MONEY!!!

Monday, February 28, 2011

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011

Bloglist Anastasyea

Sesiapa yang minat nak join Blogslist Anastasyea ni apa lagi tunggu..
Klik banner kat atas tu ye...

Sunday, February 27, 2011

Art Class Kakak

Memandangkan hari ni hari Ahad so, layan la internet jap...Nak citer sikit pasal aktiviti hari ni bersama anak-anak...Pagi2 lagi ayah dah kejut kakak sbb dah promise nak breakfast kat MC DONALDS...Kakak pun apa lagi semangat bangun terus mandi bersiap2...Lepas mama n adik dah siap2 terus la pegi mc D, Gombak sebab after breakfast terus hantar kakak pegi Art Class..

Bercerita pasal Art Class kakak ni, dah 3 bulan kakak attend...Kelas seminggu sekali, setiap hari Ahad dari kul 10-11.30 pagi..So far dia seronok pegi Art Class ni lagipun kelas dia cuma ada 4-5 org student je so, teacher lebih fokus untuk ngajar...Aku pun tak tau dari mana minat art ni berputik sbb aku n hubby not really interested with art...Sikit2 minat la...Minat tgk hasil org tapi kalau diri sendiri nak "BERKREATIF" sorry to say tangan takde seni...Yang aku tau my hubby's side yg "BERSENI" adalah kakak ipar aku n my side, cousin aku yang memang dah jadi "ARTIST"...So, boleh la pegi JALAN CONLAY tengok hasil seni cousin aku ni...His trademark "CHEKRI"(nickname)...

Kat bawah ni ada a few pictures yang Marsya buat sepanjang dia attend ART CLASS...Aku tak kisah if one day dia nak jadi "ARTIST" coz "ARTIST" pun boleh make money & travel..Cuma industri kat Malaysia ni hard to say sbb ye le tak berapa nak berkembang sangat...
Macam2 gambo ada...

Semua ada tema...Krismas, CNY but most of all cartoon..Sesuai la dengan umur dia...

Yang baru belajar hari ni ..BUTTERFLY warna pink, merah...
Actually, ART adalah salah satu cara untuk kita "STIMULATE" anak2 kita...Ape2 yang anak2 minta selagi termampu akan ditunaikan...Budak2 ni tak boleh dipaksa buat apa yang mereka tak suka...Kakak kalau dah minat ART pegi mana2 pun jumpa anything about ART mesti nak stop n tengok dulu... 

Friday, February 25, 2011

Buat Malu jer...

Ni nak meluahkan perasaan...Ape punye rakyat Malaysia la??? Aku rasa semua orang mesti ada baca berita pasal beras yang berterabur kat atas jalan hari tu...Memang tak berhati perut betul rakyat Malaysia yang duk sibuk kaut beras kat situ..Dalam bahasa kasar, kebulur sangat ke??? Aku rasa Malaysia ni kaya dengan pelbagai makanan..Memang sangat memalukan sampai sanggup kaut beras kat jalan dan biarkan mereka2 yang cedera tanpa bantuan...Memang sedih gak bila aku baca luahan dari pemandu lori yang cedera parah pasal sikap rakyat Malaysia yang terlibat...Macam kisah syiling berterabur dulu pun camtu gak...Iye aku akui kalau dah rezeki depan mata takkan nak buat tak tau je tapi bertimbang rasa la sikit...Fikir la juga akan halal & haram  bende yang bukan hak kita...Diorg ingat pesta beras/pesta duit ke???
PESTA BERAS- gambar ihsan google
PESTA DUIT-gambar ihsan google
Kepada mereka2 yang terlibat bayangkan kalau diri anda di tempat pemandu lori tersebut..Tentu anda akan rasakan apa yang pemandu lori tu rasa...Jangan la pentingkan diri sendiri..Kepada semua rakyat Malaysia jadikanlah ini satu pengajaran, tak mustahil suatu hari nanti terjadi pada kita pula...Di manakah sikap rakyat Malaysia yang prihatin yang sentiasa dipuji oleh pelancong asing "NICE MALAYSIAN"...

Wednesday, February 23, 2011

CINTA BUDAK 18 TAHUN

Ape kes??? Pagi ni masalah kat SINAR FM, lelaki berusia 38 tahun, sudah berkeluarga, jatuh cinta dengan budak umur 18 tahun...Aku bukan la nak mengutuk CINTA BUDAK 18 TAHUN ni, aku tahu setiap manusia punya hati dan perasaan untuk disayangi...Tapikan dalam kes ni, aku tak yakin yang budak 18 tahun tu betul2 "CINTA" dengan lelaki tersebut sebab kekdg lebih kepada nak seronok2..Almaklum la baru 18 tahun, baru belajar nak mengenali dunia...Tapi aku juga takde la salahkan 100% budak 18 tahun tu, yang lelaki tu pun dah tahu dah ada famili, sedar2 la diri sikit...Kesian la kat bini dan pk le anak2 juga...Yang paling bestnya, anak sulung lelaki tu umurnya dah 17 tahun...OMG, dah boleh digelar bapa kepada budak 18 tahun tu...Korang rasa "SESUAI" ke??? Ok, korang rasakan apa cara terbaik yang patut lelaki ni buat??? Kalau aku punya pendapat, aku akan suruh lelaki tu tinggalkan aje budak 18 tahun tu..Tak payah pening2 sbb budak perempuan tu pasti akan jumpa ramai lagi lelaki2 muda yg lain sbb dia pun masih mentah dan masih nak seronok2 lagikan...Lagipun lelaki tu sendiri dah kahwin dan anak2..Baik dia pk masa depan dia sendiri dengan famili dia...Ye le orang kata bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi tapi kena la tanya sama hati..Yang penting "NAWAITU"...Ape kes kalau benda ni jadi kat diri sendiri???? Jeng3x...Kuang..kuang..kuang..

FIKIRKANLAH!!!

Tuesday, February 22, 2011

Insya-Allah in a Malay version

Salam semua bloggers...Biasala pagi2 bila pegi kerja siaran radio yang selalu aku dengar tentulah "SINAR FM", I Follow...Jgn salah sangka bukan sebab aku dari golongan retro tapi sebab aku suka dengar celoteh KE, KRILL & A.JEM dan juga lagu2 lama masa zaman2 aku membesar...Bile buka SINAR rasa terhibur je dengan lawak2 diorg...Pagi ni nak cerita sikit pasal artis jemputan SINAR iaitu Maher Zain...Maher Zain datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert di sini tapi aku lupa laks bila tarikh konsertnya...Aku pun dah dengar juga lagu famous Maher Zain, INSYA-ALLAH IN A MALAY VERSION...Boleh tahan juga best lagu tu...Ni lirik lagu dia yang aku nak share..Cuba la nyanyi ikut rentak asal...

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam

Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Repeat Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa

Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Repeat Chorus



Friday, February 18, 2011

Selamat Tinggal & Terima Kasih

 

 



Niat di hati nak berkongsi rasa bukan la nak menunjuk...Gambar2 kat atas tu adalah kereta aku yang telah aku gunakan selama 4 tahun...Sedih gak sebab selepas dari hari ini aku takkan menggunakannya lagi sebab Hubby dah jual kereta ni...Kereta ni aku guna semenjak tahun 2007 dan hari ini adalah hari terakhir kereta ni berkhidmat untuk aku..Yang bawa aku dari rumah ke ofis ke kelas dan balik ke rumah setiap hari...Memang banyak jasanya kepada aku...Yang bawa aku "round the world"...It's very priceless to me...Takpe le nak buat camne...To my dear WAJA, Good Bye & Thank you for everything...Really appreciate every second and moment between u & me...


P/s : Esok nak pegi cari kereta lain... Untuk sementara pinjam kereta bonda...

Thursday, February 17, 2011

Ceritta Baru...

SALAM buat semua BLOGGERS...Maaf rasanya sudah berhari tidak diupdate dan tak bergebang di laman blog ni...Jgn risau aku masih di sini..Cerita2 menarik sepanjang aku takde ni banyak ler juga...Antaranya pada 11-14.2.2011, kami di Unit Kewangan telah berbengkel di Bukit Gambang Resort City...Tanya la best ke tak??? Jawapan aku mesti la best...Kali ni aku berbengkel dan aku hangkut sekali kakak, adik & bonda...Tugas bonda sebagai "BABY SITTER" menjaga anakanda2..Nak buat camne adik masih menyusu badan sian laks nak tinggal lama2..Seb baik le "mereka-mereka" memahami dan mengizinkan aku untuk hangkut anakanda dan bonda aku...Nice place for family sbb ada water park...Kami pergi naik bas yg disediakan oleh jabatan ok...Cer korang bayangkan anak2 aku naik bas??? Cer bayangkan??? Aku pun tak dapat nak bayangkan camne aku boleh hangkut ank2 aku naik bas...Memang riuh sekampung dibuatnya...Mujurle "orang2 kampung" (cum member ofis) cool n sporting..Kalau tak mau depa pelupuh anak2 aku...Tak reti nak duk diam seminit tapi alhamdulillah anak2 aku masih boleh dikawal takde le "over" tahap "gaban"...Tinggal kat sana kakak & adik hanya duk dgn opah shj dlm bilik..Tak ke mana2 pun antara kul 8-4 petang kecuali waktu mkn sbb waktu ni aku berbengkel so, opah tak larat nak ronda2 bawa diorg..cuma bila aku balik seblh petang aku akn bawe diorg gi "swimming pool"..Sakan juga la kakak & adik mandi-manda...Hari ahad pun seblh petang bawe gi pool..Since seblh mlm "free"(abis dah bengkel), aku bawe le anak2 ke "fun fair"..Mesti le seronok dah namanya "fun fair"...Naik train, merry go around, gajah terbang, bumper car etc...Kakak memang cukup puas hati la...Last day (Monday), pagi2 dah siap2 nak pegi WATER PARK..Memang "very the"..Seronok bangat...Adik mandi taknak dipegang..She also can balance her body in the water ok...Siap2 jalan2 dalam air without holding her hand...Abis satu water park kami ronda tapi tempat bebudak je le...Sangat puas hati...So, kalau sape2 nak pegi bercuti memang aku cadangkan pegi le ke sana untuk berlibur...Sangat puas hati la tempatnya...Gambo2 mereka aku malas la nak upload...Tengok je le gambo dari google ni...Semuanya ada kaitan dengan kitorg...


Duduk kat Apartment 2 bilik

Kakak takut naik bende ni sbb kena sembur dgn ikan...


Dapat main ombak kat sini dengan adik..

Dah puas mandi-manda kami pulang ke KL dengan 1001 keseronokan dan kenangan..Aku pun puas hati sbb sambil berbengkel dapat juga bawe anak2 pegi berseronok..Janji dapat spend time dengan anak2..Tahun ni punye destinasi percutian semuanya dah lari dari planning so, kena plan balik according to the budget...Ayang, camne next vacation kita???

Friday, February 11, 2011

"TELECOMMUTING"

Salam Bloggers...Hari ni aku nak share en3 pasal "TELECOMMUTING"...
Apakah yang dimaksudkan dengan "TELECOMMUTING?

Telecommuting, also known as teleworking, is the act of working from a remote location, usually one's home. This is made simple with the use of various telecommunications technologies such as a telephone, fax machine and the internet. Many telecommuters are also set up with web conferencing capabilities allowing them to sit in on office meetings via modem and webcam, or at the very least, a conference call.

Ok maksud tersebut telah dipetik dari satu web melalui carian google...Dialih bahasa bahawa "TELECOMMUTING' adalah satu teknologi di mana kita berkerja dari rumah BUKAN di ofis..Ha seronok tak kerja kat rumah??? Actually, "TELECOMMUTING" ni ada baik dan buruknya..Well, let's check out the advantages & disadvantages of "TELECOMMUTING" which is my simple slide presentation for my assignment...

THE ADVANTAGES

SAVE TIME – No need to spend time for travelling from house to work and back from work to house

SAVE MONEY – Save on fuel expenses, travel expenses e.g LRT, Toll etc

SCHEDULE FLEXIBILITY – Working at flexible hours, any time & anywhere

EARNING POTENTIAL – More efficient the workers can earn more wages

TAX ADVANTAGES – Can enjoy the tax write-off.

ALLOWS CLOSER PROXIMITY TO AND INVOLVEMENT WITH FAMILY – share quality time with family members

CONSUMING ENERGY- Cost of electricity, water & maintenance.

IMPROVES PRODUCTIVITY- No stress, no pressure, no competitors.



THE DISADVANTAGES

TIME MANAGEMENT CHALLENGES – Have to manage your time with your work time & home responsibilities

PERCEPTION OF FAMILY & FRIENDS – Sometimes be difficult for friends & relatives to understand your work.

LACK OF SOCIAL INTERACTION – No others worker, no boss & no everybody

DIMINISHED PRODUCTIVITY – unable to focus on work, family distraction, more pleasure time.

LACK OF OVERSIGHT – No direct monitor.
 
Jadi secara kesimpulannya apa yang dapat aku katakan adalah sama ada korang berkhidmat dari rumah atau pejabat, korang adalah diri korang...Terpulanglah untuk korang memilih tempat yang sesuai dari mana untuk korang bekerja..Tetapi bagi diri aku sendiri sekiranya diberi pilihan untuk bekerja sama ada dari rumah atau dari pejabat, aku tetap akan memilih pejabat kerana "HOME SWEET HOME", tempat beristirehat bukan tempat bekerja...Jadi buatlah pilihan yang bijak...Korang pula bagaimana???

Monday, February 7, 2011

Februari telah kembali

Februari telah kembali... Bulan ni adalah bulan Marsya Ilmi dilahirkan...Kejap jer rasa KAKAK dah nak masuk 5 tahun... Apakah permintaan KAKAK untuk besdaynya kali ni??? Seperti tahun2 sebelum ni, kakak tak pernah miss sambut besday tapi this year not sure yet..Ayah kata tengok le kalau ada bajet, kalau tak beli kek saje...Takpe la kakak dah besar  tapi permintaannya kali ni nak sambut besday kat sekolah dengan kwn2...Aku ok juga tapi dah bagitau awl2 la kalau buat kat sekolah takde hadiah la just nyanyi happy birthday ramai2..Dia tak kisah tapi nak juga mama belikan hadiah ok...Aduss pening gak dibuatnya, hadiahnya adalah BARBIE DOLL ok..Dia nak one set yang siap ada rumah tu...Sebelum tu dah buat perjanjian dengan mama if nak juga dia promise akan jaga elok2 n promise tak bagi adik main yang "small part" sbb nanti adik masuk mulut..Iye le adik tu ape lagi kejenya, semua nak masuk mulut...Tak tau lagi le bila nak belinya..Kena tunggu dapat duit kutu cukup bulan nanti..Kalau tak, takyah le hadiah...Makan kek aje le...Well, since last week semuanya bercuti panjang so, aku sendiri takde time nak berblog...Masa dihabiskan dengan anak2 sahaja...Balik ke rumah bonda dan rumah nenda mentua kemudian hari Jumaat kami dah kembali ke KL...Sekembali sahaja ke KL masa untuk menyiapkan assignment..Assignment apakah itu??? Iya aku kena buat HR punye assignment untuk presentation...Bila??? Esok la...Tajuk pasal "TELECOMMUTING"...Insya-Allah if ada masa akan aku share dan buat en3 pasal "TELECOMMUTING" ni..It's a good info to share actually..
Camni le gayanya..From home OK...
 
Ni kalau ada anak..Kerja & Anak...Boleh aje..

Dedicated to my Hubby...

ENDLESS LOVE (Diana Ross and Lionel Ritchie)


My love, there's only you in my life,  
The only thing that's right.
My first love, you're every breath that I take,
You're every step I make.

And I, I want to share, all my love with you,
No one else will do.
And your eyes, they tell me how much you care.
Oh yes, you will always be, my endless love.

Two hearts, two hearts that beat as one.
Our lives have just begun.
Forever, I'll hold you close in my arms,
I can't resist your charm.

My love, I'll be a fool, for you I'm sure,
You know I don't mind.
Cause you, you mean the world to me.
Oh, I know I've found in you, my endless love.

And love, I'll be that fool, for you, I'm sure.
You know I don't mind.
And yes, you'll be the only one.
Cause no one can deny,

This love I have its fine.
I'll give it all to you,
My love, my love, my endless love.

MY LOVE
I really love this song, melody and the lyrics... Very touching & meaningful..To my love ZAIRUL BIN JOHARI, I would like to dedicate this song to you...Love you always...