MONEY!!!

Friday, May 6, 2011

Risaunya dengan perceraian sekarang...

Pagi2 dah nak citer pasal perceraian...Oh tidak topik yang sangat ditakuti terutamanya kaum hawa...Takde le aku just nak share opinion about this topic...Nowadays, statistik perceraian kat KL nipun dah membimbangkan...Kenapa la semua ni boleh berlaku ye??? Di manakah punca segala permasalahan ini??? Bagi aku sendiri pendapat aku mengenai perceraian sekarang berpunca dari kedua-dua belah pihak maksudnya kesilapan dari suami & isteri jua...Antara punca2 nya..Ini pendapat aku la:




1) Tentulah "DUIT"..Iye aku akui duit amatlah penting...Memang duit tak boleh beli kasih sayang tapi dengan duitlah sajalah kita boleh survive..Kalau takde duit camne??? Takkan nak nganga or tunggu jatuh dari langit, dah tentu tidak mungkin...Sama ada duit cukup atau tidak bukanlah persoalan tapi suami isteri kenala tau manage duit, tambah2 lagi kalau dah ada anak...Sendiri mau ingat daa...


2) Masa...Yes, "TIME IS PRECIOUS"...There is no turning back..So, please appreciate every moment that you have and use it wisely...Kesian pada anak2 seharusnya masa yang ada diluangkan untuk anak2 dan keluarga tercinta...That's how we appreciate our relationship with our spouse..Kalau spouse dah rasa tak dihargai camne??? Tu yang ambik jalan singkat perceraian penyelesaiannya


3) Skandal..Oh frens, ini sangat bahaya..Jangan sekali-kali melibatkan diri anda dengan skandal2 terlarang...Dahle buat dosa dengan pasangan, dahtu dosa dengan Allah lagi...Sudah2 la tu...


4) Campur tangan orang luar juga salah satu faktor perceraian...Kalau nak sharing hal rumahtangga ni kenala bercerita dengan mereka2 yang boleh dipercayai kerana dikhuatiri mereka2 inilah yang akan menjadi salah satu punca perceraian...


5) Takde rasa tanggungjawab..Kalau dah tau taknak dibebani dengan tanggungjawab, awal2 surrender "JANGAN KAHWIN"..Ha kan senang, takyah le nak nyusahkan diri dan mereka2...




Tapikan jarang sekali kita dengar perceraian berpunca dari anak2..Iye le, anak2 kan pengikat kasih sayang..Cuma parents sendiri jer tak mau ikat hubungan tu melalui anak2..Jadi itulah jadinya perceraian...Entahle relationship sekarang macam2kan..Kadang2 bercinta-cinti bagai nak rak bertahun2 lamanye tapi bile kahwin dah kuar ribu-riban akhirnya kecundang jua...Harapan aku pada hubungan aku sendiri semoga ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta berkekalan hendaknya..Amin...So, korang rasa ape lagi punca ke arah berlakunya perceraian suami isteri ni..Meh le citer2 kat sini...

No comments: