MONEY!!!

Monday, October 17, 2011

Suka Tau Jadi Cantik Tapi Dugaannya...


Alhamdulillah bersyukur sangat pada Allah bila kita dikurniakan kecantikan...Maksud aku kecantikan paras rupa...Tapi dugaan menjadi cantik hanya Allah sahaja Maha Mengetahui...Tidak mahu alpa dan leka dengan kecantikan yang diberi tapi setiap hari sentiasa beringat bahawa kecantikan hanyalah sementara...Susahkan kalau jadi cantik yang sentiasa mendapat pujian dari orang lain...Fitnah, kata2 caciannya lebih hebat...Kadangkala serba salah dibuatnya...Bukan menidakkan permberian Illahi mahupun riak tapi kita ni hanya manusia biasa...Terkadang hati berdetik, bagus juga jadi cantik sentiasa mendapat perhatian tetapi yang dengki dan yang irihati pun ramai menanti...Gedik, menyampah, gatal, sombong dan pelbagai istilah diberikan kepada mereka2 yang cantik ni...Yang suka tu, sukalah tapi yang membenci ni tak daya nak ubah persepsi mereka...Apa2 pun bersyukur sahaja atas nikmat yang diberi...Bagi aku pula cukup sahaja pujian kecantikan dari suami tercinta...Kata2 pujian dari orang lain "terima kasih" aku ucapkan tapi sekadar di angin lalu kerana tidak membekas langsung di hati...Kalau dulu mungkin bangga tapi kini kecantikan diri hanya untuk suami tercinta semata-mata...Yang penting suamiku menghargai kecantikan aku yang dikurniakan Illahi...Wah tetiba bermonolog...Sekadar bercerita & berkongsi rasa...

4 comments:

Pn. Sheila said...

erm... btl tu... kdg2 yang mengata pun tak tersedar, itu juga salah...yang cantik dapat pahala...hehe

aanie said...

x penah rasa diri ini cantik..mgkn sb xde org puji kot...huhu...

fiQ'Ra said...

ya, sgt setuju.. cntik tu tak kan kekal.. jadi jagalah sebaik mungkin kearah yg positif :) cantikku hanya untuk suamiku... :)

Redbloodsnow said...

love this entry! makanya....bersyukur dgn apa yg ada kan :)