambah lagi kekawan blog kita...Caranya senang jer..Klik saja banner kat atas tu ye and buat apa yang disuruh...

3 SEBAB PENTINGNYA BLOGLIST:


1. Boleh follow perkembangan terkini bloglist


2. Menambahkan ramai kenalan blogger melalui bloglist


3. Dapat menaikkan trafik blogger lain juga

Alamak Jabatan Aku Nak Kena Saman!!!




Korang ada baca tak KOSMO pagi ni??? Ala tentang kes khalwat Roslin & Raja Azmi..Raja Azmi nak saman JAWI..Oh tidak!! Jabatan aku nak kena saman dengan Raja Azmi...Well, nak buat camne kes masih dalam siasatan, diorg kena la bersabar menunggu..Lagipun pegawai menyiasat kat sini bukannya ramai sangat tapi kes berlambak..Tapi aku keje kat JAWI ni aku duk Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan tapi kekadang tu ada gak member2 kat Bahagian Penguatkuasaan yang sudi share2 citer...Paling best duk kat Bahagian Perkahwinan..Selalu la dapat jumpa artis2 yang nak kawin, nak cerai pun ada...Camne ni??? Abis le JAWI nak kena saman...Kena minta tukar jabatan la ni...Ngeh..ngeh..ngeh...

Asam Garam Kehidupan Di Kota...


Pagi Selasa semua...Apa kisah aku hari ini??? Ini le nak citer sikit, aku ni anak jati KL..Kekadang tu rasa bosan juga duk kat KL ni...Bukan tak bersyukur, memang bersyukur..Semuanya ada depan mata tapi nak citer pasal nyampah pun ada..Dahtu nak buat camne semuanya dah cam"imune" seharian bila duk kat KL ni...Korang nak tau apa yang aku nyampah:



  • Traffic Jammed- Kat KL ni memang tak sah kalau tak ada traffic jammed...Memang boleh hilang sabar dibuatnya...Nyampah & busan tul...


  • Sale, Shopping Mall pun jammed- Ni lagi satu tapi nak buat camne kan..Dahtu masa SALE je yg murah...Cam tak biase laks tapi diorg ni tak reti ke nak duk umah ha...


  • Traffic Light- Dah le traffic jammed, tambah lagi traffic light..Aku rasa sepanjang perjalanan aku nak gi ofis je..Berpuluh traffic light menanti...Adusss, tensen aku...


  • Parking- Ni masalah tahap gaban..Susahnya nak dapat parking..Aku tinggal kat flat ni takyah citer le susahnya parking kat sini..Memang kena parking bertindih...dahtu jangan tarik gear ok...Nak gi keje pandai2 lah menolak kereta orang lain yang "blocked" kereta kita tu ye...


  • Apa lagi ye??? Ada2 sape nak tambah??? Yang best kat KL ni ialah makan memang senang giler n shopping time, memang banyak SALE & MALL...Yang ni aku suka...Semua orang pun suka gaks...Okla..sape2 nak tambah meh kita sharing2...Adiosss...

Monday, June 20, 2011

Perempuan Yang Remeh Atau Lelaki Yang Suka Perbesarkannya...


Pagi ni layan SINAR PAGI seperti biasa...Topiknya, perkara yang remeh akhirnya diperbesarkan...So, sape yang harus dipersalahkan??? Perempuan remeh bersebab...Kalau tak remeh korang rasakan semua bende boleh selesai dan sempurna tak??? Ha ada2 sape nak jawab??? Orang lelaki ni diorg bukannya kisah sangatkan, asal OK sudah tapi orang perempuan ni lain..Kalau boleh semua mesti sempurna hinggakan yang remeh tu mesti nak dipastikan selesai dan sempurna...Memang bende tu takde ape2 pun so, orang lelaki takyah le nak perbesarkan apa yang orang perempuan buat yang korang nampak remeh sebab hakikatnya, orang lelaki ni memang nak senang aje depan mata...Wah, membebel, ala2 luahan perasaan laks aku ni... Kalau orang lelaki rasa bende remeh tu taknak diperbesarkan so, duk diam2 ye...Ikut je apa yang orang perempuan buat sebab korang pun bukannya suka sangat dengan yang remeh-temeh nikan..Biarkan aje orang perempuan melayan hal remeh-temeh ni..Jangan jadikan ia suatu isu sebab bila dah jadi isu, tu yang remeh pun sibuk diperbesarkan...Ada faham??? Kesimpulannya, wanita memang remeh tapi lelaki tolong jangan perbesarkan ye!!!

Sape Tengok Stanza Cinta Semalam???


Salam Isnin semua...Ni nak tanye sape tengok Stanza Cinta semalam??? Ceh..ceh..ceh...Belum ape2 lagi dah rindu kat Aaron Aziz...Well, ok gaks citer ni semalam...Aku layan sebab Aaron Aziz berlakon beb...Dahtu cerita ni pun diadaptasi dari novel STANZA CINTA tapi lupe laks aku dah baca ke lum ye??? Layan gak le semalam citer ni...So, korang semua kalau rasa rindu sama itu SETH TAN, jom kita layan STANZA CINTA setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3...Ngeh3x

Sunday, June 19, 2011

Maya Karin & Irina Melati...They are gorgeous...

Tetiba laks hari ni nak citer pasal Maya Karin dan adik dia Irina Melati...Bukannya ape, saja buka google n suddenly, nampak this sweet two girls...Kedua-duanya mempunyai nama yang unik and they are really gorgeous...Aku memang suka pada Maya Karin...She is really simple and tak banyak kontroversi cuma hal2 rumahtangga dulu pernah gak menimbulkan kontroversi tapi dia memang tabah...Love all the pics below...How to describe them??? One word, GORGEOUS!!!





Thank u to google for the gorgeous pics...

Meh Baca Iklan Jawatan Kosong Baik Punye...



Salam Ahad semua...Aku rasa mungkin ada yang pernah baca or tengok iklan jawatan kosong kat atas ni...Gambar ni aku dapat dari www.qimie.com, boleh le klik kat laman web berkenaan untuk baca lebih lanjut ye...Memang bagus betul iklan ni...Untuk bagi kesedaran & keinsafan buat semua...Ye le sebab selalunya yang meramaikan masjid ni "veteran2" je...Jom le kita ke masjid...

Saturday, June 18, 2011

Aku Pasti Merindui SETH TAN!!!

Pagi Sabtu semua...Tetiba laks rajin nak update blog pagi2 Sabtu ni...Tu maknanya anak2 sedang melayan perasaan sendiri..Kalau tak takde mananya dapat aku melayan blog...Ok semua orang dah tahu yang NORA ELENA dah pun abis Khamis lepas...To me ending story dia ok la...Oh lepas ni for sure, aku & peminat2 wanita pasti merindui SETH TAN...Rindu ker??? Ye le mana tak rindu, korang sendiri boleh tengok SETH TAN tu camne dalam NORA ELENA...Very the ok!!! Camne ni??? Apa2 pun aku memang "tabik spring" pada pengarah NORA ELENA ni kerana cerita ni memberi impaks yang mendalam pada semua rakyat Malaysia terutamanya yang memang layan cerita ni dari episod pertama hingga habis (aku pun termasuk sekali la)...Impaksnya memang sangat mendalam tau...Kalau tak takkan sampai hari ni orang still memperkatakan tentang SETH TAN...Salute sama Aaron Aziz...Caya la lu brader!!! Memang klasss la acting lu...

Aku rasa semua perempuan boleh tangkap "CINTAN" sama Aaron Aziz bila tengok dia dalam NORA ELENA...Aku pun suka..Ngeh3x...Agak2nya camne la wife dia tengok acting dia dalam NORA ELENA??? Jeaolus tak???

p/s: Thank u to GOOGLE for the nice pics...