MONEY!!!

Tuesday, December 27, 2011

Ada Suka, Ada Duka...


Assalamualaikum buat semua sahabat Blogger...Alhamdulillah masih bersua di ruangan ini dan masih mampu lagi untuk bercerita dan berkongsi cerita dengan semua...Lama rasanya tidak bersua...
Minggu lepas banyak cerita yang mahu dikongsi...Aku mulakan dengan alkisah hari Jumaat lepas...Untuk memenuhi cuti sekolah yang masih berbaki 2 minggu so, aku hantar kakak ke kelas masakan yang dianjurkan oleh Little Khalifah bertempat di Ukay Boulevard...Bayaran yang dikenakan untuk sekali sessi adalah RM40.OO untuk tiga jam...Apa yang dimasak ialah "Garlic Bread with Mushroom Soup"...Semuanya buat sendiri, dari menumbuk bawang hinggalah buat mushroom soup, bukan pakai dalam tin tu tau...Sedap jugalah bila dah buat...Balik tu sibuk suruh ayah, mama n adik makan apa yang dia masak...So, lepas ni dia kata nak masak lain pulak, kena tunggulah next month masak apa pulak ye...Itu yang berlaku pada hari Jumaat...
Sabtu lepas, beberapa kali Ibu hantar mesej dan call untuk melawat ibu saudara aku (mak long) tetapi akibat kesuntukan masa hanya sebelah malamnya aku ke hospital...Padahal seminggu sebelumnya Ibu dah pesan suruh tengok Mak Long..Dan apa yang aku kesal sebab tak pegi tengok Mak Long masa aku hantar kakak ke kelas masakan...Sedangkan rumah Mak Long berhadapan aje dengan tempat kelas memassak kakak...Malam Sabtu tu, Mak Long dimasukkan ke ICU, HUKM so, aku terus minta adik aku ambik dan bergegas ke HUKM...Hubby takde sebab kerja...Bukan tak boleh "drive" tapi dengan Adik & kakak tak tenang rasanya memandu...
Setibanya kami di HUKM, aku terus ke Wad ICU dan melihat keadaan Mak Long yang tidak sedarkan diri...Habis badan bengkak2 dan pelbagai wayar disambung...Semua sepupu dan sedara-mara ada kerana kami dimaklumkan oleh Doktor, bahawa "setiap organ dalamannya telah pecah satu persatu dan doktor hanya beri satu jam sahaja untuk maklumkan kepada semua...Oh sebak juga rasanya bila mendengarnya...Kami adik-beradik dah menangis kerana sewaktu zaman sekolah dulu dialah yang menjaga kami adik-beradik...Kami adik-beradik dibesarkan dengan "air tangan" dia...Bila kenang balik lepas ni memang tak dapatlah rasa "air tangan" dia lagi terutamanya asam pedas memang terbaik!!! Tepat jam 12 malam, tekanan jantung "dropped" dan semuanya "dropped"....Akhirnya tepat jam 12.05 malam, Mak Long pergi meninggalkan kami semua tanpa sedar kehadiran kami disekelilingnya...Airmata dah tak tertahan terus kami menangis...Aku terus call Hubby yang masih dalam perjalanan ke HUKM...Innalillahiwainnailaihirajiun....Akhirnya Mak Long pergi juga untuk selama-lamnya setelah menderita selama 15 tahun akibat "TALESEMIA"...Hubby pun masih terkenangkan layanan dan masakan Mak Long sebab setiap kali Mak Long tidur rumah parent aku, dialah yang masak untuk kami dah layan Hubby...Apa2 pun kami redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi...Bagi aku, Mak Long sungguh kuat melawan penyakitnya sebab walaupun dia tahu diri dia sakit, dia tak pernah manjakan diri dia...Dia masih boleh buat kerja rumah, memanjat tangga dan melakukan pelbagai kerja...
Semoga roh Mak Long tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Al-Fatihah untuk Mak Long...

No comments: