MONEY!!!

Monday, May 9, 2011

Kenapa MARSYA ILMI???

Alkisahnya dah lama tapi baru nak citer...Beberapa minggu yang sudah kakak ada bertanya kenapa nama dia Marsya Ilmi??? Almaklumla kakak dah umur 5 tahun, banyak sgt persoalan di minda yang perlu dijawab oleh mama & ayah...Kekadang tu marah gak tapi dah namanya anak..Nak tak nak jawab jugala..Because time is running and I will miss that moment...It will goes the same way one day...

Aku pun tanya la balik, "Kenapa kakak tanya"..Jawabnya, "Iya la saje jer sbb kawan2 kat sekolah panggil Asya (membahasakan diri sendiri) Marsha Milan Londoh...



Maka aku pun bercerita la camne tetiba nak letak nama MARSYA ILMI...Masa ngandung, aku memang dah sepakat dengan Hubby, kalau baby girl nak letak huruf M, ikut pangkal nama aku & kalau lelaki huruf Z, ikut Hubby...Masa aku mengandung tu dalam tahun 2005, masa ni tengah femes AF3..Aku & Hubby memang tak pernah miss tengok konsert AF3 walaupun terpaksa tumpang tengok kat umah ibu, kakak ipar & mak mentua (almaklum la baru kawin tak mampu nak beli ASTRO, MAHAL TU)...Dalam ramai2 tu la pulak, Hubby aku terberkenan dengan MARSHA MILAN LONDOH...Seb baik masa tu dah confirm baby girl, terus le Hubby nak nama tu..Walaupun mulanya aku nak letak nama ala "islamic" sikit ler..Dia nak juga MARSYA sbb moden katanya...Buka kitab, internet segala buku2 nama..Kena la check & confirm ada makna atau tak...Oh akhirnya MARSYA bermaksud kesuburan, menghijau...Tapi bukan MARSHA ye..ILMI tu pulak aku dapat dari mimpi & masa tu aku memang dah beriya2 nak sambung belajar lepas beranak...At last, we all decide untuk maintainkan ILMI untuk semua nama anak2 tak kira lelaki atau pompuan kerana maksudnya adalah berilmu (kire cam trademark le)...Semoga anak2 aku akan menjadi seorang yang berilmu dunia & akhirat..Maka pada tanggal 15.2.2006 lahirlah MARSYA ILMI BINTI ZAIRUL yang membawa maksud "kesuburan ilmu"...





Kakak masa umur 2 bulan...




Kakak sekarang dah 5 tahun...







CINTA KEPADA ALLAH

CINTA RASUL

CINTA IBU BAPA

CINTA KEPADA GURU

CINTA KEPADA KECEMERLANGAN

MARILAH KITA SEMUA CINTA LIMA PERKARA..CINTAILAH...

1 comment:

Cute MuM said...

oo..
sebab tue namanya marsya ilmi..