MONEY!!!

Monday, January 31, 2011

Bloglist Iqbalhakimi | jom terbang!!




Salam kepada semua BLOGGERS yang disayangi selalu..Muah..muah..muah...Ok hari ni nak share satu en3 dari seorang blogger yang bernama IQBAL HAKIMI..Ha sedap tak nama dia..Anyway, if engkorang nak joing bloglist kat blog IQBAL HAKIMI NI, mari la KLIK SINI

Engkorang kena follow la syarat2 yang telah diletakkan if nak join blog ni ye.

For MR IQBAL HAKIMI..
Salam perkenalan dan saya merupakan seorang wanita yang berkerjaya...

Friday, January 28, 2011

Siapa Nak Hadiah Nie



Ada sape2 nak join teka-teki ni..Boleh le KLIK BANNER kat atas tu...Memandangkan ini adalah teka-teki, kita teka je le..Kena tak kena belakang cerite..

SOALANNYA:


1) Bilakah tarikh dan masa saya akan bergerak balik ke kampung untuk CNY ini?

- 29hb Januari 2011

2) Ke arah destinasi manakah saya akan lalui untuk balik kampung??

-Gua Musang

cth : Gua Musang ke? Kuantan ke? Jeli ke? Perak ke? Pahang ke? dll.....

3) Adakah saya akan singgah di mana-mana untuk bermalam sebelum sampai ke Kelantan? Kalau jawapan ada, di manakah tempatnya?

- Ada...Pahang

4) Berapa orangkah yang akan balik kampung bersama kami sekeluarga?

-4 orang

Thursday, January 27, 2011

Amalan Berpantang...Moden vs Tradisional

Salam semua bloggers...Baiklah hari ni aku nak cerita n kongsi sikit amalan berpantang selepas bersalin...Almaklum la zaman sekarang ni ramai sangat ibu moden dan diorg ni dah tak berapa nak kisah sangat amalan berpantang yang turun-temurun dari mak-mak kita dolu2..Katanya malas la, rimas la tapi diorg tak tau betapa baiknya amalan berpantang ketika bersalin ni...Andai engkorang semua diberi pilihan selepas beranak nanti amalan berpantang mana yang nak dipilih..Tradisional atau Moden??? Macam diri aku sendiri aku telah dilatih mengamalkan amalan berpantang secara tradisional sebab masa 1st baby bonda mertua yang jaga...Untuk 2nd baby baru la bonda sendiri yang jaga...Walaupun kedua-duanya ada perbezaan tapi tetap sama mengamalkan berpantang secara tradisional..Masa 1st baby, segala-galanya adalah zero..Jadi aku hanya patuh pada arahan bonda mertua..Dari pukul 6.30pagi bangun untuk bertungku lebih kurang 1 jam, mandi, berurut, berparam, berpilis dan akhirnya berbengkung tapi bukan bengkung moden lilit tau tapi bengkung yang panjangnya hampir 10 meter/kaki (sori le tak ukur pun agak2 jer)...Ha ambik kau pusing, pusing & pusing la sampai abis...Pening juga dibuatnya tapi kata nak cantik aku relakan aje ler...Tungku pun pakai batu sungai tau takde tungku cam sekrg ni cepat sejuk...Yang pasti amalan berpantang bagi orang2 tua dolu2 adalah 44 hari dan alhamdulillah aku still follow 44 hari ni...Bak kata orang "BADAN NAK PAKAI LAMA"..Ye le kalau tak pantang betul2, korang tengok le nanti apa jadi dengan badan korang...Sejuk pun tak tahan, lemah2 urat, cepat masuk angin dan paling tak best berat badan cam maintain jer masa ngandung (yang ni kes tak dapat nak tolong ye)..Kat bawah ni ada a few picture yang korang rasa yang mana satu pilihan hati...Moden vs Tradisional...


Tungku Batu Sungai sedang dibakar

Tungku Moden

 Kat bawah ni gambo bengkung moden sekarang tapi tak best sbb asyik nak tertanggal je dahtu nak gi toilet pun kena buka..Ada pelbagai jenis dan pilihan...
Yang ini sarung & zip ajer..
 
Yang ini kena baring dan ikat yer...
Yang ni lipat2 ajer...



Yang ni contoh bedak param yang disapu ke seluruh badan..Kena bancuh dulu cam bedak sejuk ok..Tujuannya menghaluskan kulit, membuang sel kulit mati dan paling utama menghangatkan badan sbb ibu2 dalam pantang perlu sentiasa rasa "warm"

 
Camni le rupe bengkung tradisional yang perlu diikat pada tiang atau ape2 je le untuk dipakai..dahtu tarik panjang2 dan pusing ok...Sangat efisyen untuk mengecilkan ape2 yang patut dan tak perlu ditanggal untuk ke toilet. Kalau aku tak pakai ni mane ke mau "VOGUE"nya...


Jadi setelah dikaji dan diselidik engkorang rasa mana satu lagi bagus...Bagi aku tak kisah la moden atau tradisional yang penting amalan berpantang tu perlu diamalkan selepas bersalin...Kalau engkorang taknak "HUBBY" pandang orang lain, pantang ler betul2 ye...tapi kan org laki ni, kita jaga badan camne pun kalau depa nak cari lain, cari juga..Ape kes???

Wednesday, January 26, 2011

Kisah Ulama' & Pramugari (Pengajaran Buat Semua)

Salam buat semua...Hari ni aku nak share satu stori yang boleh dijadikan pengajaran buat aku serta engkorang semua...dan Inilah kisah yang aku terima melalui email yang dihantar oleh teman sepejabat...Kisah ini memaparkan betapa hebatnya wuduk itu...Bagaimana wuduk itu bukan hanya membersihkan diri secara fizikal malah secara spiritual...Kita semua sedia maklum bahawa setiap kali kita ingin menunaikan solat, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah wuduk...Bukan hanya ketika ingin solat bahkan berwuduk lah ketika sedang marah kerana wuduk dapat menenangkan jiwa yang sedang marah membara...

Kisah Ulama' & Pramugari

Alkisah, tersebutlah kisah seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri yang tidak diketahui namanya. Apabila tiba waktu solat, ulama itu tanpa membuang masa terus pergi ke tandas untuk mengambil air sembahyang.
Oleh kerana ruang tandas yang agak terhad, maka beliau pun terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu kakinya ke dalam sinki, tetiba seorang pramugari telah ternampak akan perbuatan ulama itu dan menegurnya;
Pramugari: (Dengan nada suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki tuan kedalam sinki tu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat untuk basuh muka, bukan untuk basuh kaki!!!
Ulama: (Dengan nada suara yang lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari???
Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! 2 atau 3 kali sehari! Kenapa???
Ulama: (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki 5 kali dalam sehari. Bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!
Dengan perasaan malu yang tidak terhingga, muka merah padam dan rasa berbuku di dada, pramugari itu terus beredar meninggalkan ulama yang belum selesai menghabiskan air wuduknya dek melayan kerenah pramugari yang sombong itu.

Shopping has always been my addiction and with @Jipaban, I don't have to be upset about malls closing after 10pm. Mmm.. So what shall I purchase this time? :D

http://www.churpchurp.com//share/jipaban-cnyvdaypromo?utm_source=social_btn&utm_medium=sharing

What is balanced lifestyle to you? With Nestle, you are able to take a profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler

What is balanced lifestyle to you? With Nestle, you are able to take a profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler

Tuesday, January 25, 2011

Corat-Coret Minggu Lepas...

Salam Bloggers semua...Ha semlm aku duk sibuk nak edit2 blog ni..And taraaa...Inilah hasilnya...Walaupun tak secantik korang punye blog, takpe le janji aku boleh nulis kat sini n korang2 semua boleh baca blog aku ni (ceh nada nak pujuk diri sendiri)..Eh ada ke org nak baca ni??? Takpe le whatever it is tak tau le brape lame leh maintan ghupe ini..Hope akan kekal lama sikit...Anyway, stori-mori terkini n aktiviti minggu lepas iaitu pada hari Jumaat bersamaan 21hb Januari 2011 adalah "CAMPING"..Yes bersama hubby, anak2 & mother, brothers, sisters (in-laws) not to forget abg. elly sefamili..Destinasi, dekat aje..PORT DICKSON...Apesal tak caya laks aku gi camping??? Aku hangkut tau kakak & adik sama...Seb baik le anak2 aku takle susah sangat nak lelapkan mata..Adik le spesel kes sbb dia aktif sikitkan...Nak ngombeng sana-sini jer...Penat aku dibuatnya...Udara yang nyaman, angin sepoi2 bahasa ditambah dengan deruan ombak memecah pantai, bunyi2an yang pelbagai (termasuk bunyi2 yang tak sepatutnya..teka la)...Memang terasa damainya (ye le KL ni bunyi ape yang best)...Jangan tak caye air kat PD ni kaler dah lebih kurang cam Pulau Tioman tau..Ala2 biru turqoise + kehijauan (ha lebih kureng ler tu)...Kami stay one night je...Seronok la ber"CAMPING" ni sbb dolu2 rasa time sekolah jer...Kali ni dengan kaum kerabat semua ber"CAMPING" tau...Anak2 memang seronok le sbb dapat mandi laut..Kalau boleh berendam taknak kuar dari air...The best part is mlm ada BBQ (acara wajib beb)..Ape lagi melantak le kami, makan sampai lebam ok...Ayam, kambing, sosej..Pendek kata semua ada...Fuuhhh nikmat hingga menjilat jari...Next "CAMPING" tak tau lagi sbb lepas ni aku & Hubby kena cari khemah sendiri sbb khemah hari tu kami pinjam jer (Ngeh3x..DAH KANTOI)...Gambo kat sana aku tak upload lagi so, later2 la ye...Nanti kalau aku rajin nak tepek gambo kat sana, aku tepek ler...For the time being, korang baca je le stori-mori aku ni..Jangan risau, aku tak tipu korang tau..takdenye tokok tambah, takdenye loyar buruk kat korang...Yang pasti "VACATION" make everybody happy & mengeratkan silaturrahim...So, tunggu next "VACATION" laks...Ape kes??? Mana nak cekau duit???


Monday, January 24, 2011

Blog Aku...

Apesal ntah aku rasa cam blog aku ni dah tak berapa nak CANTIK??? cantik ke blog aku??? Banyak sangat bende nak share dgn korang semua ni sampai dah naik "SANTAK" blog aku ni...Cuba korang tgk gambo2 kat kiri, kanan..dah penuh rasanya..Ke aku jer yg rasa camtu...Takpe le nanti aku edit balik cantik2, kasi baik punye blog aku..Ye le aku ni cepat bosan sikit bila "ghupe" itu jer...Tu yang asyik nak tukar2 background je..Eh engkorang jangan ler segan silu nak buat "lawatan tapak" kat blog aku ni...Rajin2kan lah diri untuk buat "SITE VISIT" ye...Kalau ada citer2 menarik, aku stori mori n sharing2 ler dgn korang semua..kalau tak sangap ler...Sekrg ni nak aku nak chow sbb aku nak edit2, touch up2 aku punye blog ni..Kalu gitu jer ghupenye, maknanya penyakit malas nak edit la tu...Penat aku nak adjust2 sana-sini tapi tak pernah menang award blog tercantik...Eh chopp3x..Ada ke CONTEST BLOG TERCANTIK??? Ada sape2 nak buat contest ni??? Aku layan jer...

Budak ni pun dah bosan

CONTEST SENYUMAN SI CILIK

Contest Senyuman Si CILIK telah dianjurkan oleh http://liyanadiabu.blogspot.com/



Ini SENYUMAN SI CILIK "MARISSA ILMI BINTI ZAIRUL"...

Wednesday, January 19, 2011

New Year Give Away!!!

New Year Giveaway!!



Ok anybody interested nak join GA ni???
Sempat lagi even New Year dah lepas tapi still takpe masih dalam bulan Januari...
GA menarik menanti anda...Sangat kreatif design n produknya....
Apa tunggu lagi terus KLIK SINI


Tuesday, January 18, 2011

Life Journey of KAKAK & ADIK

Well,  SALAM 1 MALAYSIA to all bloggers, Salam VOGUE juga...Gambar2 kat bawah ni adalah gambar2 yang telah diedit dan dicantum2kan dari kakak & adik baru lahir sehingga setahun...Kakak sekrg dah nak masuk 5 tahun...Sudah besar anak daraku..Sudah bersekolah dan cikgu kata the very "POT,PET,POT,PET" person...Kalau takde dia sunyi jer kelas tapi bila dia ada suara dia paling riuh...Dah ada gak ciri2 mama & ayah (tapi lebih pada ayah sbb ayah seorg yg "over happening")...Sangat sensitif sekrg (sbb dah ada adik)..To me it's a normal feeling when peoples give u more attention before but after that suddenly, all changed coz of new family member (sister/brother)...Tapi kini alhamdulillah sudah boleh menerima fasa terbaru but it will take time, step by step...Thanks to Allah for giving me 2 cute daughters in my life...


Marsya Lahir-1 Tahun
Dan adik pula akan berusia 1 tahun 2 bulan dan seusia adik itu jugalah aku masih meneruskan perjalanan penyusuan adik secara eksklusif...Alhamdulillah masih dimurahkan rezeki oleh Allah..Moga2 akan menjadi inspirasi kepada ibu2 yang bakal menimang cahayamata untuk menyusukan anak2 mereka secara eksklusif (ceh sejak bila laks aku jadi mentor-menti ni)...Nak jadi LC tak tau le bila??? Bangga la juga sebab semangat aku masih di sini terpahat di sanubari (wah kelas gitu ayat2 cinta aku)...Berkat sokongan ahli keluarga especially Ibu & Hubby...Ibu aku lah yang bersusah-payah carikan, belikan pam susu idaman aku..Electric with dual pumping...Thanks bu...Hubby berperanan sebagai "SUPPORTER" yang tak jemu2 memuji usaha aku ke arah penyusuan eksklusif walaupun pada awal permulaan perjalanan ini agak kurang "support"nya...Belajar panaskan susu yang telah di"THAW"...Bercerita tentang penyusuan eksklusif aku kepada kwn2 dia (tak tau la kalau ada "LOYAR" nye)...Terima kasih tak terhingga...Sesungguhnya tiada susu yang terbaik di dunia ini melainkan "SUSU IBU"...




Marissa Lahir-1 tahun

Ha ada tak perbezaan kakak & adik???...Hubby kata anak2 ayah takde bezanya..Kalau dah lahir dari perut yang sama, benih yang sama tetap dua2 comel...Kakak & Adik tetap sentiasa di hati mama & ayah...Gaduh2 manja anak beranak memang selalu tapi biasa la, kakak walaupun keras hati tapi dengan mama mesti kalah...Itulah anak2...Dari mengandung, melahirkan, menyusukan, menjaga, mendidik dan akhirnya mengahwinkan mereka...Baru selesai tanggungjawab kerana selepas itu ayah terpaksa merelakan pemergian mereka...

Monday, January 17, 2011

WEEKEND & 5S

Well semua...Weekend yang sangat membosankan sbb takde aktiviti yang menarik...Sabtu datang ofis "KERJA"...Aku hangkut kakak & adik sekali..Seb baik la diorg buat hal sendiri jadi boleh le aku selesaikan kerja aku dalam 3 jam...Ala biasala siapkan laporan, buat tatacara kewangan (wah kelas aku...) n bersihkan tempat & persekitaran kerja...Baru nak start amalan 5S..Eh korang tau tak 5S tu ape??? Ha meh sini "MAMA VOGUE" nak korang baca pasal 5S kat sini...KLIK SINI



Ini le gambarajah berkaitan 5S...

Korang rasa bagus tak amalan 5S ni??? Bagi aku amalan 5S ni memang sangat bagus sbb akan membuatkan semuanya berada dalam keadaan teratur...Ada sesetengah orang memang dah lama amalkannya tapi tak sure bende tu 5S ke tak...Cam aku kalau nak ikut betul2 tiap satu tu takdele perfect..Tapi ada la beberapa perkara dalam 5S tu aku ikut..Contohnya STANDARDIZE..Ye diruang dapur aku tempat simpan (rempah, biskut, gula, tepung, garam etc...) hanya menggunakan "TUPPERWARE" sbb ia bagus, tahan lasak dan kedap udara (tapi kalau tak tutup rapat, mana ke mahu kedap udara)...SORT pula aku selalu buat time beli barang dapur...Aku sendiri akan mengasingkan barang basah, kering, lembut, keras kat kaunter n bagitau kat cashier tu "PLEASE MASUKKAN DALAM PLASTIK IKUT APA YG AKU DAH ASINGKAN"...CEREWETKAH AKU??? No, I have too because everything will be more easier bila aku balik umah nak susun barang2...Kasut2 juga aku akan asingkan ikut PRIORITY iaitu KASUT KERJA, KASUT JALAN2...SHINE tu rasenya semua org akan bersihkan rumah, bilik air, dapur & bilik masing2..Cam aku nak katakan tiap2 hari tu bersih rumah tak mampu badan ni rasanya..Banyak kerja lain menanti...Tapi bila part LAP2 ni serahkan saja pada Hubby sbb dia sangat suka MENGELAP...Untuk STRAIGHTEN biasanye aku memang letak balik brg2 yg aku ambik kat tempat asalnya kecuali kes "LUPE" (tak dapat nak dikato)...Sebenarnya bukan ape supaya senang, next time kalu org lain nak guna bende tu, kita bagitau jer bende tu kat mane..Ha kan senang takyah sepah2..Tapi Hubby aku memang pantang kalu sepah2 ni that's why anak2 balik jer umah, selipar terus susun di rak, beg terus susun ats meja, mainan lepas main simpan balik dlm bekas..Kalau tak SERABUT la Hubby aku...SUSTAIN tu yg kekadang susah tapi rasanya kalau semua bende jadi amalan dan kebiasaan secara automatiknya dia kekal maintain begitu...So, korang rasa susah tak 5S ni??? Kalau semua isi rumah amalkan 5S ni Insya-Allah rumah bersih, ceria & teratur..Even I'm not the perfectionist but I try to be perfect...



Thursday, January 13, 2011

Cabutan Bertuah

CABUTAN BERTUAH SEMPENA PEMBUKAAN BLOG INI




Sedap Betul



Saja nak JOIN...Aku juga adalah peminat fanatik COKLAT.

Manalah tahu ada rezeki dapat la aku coklat ni

Wednesday, January 12, 2011

Cinta Pandang Pertama


Percayakah Anda???
Salam semua...Hari ni aku nak buka topik yang aku rasa semua orang pernah alaminya...Pernah ke??? atau dalam ertikata yang lain percayakah anda pada CINTA PANDANG PERTAMA??? Agaknya apa yang korang rasa tentang Cinta Pandang Pertama ni??? Aku sendiri musykil sebenarnya, aku pernah alaminya atau tidak...Bak kata pepatah dari mata, turun ke hati itulah penangan Cinta Pandang Pertama...Susah nak digambarkan melalui kata2 apa itu Cinta Pandang Pertama..hanya mereka2 yang pernah mengalaminya sahaja dapat menterjemahkan apakah Cinta Pandang Pertama..Bagaimana pula dengan u all??? Ceh2 persoalan yang akan membuatkan u all berfikir balik, aku dengan "SI DIA" adakah Cinta Pandang Pertama??? Jeng3x...Cuba u all "flashback" balik kisah2 percintaan u all??? Ha pasti ada yang tengah tersenyum2 cuba nak "REFRESH" balik kenangan dolu2 dengan "SI DIA"...Cepat2 ingat balik..Adakah "SI DIA" Cinta Pandang Pertama u all...Bagi diri aku sendiri, aku susah nak percaya Cinta Pandang Pertama ni sbb banyak kali bercinta kot (ha..ha..ha..mode gelak besar)...Aku sendiri dah tak ingat orang pertama yg aku bercinta tu Cinta Pandang Pertama atau tidak tapi hakikatnya aku sudah mengenali cinta seawal usia 15 tahun (alamak pecah rahsia)..Boleh dikategorikan ala2 "CINTA MONYET" tapi hubungan ni bertahan gak sampai 2 tahun...Lagi satu aku rasa Cinta Pandang Pertama ini ialah bila u all tengok somebody, tetiba ada perasaan yang membuatkan u all rasa yang u all dah terjatuh cinta dengan orang tu...Tetiba ada "CHEMISTRY" antara u all dan "SI DIA"...Even u all tak pernah kenal "SI DIA" tapi bila kali pertama terpandang "SI DIA" terus "feel something"..Am I Right??? Wah pandai lak aku mengklasifikasikan Cinta Pandang Pertama ni...Macam pernah alami je (he..he..he..). Kalau nak cerita satu2 Cinta Pandang Pertama ni memang sampai esok pun takkan abis..So, if rasa2nya nak share experience CINTA PANDANG PERTAMA ni..Boleh aje kita "LAYAN"...


Cinta Pandang Pertama ke???


Monday, January 10, 2011

POSH SPICE...


Ha u all semua baca tajuk kat atas tu...Victoria Beckham tengah pregnant...Hopefully lepas ni nak tgk ler dia dapat baby "girl"... Nak tengok camne dia buat "transformation" gaya ke atas baby "girl" dia..Well, kita semua sedia maklum Posh Spice ni seorang yg sgt "VOGUE D VASS". Fesyen dia, laki dia & anak2 dia tak pernah kalah beb...Ada saja gaya2 tersendiri yang lain dari yang lain..VERY THE...




Tengok la gayanya yang tersendiri..Aku memang "SALUTE" ler dengan dia...Walaupun dah beranak pinak, body maintain, suamai terjaga (even bnyk kontroversi melanda), anak2 semua dihangkut ke sana-ke mari..Ke mana saja ada David, di situ ada Victoria...Ye le korang tau tak laki dia sape..DAVID BECKHAM yang menjadi pojaan perempuan2 satu dunia...Kalau tak macamni mane ke mahu, David nak kat dia...Korang boleh bayangkan tak kalu Victoria ni "GEMUKSSS"..Opppss alamak terlebih sudah!!!




The Loving Couple gitu...Suka sangat tengok keromantikan dan keintiman mereka...Yes walaupun Hubby aku tak sekacak si "DIA" di atas tapi Hubby aku romantik tau...Muka mesti ganas tapi dalam hati mesti mau ada taman beb...Eh tetiba Hubby aku termasuk sekali...Ape kes???

Sunday, January 9, 2011

Contest Foto Kiut



Contest Foto Kiut ni telah dianjurkan oleh Ka-Ching Preloved...

Anybody interested boleh join Klik kat nama di atas tu...


This is my 2nd daughter MARISSA ILMI BINTI ZAIRUL...Cute & sweet sangat bila buat adengan lentok2 gitu...Marissa memang suka diagah dan secara automatiknya dia akan lentokkan kepala dia...Alhamdulillah sudah berusia 1 thn 1 bulan dan masih menyusu badan secara eksklusif...Orang kata budak2 yg menyusu badan ni badannya chubby dan CUTE2 gitu...

Saturday, January 8, 2011

Sabtu Yang Dingin...

Ape cer??? Tetiba Sabtu Yang Dingin...Nak tau nape sebab hari ni satu hari cuaca sejuk dan mendung saja...Dan yang pastinya sangat malas sekali untuk bangun sbb adik tak sihat...Jadi apa lagi tak cukup tido la dibuatnya...Macam yg aku ceritakan semlm aktiviti di hari Sabtu basuh baju, kemas rumah dan yg seangkatan dgnnya...


Ala2 malas gitu...Kalau boleh nak golek2 cam kucing ni..BOLEH???



Baju kat umah dah macam Gunung Everest...Meninggi dah... tunggu dicampakkan ke dalam mesin basuh untuk dicuci oleh "MISS SAMSUNG" (ni brand washing machine aku)...3 round beb aku kena basuh baju hari ni...Santak sampai ke tengahari dibuatnya...Aduss semput mesin basuh aku dibuatnya...Sape yg buat??? Sapa lagi sendiri mau ingat la (ngeh..ngeh...ngeh...) NASIB kau le dapat TUAN cam aku...Abis tu dah memang keje kau kan...Buat aje le...




BAJU yang meninggi ala2 Gunung Everest...

Bila dah selesai semuanya, tengahari pegi NSK dengan My Hubby n anakanda2...Beli lauk-pauk basah sbb next week dah start kelas takde masa la nak pegi beli lauk...Ye le jadual minggu depan dah start balik kul 5am sbb nak bangun pagi masak...MASAK??? Ala aku ni bab masak ni takde le hebat mana sangat...Janji Hubby & anak2 boleh makan...Burrppp..Kenyang, alhamdulillah...Simple2 je...Dah bawe kakak & adik ni biasa la, kakak tu ada saja jer permintaan2 yang melebihi keinginan...Dahtu belajar kenal2 ikan walhal aku & Hubby pun tak kenal sangat jenis2 ikan ni...Ape kes????


Tempat shopping barang dapur tiap2 bulan...MURAH BEB!!!

Alkisah on d way back, kakak tiba2 bertanya "Mama, Ular ada kaki tak??..Aku jawab "Takde"...Tanya lagi "Abis tu camne ular jalan"...Aku jawab lagi "Ular menjalar (siap tunjuk gaya dengan tangan)...Ohhh...Soalan lain agak sensored..dialihkan bahasa "Ular ada "KEMALUAN" tak??? Camne aku nak jwb..Aku n Hubby agak terkulat2 dengan persoalan itu...Sampai ke situ pemikirannya...Aku pun jawab "Takpe nanti mama search kat Internet baca pasal Ular ni camne sistem perkumuhan dia...Agak2 u all la, Ular ada anu tak??? Ni la persoalannya untuk u all...Tak sempat nak search lagi kat Internet..Ada sape2 rajin nak search or nak jawab????


Ada brani ke???

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Part 2... (",)



Salam semua...Gambar di atas adalah dari BLOG BUDAK BOTAK...
Jadi sesiapa yang hendak join Bloglist Blog Budak Botak masih ada 6 kekosongan...

Maria la ye beramai2 kita sertai Bloglist Blog Budak Botak


Since nama saya MARIA LIZA dah tentulah saya seorang perempuan...Salam perkenalan untuk "Budak Botak"...Blog Budak Botak ni sentiasa penuh dengan info2 terkini...


Tag pada: Fiza, Syaibah & mamaema

Friday, January 7, 2011

Jumaat Daa...

Wah cepatnya dah hari Jumaat...Ni tgh duk pk nak buat ape esok..Yang pasti yang dah memang wajib dalam agenda adalah basuh baju, kemas rumah dan yang seangkatan dengannya (maksud aku yg berkaitan dengan umah ler)...



Apa lagi kemas le...Ayang nak tolong mama tak??? Soalan cepuemas buat My Hubby...

Actually, teringin gak nak buat GA & CONTEST untuk blogger2 tapi since masih LEARNING PROCESS tunggu la dulu...Kot2 Februari nanti...Insya-Allah akan ku buat jua...Nak kutip dulu banyak2 ilmu tentang dunia blog ni...So, to all bloggers tunggu ye info terkini dari saya MAMA VOGUE+PRETTY MOM (ngeh..ngeh...ngeh)

Thursday, January 6, 2011

Learning Process...

Nak tau nape aku letak tajuk en3 kat atas tu sbb aku tengah belajar untuk join GA or CONTEST yang dianjurkan oleh blogger2...Ya itu le aku still in a LEARNING PROCESS...Belajar camne nak ikut syarat2 yg diorg kasi n link back balik ape yg aku dah buat supaya diorg boleh tgk balik ape yg aku dah buat...Agak musykil n confuse sebenarnya tapi ni tgh usha2 blogger yg rajin join GA & CONTEST...Nak timba ilmu sbb org kata nak timba ilmu biar dari org yg berpengalaman...Dari pemerhatian aku blogger yg tersgt2 la rajin join GA & CONTEST ni ialah "CUTE MUM"..So, CUTE MUM if baca en3 ni boleh la share tips or buat en3 camne nak join GA & CONTEST dgn jaya dan cemerlangnya. Lepas ni boleh la timba ilmu banyak2 dari CUTE MUM...Nak katakan BUTA IT takde le buta pun..So, dia dah jadi CELIK tapi PEJAM...Ha..ha..ha..Ape kes PELIK tapi PEJAM??? Bolehlah dikategorikan istilah ni untuk mereka2 yg mcm aku...Uuuikkss ada ke org yg cam aku ni??? Cam aku je sorang (Padan le muka aku)...

Oh betapa "CONFUSE" nya aku

Lucky Draw SukaSuki



She's so LUCKY, She's a STAR!!! Well, WHO IS SHE??? 
It's me who is the LUCKY person...(HOPEFULLY)

Jom beramai2 kita join Lucky Draw yang telah dianjurkan oleh SUKASUKI

http://sukasukimain2.blogspot.com/2011/01/lucky-draw-sukasuki2.html

Bengang Siot

Yes baca tajuk di atas tu "BENGANG"...Mana taknya alkisah pagi semlm yg setakat kul 10.30 pagi, aku ada bagitau yg aku ke UITM, Shah Alam...Lunch hour tu aku mkn kat Seksyen 2 (tempat jatuh lagi tempat melepak)...Aku pun beli ABC dan terus duduk satu meja ni bersama2 officemate aku ECAH...Tetiba datang sorang pompuan..."Dik, ni meja saya. Lain kali kalau beli ABC jangan beli tempat lain sebab saya pun jual ABC"...Selamba tul makcik ni "sound" aku...Ape kes tetiba nak "sound" aku...Eh sukahati aku le nak duduk kat mana2 pun...Sabar je le..Ha u all semua jgn le pegi kedai no. S8 d'fresh....(Alamak lupe lak nama kedainye) kat Seksyen 2..Nyampah tul aku...Macam dia sorang je niaga kat situ...Tamak betul...Tu dah start nak adegan dengki-mendengki la tu..Tak puas hati...Aku pun dengan selambanya terus mkn ABC sampai abis tanpe memperdulikan "makcik yang poyo" tu...

Camni la gayanya kot kebengangan aku yang tak terucap..
 
Moral of the story..Hidup jangan dengki2 tak baik...Rezeki kita semuanya Allah yang tentukan...Hari ni hari kita, esok lusa mungkin hari orang..Jadi panjatkan le kesyukuran dan menerima segalanya dengan redha...

Wednesday, January 5, 2011

Saja nak bagitau

U all semua...semalamkan aku ada bagitau yang nak bawa mak mentua aku pegi beli mesin basuh...Anyway, ni yang nak bagitau, tak jadi beli la..Sebab-musabab tak dapat dikesan sbb my hubby call n bagitau tak jadi..itu je ler nak bagitau..Maybe mesin basuh tu dah sihat balik kot...

Mula2 sakit dah tu dah ok...


Buka blog semalam ramai yang bercerita tentang 1st day anak ke sekolah..Anak aku punye 1st day sekolah semalam sbb kan aku dah bagitau dia baru balik dari Dungun hari Isnin, tu yg semlm baru masuk sekolah...Apa la kakak, mama tolong hantar pegi sekolah, dia suruhnya kita balik pegi ofis...Tak patut betul...Dahtu boleh "sound" sorang budak ni. Ceritanya begini...Ada le sorang budak ni tetiba nak duduk kat depan budak depan kakak...Padahal budak yang depan kakak tu takde ape2 pun, rileks je...Kakak pun dengan gaya ala2 "protective" pun berkata "Tempat awak bukan kat sini. Tadikan awak duduk kat sana, Pegi la duduk kat sana"...Amboi anak aku, memang pandai bersuara..Memang patut la pun..budak tu menyibuk je nak duduk tempat orang lain...Bagus kakak kalau bende yg betul takpe...Gambo kat school tak sempat nak upload sbb semlm adik pun sama nak nyibuk ber"BLOG" dengan mama...

Sekrg ni ada masa boleh le "LAYAN"...

Baiklah u all semua...Aku nak ke UITM ni nak update apa yang patut..Nanti aku cerita lagi ye...So, untuk setakat pukul 10.30 ni saja ler alkisahnya...

Tuesday, January 4, 2011

Stori-Mori ye...

Petang semalamkan aku ada stori-mori pasal aku nak bawe mak mentua aku pegi beli mesin basuh..Alkisahnya, sesampai saja di rumah, parents aku pun baru sampai dari Dungun hantar kakak balik...Jadi, secara kesimpulannya tak dapat la aku bawa mak mentua aku...Sian mak mentua aku...Tak dapat merasa mesin basuh baru semlm...Tak pe la ibu, nanti kita pegi beli...
Balik tu cam biasa le, lepas masak2, kami makan bersama-sama sambil bercerita-ceriti peristiwa kat Dungun...My parents balik umah dalam kul 9.00 mlm..After that, kami 4 beranak menuju ke GIANT( dahtu ni ye hypermarket yg paling dkt dgn umah)...Korang rasa kitorg buat ape??? Apa lagi beli kasut sekolah baru untuk kakak sbb esok (hari ni la), kakak excited sangat nak masuk sekolah baru...Bagus anak aku...Ye semangat macam ni yang kita nak!!! Takpe esok aku sambung stori mori pasal anak aku yang ke sekolah hari ni.

Makan2 dulu
Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 5.00 petang..Ape lagi time to go back home...Eh nanti dulu belum lagi..Aku nak update blog ni ape yang patut..Oh lupe maybe petang ni aku bawe le mak mentua aku pegi beli mesin basuh...Nanti aku tangkap le gambo mesin basuh baru mak mentua aku (itupun kalau aku rajin)...He..he..he....Oh rumah aku nak balik ni..Mood sedih gak sbb next week dah tak dapat balik awl ke rumah sbb kena pegi kelas..sob..sob..sob..

Tak sabo nak balik ni...

Mood yang ok...

Monday, January 3, 2011

Minggu yang busy...

Ingat lagi tak sebelum ni aku pernah cerita yang aku ni adalah "STUDENT PLK"..Iye semester baru dah bermula hari ini tapi aku masih di sini...Di mana lagi kalau bukan di ofis...Minggu terakhir yang sangat2 busy...Segalanya harus diselesaikan...Tempoh AKB hanya tinggal 2 hari dan esok pula Audit nak datang...Apa le audit ni takde hari lain ke diorang nak dtg..Dalam 365 HARI tu nape le minggu AKB sibuk nak datang...Saja nak tambahkan masalah & kerja pada kitorng yang memang sentiasa banyak kerja ni...Isshh marah betul ni...






Mood pada minggu ini...SIBUK!!!



Aku sepatutnya dah pegi kelas hari ni tapi apa nak buat KERJA adalah segalanya maka aku masih tersadai di ofis ni untuk settle apa yang patut..Mood kerja dah habis sebab dah pukul 5.00 petang..Ni tengah mood rasa nak balik umah tapi kita layan blog dulu baru balik, OK...Maka dengan kesibukan aku ini, aku hanya akan ke kelas pada minggu hadapan..Takpe seminggu je lagi...Kakak pun tak pegi school lagi sbb tak balik lagi dari Dungun..Still on d way back from Dungun...Kat Dungun sekrg ni tengah banjir...Since UITM Dungun berhampiran dengan laut so, kakak dapat tengok laut..bile ombak tu meninggi menghempas pantai jer, kakak kata air tu "MELOMPAT"...Apa la imaginasi sangat macam2...Agak2nya ada tak tinggi cam ombak kat bawah ni...


Ombak yang tinggi sedang "MELOMPAT"


Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang..Aku rasa aku perlu pulang dahulu sbb My Hubby pesan tadi balik umah bawa Ibu( bonda mertua) cari mesin basuh sbb katanya mesin basuh dah rosak..So, nak ganti yang baru ler...Apa brand yang bagus dan tahan lama ye??? Samsung, Panasonic, LG, Toshiba, Sharp ETC....

Ni apa brand pun tak tau...



Nak yang camni kot
 
Ha yang pintu depan kot..Budak pun boleh basuh...

Sunday, January 2, 2011

Tahun baru 2011



Selamat Tahun Baru 2011 to all BLOGGERS...Tiap2 tahun aku nak buat azam tahun baru tapi rasanya tak tau le tercapai ke tak???? Musykil betul aku..Eh ape yang tak tercapainya??? Ada yang tercapai ada yang tak kot...Semlm takdenye nak countdown kat mana2..Bak kata suami terchenta "Zaman bujang2 dulu bolehla"..Ni dah beranak pinak tak kuasa ler aku"...Actually, semlm hari mkn2 bersama my hubby punye siblings...We went to Hulu Langat...Simple, Nice n cozy place to me...Makan ikan bakar...Gambo makan2 telah diupload kat facebook...So, nak tgk buka ler facebook aku...On d way back, lalu kat depan check point view Hulu Langat (sempadan Ampang & Hulu Langat)...Nice View from up there but kami hanya "LALU" je...tengok orang "BERCHENTA" (family pun ada) bersantai di situ...Waiting for count down kat situ...Wah sangat dasat..Ape yang dasatnya???? Takde le dasat pun cuma ramai orang n parking penuh sepanjang jalan berbukit tu...Rajin betul mereka2 menapak ke atas ye...Aku nak menapak??? Kalu sorang ok lagi tapi kalau dah ada ANAKANDA2, sian lak kat depa...Wassalam je la...Countdown atas katil lagi best...He..he...he..


Ni pemandangan dari atas sana (Check Point View Hulu Langat) tapi bukan aku yg ambik (GOOGLES ok)
Ni le Menara Tinjau kat atas tu...


Aku pula aktiviti hari ini adalah "KERJA"...Iye bekerja pada hari ini, semalam dan esok juga..Memandangkan aku bertugas di Unit Kewangan dan hujung tahun bakal tutup akaun maka dengan demikian perlulah aku menyelesaikan segala tuntutan dan bil2 yang tertunggak agar tidak menjejaskan bajet di tahun hadapan...Ha kan dah mula ni...Walaupun penat tapi demi kerja, aku rela jua "BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA" (cam motto kat ujung surat gomen jer)...ye ler tu akukan keje gomen...Apo nak dikato...Selagi belum tutup mata, KERJA, KERJA, KERJA...


Ni meja aku ok...Nampak tak baucer bayaran kat atas meja aku tu...


Ini CC aku..Dia pun banyak keje gak...


Ini Penolong Akauntan aku..Susah tau nak tengok dia dtg keje hari cuti...


Ini meja Akauntan aku...Ha nampak tu meja dia pun dah penuh...


Ini Alisa tengah nak fotostat...


Ini Staff kewangan yg lain...Tengah fokus keja la tu konon..


Ini suasana Unit Kewangan


My hubby pule pagi ni dah ke FRASER HILL..katanya main bola...Mulanya agak musykil, ape tak cukup padang bola kat KL ni ke??? but It's OK, I TRUST MY HUBBY...Kakak pula ikut atok & Pah antar Papa Chici ke UITM Dungun...Maka dengan itu tinggal ler aku berdua bersama adik Isya di rumah...Setelah menidurkan adik Isya, dapat ler aku ngadap laptop ni...Kalau tak, takde mendenya aku nak update blog ni...



Beshnya adik tido...

Adik tengah best peluk Minnie...Selalu buat orang geram...