MONEY!!!

Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Ramadhan Untuk Dikongsi

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK




Aku nak kongsikan dengan semua Tazkirah Ramadhan yang aku terima...Semoga puasa kali ini memberi banyak syafaat kepada kita semua. Amin...


Pertama


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);*


Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;*


Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua




Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:"




1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,


2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,


3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,


4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,


5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga




Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :


1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'


2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain


3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan


4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya


5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

2 comments:

BeloG MTT said...

Nice one sis... :)

p/s : Masuk air dah cik Anon tu.. Meroyan tahap kritikal dah.. Hikhik :)

Maaf sebab terbabit sama..

Kak Aya said...

terima kasih untuk perkongsian berguna begini di bulan ramadhan.