MONEY!!!

Thursday, June 16, 2011

Bila Hati Telah Dilukai


Ape yang akan korang lakukan bila hati korang terluka??? Anyway, jangan salah anggap en3 ni tiada kaitan dengan aku atau mereka2 yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...Sekadar berkongsi pendapat dan permasalahan yang sering melanda terutamanya kepada mereka2 yang sedang hangat bercinta...Tu yang buat en3 ala2 jiwang & bermadah la pula...Hati kalau dah terluka memang susah nak dipulihkan...Bagi wanita pula mungkin mengambil masa yang agak lama kerana sensitifnya jiwa seorang wanita itu, luka yang terlalu dalam amat payah hendak dipadam dari kotak ingatan...Mungkin hati yang terluka boleh memaafkan tapi amat sukar untuk melupakan...Jadi hanya pada Allah tempat kita meluahkan dan menyerahkan segala jiwa raga dan hati yang terluka...Menangis juga akan membuatkan kita tenang kerana apa yang terpendam dan terbuku di jiwa dapat dileraikan...Rawatlah luka itu dengan kemaafan kerana hati akan tenang bila kita memaafkan...

3 comments:

eB ezrin said...

eB suker nanges sorang2 .. hu3

aizamia3 said...

susah nak sembuh bila hati terhiris.. kalaupun sembuh parutnya tetap ada..

MARIA LIZA said...

eb: Menangis sorang2 untuk pulihkan diri sendiri..Tak perlu pujuk2 la ni..
aizamia: betul tu...