MONEY!!!

Wednesday, January 26, 2011

Kisah Ulama' & Pramugari (Pengajaran Buat Semua)

Salam buat semua...Hari ni aku nak share satu stori yang boleh dijadikan pengajaran buat aku serta engkorang semua...dan Inilah kisah yang aku terima melalui email yang dihantar oleh teman sepejabat...Kisah ini memaparkan betapa hebatnya wuduk itu...Bagaimana wuduk itu bukan hanya membersihkan diri secara fizikal malah secara spiritual...Kita semua sedia maklum bahawa setiap kali kita ingin menunaikan solat, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah wuduk...Bukan hanya ketika ingin solat bahkan berwuduk lah ketika sedang marah kerana wuduk dapat menenangkan jiwa yang sedang marah membara...

Kisah Ulama' & Pramugari

Alkisah, tersebutlah kisah seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri yang tidak diketahui namanya. Apabila tiba waktu solat, ulama itu tanpa membuang masa terus pergi ke tandas untuk mengambil air sembahyang.
Oleh kerana ruang tandas yang agak terhad, maka beliau pun terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu kakinya ke dalam sinki, tetiba seorang pramugari telah ternampak akan perbuatan ulama itu dan menegurnya;
Pramugari: (Dengan nada suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki tuan kedalam sinki tu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat untuk basuh muka, bukan untuk basuh kaki!!!
Ulama: (Dengan nada suara yang lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari???
Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! 2 atau 3 kali sehari! Kenapa???
Ulama: (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki 5 kali dalam sehari. Bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!
Dengan perasaan malu yang tidak terhingga, muka merah padam dan rasa berbuku di dada, pramugari itu terus beredar meninggalkan ulama yang belum selesai menghabiskan air wuduknya dek melayan kerenah pramugari yang sombong itu.

No comments: