MONEY!!!

Wednesday, September 28, 2011

Cantik Ke??? Kalau Tak Pandai Jaga Mana Maunya...


(google)


Perasan cantik le tu...Ehhh cantik ke minah tu??? Well, ni yang nak stori-mori sikit pasal isu cantik ni...Ye le kalau dah namanya pompuan haruslah cantik tapikan sayang kalau tak pandai jaga kecantikan...Istilah cantik ni memang terlalu abstrak untuk diungkapkan...Terpulang pada pandangan masing2 untuk mentafsir apa itu cantik...Luaran or dalaman...Tapi yg aku maksudkan ni, kalau diri tu sedar cantik, kenalah juga pandai jaga camne nak "maintain" ye...Sayangkan, kalau rupa dah cantik tapi tak pandai nak jaga...Terutamanya tang "body"...Aku tau orang pompuan ni sensitip bila cakap pasal body terutamanya yg dah beranak-pinak...Korang janganlah pk, bila dah kahwin & beranak-pinak, dah malas nak jaga diri untuk cantik dan body untuk ramping...Tak mau cenggitu tau...Kalau rasa sayangkan hubungan suami isteri dan nak suami kita puji kita aje, tak boleh pandang pompuan lain, semua itu harus dijaga....Ceh..aku ni celoteh aje...Bende ni peringatan untuk aku gaks sebab Hubby aku memang awal2 lagi dah bagitau aku yang dia kalau boleh nak sentiasa tengok aku cantik di mata dia (itu penting)...Mata orang lain, ada aku kisah...Hu..hu..hu..So, apakata kita set mind and always think positive, yang kita semua dilahirkan cantik secara semulajadi tetapi harus diingat, jagalah penampilan diri, jangan biarkan jerawat2 kecil beraja di kulit kita dan jangan biarkan lemak2 tepu yang tak sepatutnya melekat di bahagian2 badan kita...Oh tidak!!! Jauhkan dari diriku...Apa2 pun positif itu perlu kerana itulah yang akan menaikkan semangat kita...

3 comments:

aizamia3 said...

nak maintain macam anak dara memang susah tapi sekurang2nya berusaha agar shape tak lari banyak.. ;)
moga kita sentiasa cantik dipandangan mata en. suami.. ;)

eB ezrin said...

shah kater eB seksi.. hik3 ;p

MARIA LIZA said...

Aizamia: Betul3x (baka kata Upin & Ipin)...Cantik sokmo di mata suami sebab suami yg nak pandang kita pun tiap2 hari..
Eb: Wah kkkerrlasss betul...Seksi yek...