MONEY!!!

Wednesday, July 6, 2011

7 Hari Mencintaiku...

(google)

What??? Cukup ker 7 hari jer untuk mencintai seseorang??? Anyway, ini adalah the latest novel yang aku baca...Jalan cerita memang menarik...Nama2 watak pun best2 boleh le letak nama anak...Mia Adriana, Alisa Adriana...So, sebenarnya dah lama juga tak layan novel kebetulan last week balik rumah bonda, satu hari satu malam aku perhabis baca novel...Actually, adik aku manager Popular Bookstore cawangan Rawang so, dapat le beli novel dengan harga staff price...Maka dengan itu penuh ler koleksi novel di rumah Bonda hinggakan aku sendiri tak terbaca...Mana yang sempat ajer ler, itupun ikut dan...Jom baca sinopsis kat bawah...Sumber dari google le...

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Harga untuk novel 7 Hari Mencintaiku...
RM 32.90 untuk semenanjung
RM 35.90 untuk sabah dan sarawak
1050 pages

3 comments:

syawalsimpsons said...

macam best je..nak cari la novel ni...

...Minah BluR... said...

Alamak.. lame tak bace n beli novel...huhu

dwaty said...

cam best jer...