MONEY!!!

Friday, April 1, 2011

KOSMO-Lima Fakta

Ada sape2 dah baca KOSMO hari ni..takde ape2 pun just nak share muka surat 36, bahagian PESONA berkaitan dengan Lima Fakta...Dan salah satu faktanya adalah bertajuk 'KEBAIKAN JANGKA PANJANG SUSU IBU"....Kalau rajin baca la ye..Mari baca faktanya:

PENYUSUAN badan kepada bayi baru lahir mempunyai banyak kelebihan baik untuk jangka masa pendek atau panjang. Satu kajian mengesahkan remaja yang menyusu badan semasa kecil mempunyai otot kaki yang lebih kuat daripada mereka yang mengambil susu formula.

Enrique Garcia Artero, penulis prinsipal kajian tersebut dan penyelidik di University of Granada menemui bukti analisis mengenai kaitan antara tempoh penyusuan badan bayi dengan keadaan fizikal mereka semasa remaja

Artero mendapati remaja yang menyusu badan selama tiga hingga lima bulan atau lebih enam bulan tidak mengalami masalah dalam latihan aerobik dan kekuatan otot berbanding mereka yang tidak menyusu badan langsung.

p/s: Apa lagi mari lah kaum ibu semua..Susui la anak anda...Banyak kebaikannya...

2 comments:

Dr MizEd said...

Mari kite ramai2 menyusu Anak2 kite dgn suu ibu sebab susu ibu kay a DENGAN khasiat utk tumbesaran baby...... Premium beautiful Boleh Bantu tambah susu ibu tau..........

MamaEma said...

saya susu anak saya sampai skrg..biarpun menahan pedih susu dah kurang...huhuhhu