MONEY!!!

Thursday, January 27, 2011

Amalan Berpantang...Moden vs Tradisional

Salam semua bloggers...Baiklah hari ni aku nak cerita n kongsi sikit amalan berpantang selepas bersalin...Almaklum la zaman sekarang ni ramai sangat ibu moden dan diorg ni dah tak berapa nak kisah sangat amalan berpantang yang turun-temurun dari mak-mak kita dolu2..Katanya malas la, rimas la tapi diorg tak tau betapa baiknya amalan berpantang ketika bersalin ni...Andai engkorang semua diberi pilihan selepas beranak nanti amalan berpantang mana yang nak dipilih..Tradisional atau Moden??? Macam diri aku sendiri aku telah dilatih mengamalkan amalan berpantang secara tradisional sebab masa 1st baby bonda mertua yang jaga...Untuk 2nd baby baru la bonda sendiri yang jaga...Walaupun kedua-duanya ada perbezaan tapi tetap sama mengamalkan berpantang secara tradisional..Masa 1st baby, segala-galanya adalah zero..Jadi aku hanya patuh pada arahan bonda mertua..Dari pukul 6.30pagi bangun untuk bertungku lebih kurang 1 jam, mandi, berurut, berparam, berpilis dan akhirnya berbengkung tapi bukan bengkung moden lilit tau tapi bengkung yang panjangnya hampir 10 meter/kaki (sori le tak ukur pun agak2 jer)...Ha ambik kau pusing, pusing & pusing la sampai abis...Pening juga dibuatnya tapi kata nak cantik aku relakan aje ler...Tungku pun pakai batu sungai tau takde tungku cam sekrg ni cepat sejuk...Yang pasti amalan berpantang bagi orang2 tua dolu2 adalah 44 hari dan alhamdulillah aku still follow 44 hari ni...Bak kata orang "BADAN NAK PAKAI LAMA"..Ye le kalau tak pantang betul2, korang tengok le nanti apa jadi dengan badan korang...Sejuk pun tak tahan, lemah2 urat, cepat masuk angin dan paling tak best berat badan cam maintain jer masa ngandung (yang ni kes tak dapat nak tolong ye)..Kat bawah ni ada a few picture yang korang rasa yang mana satu pilihan hati...Moden vs Tradisional...


Tungku Batu Sungai sedang dibakar

Tungku Moden

 Kat bawah ni gambo bengkung moden sekarang tapi tak best sbb asyik nak tertanggal je dahtu nak gi toilet pun kena buka..Ada pelbagai jenis dan pilihan...
Yang ini sarung & zip ajer..
 
Yang ini kena baring dan ikat yer...
Yang ni lipat2 ajer...



Yang ni contoh bedak param yang disapu ke seluruh badan..Kena bancuh dulu cam bedak sejuk ok..Tujuannya menghaluskan kulit, membuang sel kulit mati dan paling utama menghangatkan badan sbb ibu2 dalam pantang perlu sentiasa rasa "warm"

 
Camni le rupe bengkung tradisional yang perlu diikat pada tiang atau ape2 je le untuk dipakai..dahtu tarik panjang2 dan pusing ok...Sangat efisyen untuk mengecilkan ape2 yang patut dan tak perlu ditanggal untuk ke toilet. Kalau aku tak pakai ni mane ke mau "VOGUE"nya...


Jadi setelah dikaji dan diselidik engkorang rasa mana satu lagi bagus...Bagi aku tak kisah la moden atau tradisional yang penting amalan berpantang tu perlu diamalkan selepas bersalin...Kalau engkorang taknak "HUBBY" pandang orang lain, pantang ler betul2 ye...tapi kan org laki ni, kita jaga badan camne pun kalau depa nak cari lain, cari juga..Ape kes???

No comments: