MONEY!!!

Thursday, December 29, 2011

Minggu Terakhir Sebelum "Final Exam"

Sangat busy dengan "study"...Wah study ker??? Boleh tahanlah...Harus merajinkan diri untuk "final exam" yang bakal aku hadapi pada 4hb, 6hb, 16hb dan 20hb...Stress giler noks!!!

Insya-Allah, aku akan cuba hadapi semuanya dengan tenang...Paper 4hb dan 6hb tu agak susah tapi kena study awal2 supaya jiwa tak kacau...Dua-dua paper "calculation"...Bussiness Finance dan Taxation 1...

Anyway, I would like to wish GOOD LUCK to all my frens...

Tuesday, December 27, 2011

Giliran Aku Pulak...SAKIT MATA!!!


Dah kuagak mesti kena punya la...Malam tadi aku rasa cam berair aje dan rasa bengkak sebelah mata kiri ni...Tengok kat cermin, ha betul la tu "SAKIT MATA" sedang melanda...Kalau Adik hari tu, ubatnya air susu aku tapi kalau aku kena guna air susu sendiri ke atau air susu orang lain??? Musykil juga cam pelik pulak nak guna air susu sendiri letak kat mata...
Apa2 pun pasrah je ler bila dah sakit mata ni...Mujurlah sebelah mata ajer...Masih lagi mampu untuk melihat dan membaca...Kalau dua2 mata naya jugalah dibuatnya...
Dah le nak "FINAL EXAM" ni...Mata oh Mata!!!

Ada Suka, Ada Duka...


Assalamualaikum buat semua sahabat Blogger...Alhamdulillah masih bersua di ruangan ini dan masih mampu lagi untuk bercerita dan berkongsi cerita dengan semua...Lama rasanya tidak bersua...
Minggu lepas banyak cerita yang mahu dikongsi...Aku mulakan dengan alkisah hari Jumaat lepas...Untuk memenuhi cuti sekolah yang masih berbaki 2 minggu so, aku hantar kakak ke kelas masakan yang dianjurkan oleh Little Khalifah bertempat di Ukay Boulevard...Bayaran yang dikenakan untuk sekali sessi adalah RM40.OO untuk tiga jam...Apa yang dimasak ialah "Garlic Bread with Mushroom Soup"...Semuanya buat sendiri, dari menumbuk bawang hinggalah buat mushroom soup, bukan pakai dalam tin tu tau...Sedap jugalah bila dah buat...Balik tu sibuk suruh ayah, mama n adik makan apa yang dia masak...So, lepas ni dia kata nak masak lain pulak, kena tunggulah next month masak apa pulak ye...Itu yang berlaku pada hari Jumaat...
Sabtu lepas, beberapa kali Ibu hantar mesej dan call untuk melawat ibu saudara aku (mak long) tetapi akibat kesuntukan masa hanya sebelah malamnya aku ke hospital...Padahal seminggu sebelumnya Ibu dah pesan suruh tengok Mak Long..Dan apa yang aku kesal sebab tak pegi tengok Mak Long masa aku hantar kakak ke kelas masakan...Sedangkan rumah Mak Long berhadapan aje dengan tempat kelas memassak kakak...Malam Sabtu tu, Mak Long dimasukkan ke ICU, HUKM so, aku terus minta adik aku ambik dan bergegas ke HUKM...Hubby takde sebab kerja...Bukan tak boleh "drive" tapi dengan Adik & kakak tak tenang rasanya memandu...
Setibanya kami di HUKM, aku terus ke Wad ICU dan melihat keadaan Mak Long yang tidak sedarkan diri...Habis badan bengkak2 dan pelbagai wayar disambung...Semua sepupu dan sedara-mara ada kerana kami dimaklumkan oleh Doktor, bahawa "setiap organ dalamannya telah pecah satu persatu dan doktor hanya beri satu jam sahaja untuk maklumkan kepada semua...Oh sebak juga rasanya bila mendengarnya...Kami adik-beradik dah menangis kerana sewaktu zaman sekolah dulu dialah yang menjaga kami adik-beradik...Kami adik-beradik dibesarkan dengan "air tangan" dia...Bila kenang balik lepas ni memang tak dapatlah rasa "air tangan" dia lagi terutamanya asam pedas memang terbaik!!! Tepat jam 12 malam, tekanan jantung "dropped" dan semuanya "dropped"....Akhirnya tepat jam 12.05 malam, Mak Long pergi meninggalkan kami semua tanpa sedar kehadiran kami disekelilingnya...Airmata dah tak tertahan terus kami menangis...Aku terus call Hubby yang masih dalam perjalanan ke HUKM...Innalillahiwainnailaihirajiun....Akhirnya Mak Long pergi juga untuk selama-lamnya setelah menderita selama 15 tahun akibat "TALESEMIA"...Hubby pun masih terkenangkan layanan dan masakan Mak Long sebab setiap kali Mak Long tidur rumah parent aku, dialah yang masak untuk kami dah layan Hubby...Apa2 pun kami redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi...Bagi aku, Mak Long sungguh kuat melawan penyakitnya sebab walaupun dia tahu diri dia sakit, dia tak pernah manjakan diri dia...Dia masih boleh buat kerja rumah, memanjat tangga dan melakukan pelbagai kerja...
Semoga roh Mak Long tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Al-Fatihah untuk Mak Long...

Thursday, December 22, 2011

Keberkatan Ilmu...


Pesan Dr.Fadzillah Kamsah, perkara yang perlu kita ucapkan kepada orang yang mengajar kita contonhnya Guru, Pensyarah, Ustaz, Ustazah dan seumpamanya
1) Terima Kasih kerana mengajar saya
2) Saya minta maaf di atas semua kesalahan saya
3) Halalkan ilmu yang diajar
4) Doakan kejayaan saya
Itulah perkara yang perlu kita lakukan kepada mereka2 yang telah mnegajar kita...Semoga ilmu yang dituntut mendapat keberkatan dunia dan akhirat hendaknya...

Si Kecil Marissa, sakit mata....


Alahai siannya anak Mama sakit mata...Nampaknya masuk hari ni dah hari ke-3 sakit mata...Takde le teruk sangat tapi nampaklah sebelah matanya berair...Berjangkit dengan anak babysitter yg sakit mata juga...Apa nak buatkan..Sudahnya semalam ubat yg paling mujarab adalah susu ibu...Iye susu ibu sebagai ubat sakit mata...
Masa mula nak letak tu nangis juga Adik tapi bila dah masuk dalam mata tu terus dia diam...Pagi ni tengok takde le berair banyak sangat...Takutlah juga tetiba kitorg anak beranak pulak kena...Almaklumla sakit mata ni boleh berjangkit...Mau seminggu juga kena duk umah...Hope anak mama cepat baik ye sayang...

Wednesday, December 21, 2011

Aduh!!! Sakit Kepala...


(google)
Bila rasa sakit kepala apa lagi, korang hentakkan ajer kepala korang ke dinding, Gerenti baik punye...Eh jangan laks buat pasal..Tak pasal2 ajer naya laks anak orang...Apa2 pun aku ni bukanlah nak bagi petua maupun tips tapi bolehlah sekadar berkongsi informasi dari SINAR FM yg aku dengar semalam...
Kalau sakit kepala caranya ialah lembapkan tuala berwarna merah...MERAH SAHAJA!!! kemudian letakkan kat atas mata..Maksudnya kain lembap merah tu tutup mata korang lah...paham tak??? Kenapa warna merah??? Sebabnya warna merah boleh membuat "ADRENALIN" korang bertindak pantas atau dalam kata2 sainsnye "mengalir" le kot gamaknya...Almaklum la walaupun dulu aku ni minah "PURE SCIENCE" tapi dah 12 tahun la pulak tinggal sekolah...Apa2 pun cubalah mane le tau baik...Yg penting WARNA MERAH...Sebenarnya peranan warna tu sendiri yg memainkan peranan pada sistem badan kita...Oleh itu "SELAMAT MENCUBA"...Kalau tak jadi gaks..Telan aje Panadol, tidur....Ha...ha...ha...

Sunday, December 18, 2011

Friday, December 16, 2011

Semangat Hari Jumaat...

Salam Pagi Jumaat yang indah...Hari ini nak mulakan bicara dengan kata2 semangat untuk diri sendiri...Mulakan hari dengan senyuman walaupun dalam hati hanya Allah Maha Mengetahui...Itu pasti sebab aku nikan suka senyum...


Seperti biasa kalau dah beberapa hari tak menjengah blog ni, idea nak menulis tu takde tapi cuba2 juga untuk memerah keringat untuk menaip walau hanya untuk seketika...Kalau tak tulis nanti lama2 bosan juga dibuatnya...


Cerita??? Entah ler beberapa hari ni takde aktiviti menarik sangat untuk dikongsi sebab tahap "ketensionan" nak menghadapi "exam" dan juga penutupan akaun akhir tahun mengatasi segalanya...Cuma semalam, aku dah terima borang sign "SBPA" dan opsyen pencen...Masih memikirkannya...Belum buat apa2 keputusan lagi sama ada memilih 58 atau 60 tahun...Apa2 pun masih ada waktu sehingga 30 Disember 2011...Nanti dah buat decision aku sharelah ceritanya...

Tuesday, December 13, 2011

SBPA menguntungkan atau sebaliknya???


(google)


Well, tajuk hari ini lebih kepada pendapat anda semua mengenai isu yang sedang hangat di pasaran terutamanya kepada semua penjawat awam...So, rakan2 blogger yang merupakan penjawat awam, apakah pilihan anda??? Aku sendiri merasakan ada kebaikan dari segi kenaikan gaji tapi ada juga beberapa perkara yang tidak menguntungkan tapi takpe ler aku taknak sebut DAN malas nak citer pun...Yang pasti pada 15hb Disember ini, aku akan menandatangani borang opsyen memilih SBPA tetapi kekal pencen umur 58 tahun...Tak sanggup mak nak keje sampai 60 tahun...Kalau diberi pilihan 50 tahun, aku pilih ajer 50 tahun...Apa yang pasti kalau nak tahu apa2 perkara dan fakta mengenai SBPA ni, adalah lebih afdal follow ajer KPPA, JPA kita yek...Kalau tau dari mulut orang lain ni, banyak sangat tambahan fakta pulak...Apa2 pun kepada semua penjawat awam, Selamat Menandatangani Opsyen SBPA...

Monday, December 12, 2011

Eclipse at Planetarium Negara



Jangan pelik pulak tengok gambar 2 orang anak aku ni...Ni gambar kat Planetarium Negara...Excited sangat nak tengok Gerhana Bulan...So, memandangkan malam Sabtu takde apa2 aktiviti kami pun memenuhi kesesakan Planetarium Negara...Yang pasti tak lama pun kami di sana...Cukup syarat keluar bawa anak2...Janji diorg happy...Kakak paling seronok sebab dapat tengok bulan melalui teleskop yang disediakan...Selama hari ni duk tengok kat TVIQ, Astro sajer so, bila dapat tengok live cam "mimpi jadi kenyataan"...Dahtu duk sibuk suruh datang lagi...Insya-Allah, kakak nanti mama bawe kakak lagi ye...So, korang tengok tak Gerhana Bulan???

Usher for Maal Hijrah

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di JAWI, Kuala Lumpur pada 6hb Disember 2011 so, secara tidak langsung aku telah dilantik sebagai AJK Kecil bagi menyambut tetamu...Tema "purple" gitu...Sori tak banyak gambar pun ambik sebab kamera tak bawe pun...Kat bawah ni pun gambar cukup syarat, janji ada...Ha..ha..ha...Best la juga jadi penyambut tetamu...Bagi "goodies" kat tetamu, ucapkan Selamat Datang dan suruhlah tetamu masuk...Ha, kan senang...Tapi kerja kau berdiri dan senyum je ler...Diorg saje bagi aku jadi "RATU SENYUM" hari tu...Penat gaks muka aku ni asyik nak kena senyum n bercakap aje...Dahtu nak buat camne, dah namanya tugas...Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi...Sape2 yang minat Yassin tu, seronoklah sebab dapat tengok Yassin perform dengan 3 buah lagu...Ok la juga, layan la sebab dah lama pun tak tengok dia perform...Apa2 pun puas hati sebab semuanya berjalan lancar walaupun ada perbalahan kecil antara bahagian yang memang tak dapat dielakkan...Meh tengok gambar aku ni...Cantik ke tak??? Ha..ha...ha...Jangan marah ye...



This is me with Ct Aishah in purple colour...





Me in purple...Baju raya tahun ni noks!!!

makan2 sempena besday adik...

Salam bersiaran dari ofis buat sahabat blogger yang disayangi semua...Maaf rasanya sudah lama aku tidak menjengah dan meng"update" segala cerita-ceriti di sini...Minggu lalu minggu yang amat busy..Apa2 pun meh ler sini baca cerita aku..Aku mulakan dengan sambutan hari lahir Marissa Ilmi pada 6.12.2011...Alhamdulillah dah 2 tahun anak nombor dua aku ni...Bukanlah sambutan besar-besaran pun tapi balik dari kelas tu sampai umah dalam kul 10.30 malam so, aku ajaklah Hubby, anak2 n bonda mertua keluar makan..Just to spent our time together on my little Marissa's special day...Tak plan pun pada mulanya ke mana2...Akhirnya destinasi pilihan "KUNANG-KUNANG RESTOREN"...Food memang best, tempat pun menarik dan servis ok...Cuma lokasi agak tersorok sedikit...Betul2 tepi hiway MRR2 menghala ke UIA tapi kena U-TURN n susur masuk ke Shell..Then, taraaa that's a restaurant...So, jom ler layan a few pics yang aku rajin upload kat FB dan copy balik kat dalam blog ni...



Ini Nasi Goreng Cina aku...



Kakak dengan pose tersendiri



Kakak dan air tembikai susu...



Kakak dan nenek...



Kakak selepas makan sepinggan Chicken Chop



Adik is moving so susah nak capture gambar dia...



Some more pose from them..



Love both of u...Adik with the "peace pose" while kakak ???


Last but not least...Them with Ayah...



Tak tau la bila nak buat majlisnya...Maybe next year saje ler buat sambutan 2 in 1 sekali dengan besday kakak bulan Februari...What ever it is, we really enjoyed our food...

Wednesday, December 7, 2011

Potong Rambut Sudaaa...

Well, nak share my Marsya's new hair cut...Dah lama dah sebenarnya..Rasanya dah 2 minggu lepas...Bukan main anak dara aku ni...Kalau potong rambut nak ala2 artis je tau...Tak nak yang besa2 ni...Mula2nya nak potong pendek biasa2 ajer sudahnya tengok dalam magazine ada sorang artis Cina terus nak ikut style artis tu...Kalau bab melawa memang serah pada kakak...Jom tengok gambo kakak setelah selesai dipotong rambutnya...Cantik tak???





Marsya with her new hair cut...

Tuesday, December 6, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Marissa Ilmi...


Hari ini Selasa, 6hb Disember 2011..Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kerana masih bernafas dan meneruskan sisa kehidupan di muka bumi...Genap sudah 2 tahun anakanda Marissa Ilmi Binti Zairul...Dan aku bersyukur akhirnya penyusuan eksklusif aku telah berjaya sampai ke puncaknya...


Sesungguhnye perjuangan ini memerlukan pengorbanan dan semangat yang kental...Tanpa semua itu tak mungkin aku dapat merealisasikan penyusuan eksklusif ini...Apa yang pasti aku bangga menjadi seorang mama yang dapat menyempurnakan hak anakku walaupun tidak sesempurna insan lain kerana anak sulungku tidak dapat aku sempurnakan haknya...


Kepada anakanda Marissa Ilmi, Selamat Hari Lahir mama ucapkan...Semoga hidupmu sentiasa diberkati dan hari2 yang mendatang ditempuhi dengan 1001 kegembiraan...Syukur kepada Allah kerana mama dapat mengecapi peluang dan nikmat ini...

Thursday, December 1, 2011

Kaunter Tol bukan tempat tukar duit kecik


(google)


Sori yek, ada tukar duit kecik tak??? Eh, hello, ini bukan kedai runcit tau...Suka-suki nak tukar duit kecik...Itulah yg terjadi beberapa hari lepas di Tol Batu Tiga bila ada pemandu nak tukar duit kecik mengakibatkan kereta berderet di belakang...Takde sivik apa or saja tak paham??? Yang pasti tolonglah, kalau dah nak lalu tol tu cepat2lah sedia duit kecik jangan nak nyusahkan orang lain laks...

Well, aku pun pernah gaks hulur RM10 untuk bayar tol sebanyak RM1.10 tapi dengan nada lemah-lembut aku akan berkata "minta maaf ye Dik, akak takde duit kecik"...Dahtu jangan laks bagi RM10 tu aje, bagilah RM10.10 so, takde le nyusahkan Adik tu nak kira dit 90sen laks...Kalau cakap elok2, sejuk sikit Adik, Abang, Kakak atau Makcik, Pakcik kat tol tu nak pulangkan duit...Tak gitu???

Apa yang pasti, tolong yek jangan jadikan kanuter tol sebagai tempat untuk tukar duit kecik...Dah le nyusahkan budak tol tu, nyusahkan pemandu2 lain gaks...Tapi kalau nak cepat kita pakai Touch & Go, kan senang, cepat dan mudah...

Wednesday, November 30, 2011

Bahaya produk HERBALIFE...Fakta atau Auta??? Anda Nilai sendiri


(google)


Betul ker HERBALIFE ni tak elok sebenarnya...Ada mana2 blogger yang menggunakan produk HERBALIFE...Tapi apakata aku share dengan korang info pasal HERBALIFE ni yg aku dapat dari satu blog ni berkaitan fakta HERBALIFE..klik sini
Aku dah lama gaks dengar pasal produk ni...Sekarang ni memang ramai pengguna produk HERBALIFE ni terutamanya berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan badan...Bila aku baca blog ni memang salute abislah sebab berani mengeluarkan kenyataan dan fakta2 yang berkaitan dengan produk2 kesihatan dan kecantikan badan ni...Kalau blog ni menipu, kenapa sampai sekarang blog ni tak pernah kena saman oleh pihak2 terlibat...Cuba korang pikir2kan ye...

Well, let us check it out all the facts and the truth behind all those products by visiting this blog http://aididmuaddib.blogspot.com/ sebab blog ni bukan hanya mengeluarkan fakta berkaitan HERBALIFE sahaja bahkan produk2 lain...

Tuesday, November 29, 2011

Frust Tau Bila Malaysia Kalah Dengan Bahrain


(google)


Isu hari ini yang nak diketengahkan betapa hancus dan kecewanya peminat bola sepak Malaysia apabila Malaysia kalah di saat-saat akhir di tangan Bahrain..Bukan nak kutuk, nak kata mahu sekali menghina tapi aku sangat frust...Dan aku rasa bukan aku sorang saja yang merasainya tetapi semua yang menyaksikan perlawanan bola sepak terutama mereka yang pegi stadium rasa apa yang aku rasa...


Tak tahulah di mana salah dan silapnya...Namun yang pasti kekalahan itu sudah pasti...Dan di antara faktor2 lain yang menjadi punca kekalahan kita ialah "over confident" dan sikap sambil lewa...Apakan daya, kemenangan itu bukan hak milik kita...Walaubagaimanapun, aku tetap terus menyokong pasukan Harimau Malaya tapi mereka harus sedar dan mnegambil iktibar atas apa yang berlaku kerana mereka bukannya bermain dengan pasukan nombor tercorot dunia tapi antara pasukan terbaik Asia juga...


To all Malaysian, keep support our team...To Malaysian Team "please learn from ur mistake"...

Thursday, November 24, 2011

Ramalan Mimpi...Adakah semuanya benar belaka???


(google)


Korang percaya tak pada mimpi??? Tak kisahle apa2 mimpi...Aku tau mimpi ni ada banyak kategori antaranya mimpi indah, mimpi seram, mimpi sedih dan pelbagai jenis mimpi yang aku pun tak tau nak kategorikan camne...Semua orang kalau boleh mesti nak mimpi indah tu jadi kenyataan...Of course beb!! Contohnya mimpi jadi jutawan...Kalaulah jadi kenyataan dalam sekelip mata, alangkah indah dan bahagianya...Tak gitu???
Apakata korang jejak blog Uncleseekers ni berkaitan dengan ramalan mimpi...Klik sini yek kalau nak find out pasal mimpi yang Uncleseekers alami...Tapikan blog Uncle ni bukannya mentafsir mimpi orang tapi dia mimpi perkara2 yang bakal terjadi...Wallahua'lam sama ada untuk percaya atau tidak...


Aku sendiri pun kekadang tu tak percaya pun dengan mimpi2 yang aku alami...kekadang tu mungkin badan terlalu penat, otak pun duk asyik pikir macam2 hal...Mana tak mimpinya...Semua kategori mimpi aku dah rasa dan sesetengahnya cam jadi realiti ajer tapi entahle...Kebetulan aje kot...Apa2 pun kalau korang dapat mimpi2 yang best contohnya dapat duit banyak dahtu jadi kenyataan, jgn lupa laks kat kawan2...he..he..he..Tetiba la pulak ye...Ok aku cau, cin, cau dulu...

Wednesday, November 23, 2011

Camne Nak Jadi Blogger Femes???

Wah en3 aku tetiba laks nak jadi blogger femes...Kalau aku dapat peluang cenggini mesti ler nak tapi femes ker aku??? Ngalahkan artis tau...Sekarang ni bukan artis je femes tapi blogger pun ramai yg dah jadi femes...Femes yg camne??? Takde le sampai se"busy" kehidupan artis tu...Cukuplah sekadar orang tau oh itulah blogger yang namanye sekian, sekian tapikan best ker jadi blogger femes ni??? Camne laks privacy life diorg yek??? Andai diberi pilihan pun takpe le rasanya biar ajer le aku sebegini dan jadi diri aku sendiri kerana aku tetap aku...Kalau tetiba dah ter"femes" tu lain ler citernya...Agak2nya camne ler blogger yang femes ni dapat jadi femes??? Kena ker jadi cam retiss untuk jadi femes??? Tak yah ler kot...Dah namanya blogger, kerjanya menaip, menaip dan terus menaip...So, pada sahabat blogger di luar sana, ada tips tak untuk jadi korang jadi femes ni???

Piring Astro Tak Mengadap Kiblat Sebenarnya???


(google)


Salam Rabu semua sahabat blogger...Well, marilah aku nak share pasal isu piring Astro yang kita duk gembar-gemburkan hari tu mengadap kiblat...Aku nak share sikit dari blog "AKAK DISEBALIK PINTU"(sila klik untuk maklumat lanjut)..
Selama hari ini kita semua ni duk taksub la ingatkan piring Astro tu mengadap kiblat walhal kita sendiri pun tak pernah pun buat ujikaji pasal piring Astro ni...Tapikan apakata kita buat sendiri ujikaji tu...Ha kan senang takyah nak percaya 100% kat piring Astro tu...

Oklah rasanya cukup sahaja perkongsian hari ini...Sila buat ujikaji sendiri untuk mendapat kesahihannya sebab aku sendiri pun tak berapa nak pasti dengan bende2 ni...Selama aku bekerja dengan JAWI ni takde la pulak Ustaz2 yang keluarkan kenyataan bahawa piring Astro tu mengadap kiblat...Takpele nanti kita test dulu ye...

Tuesday, November 22, 2011

Alkisah Malaysia menang bola sepak...


(google)


Sori dah beberapa hari tak menjengah blog ini...Aku tau semua orang hari ni duk citer pasal bola sepak yang menang emas di Sukan SEA malam tadi...Walaupun aku hanya dapat tengok separuh masa kedua (tu pun dah minit2 terakhir) tapi semangat bola tetap membara...Cheewahh...Nak buat camne akukan ada kelas semalam jadi kenalah fokus pada kelas...Yang bestnya, budak lelaki dua orang jer datang kelas...Yang lain dah "booking" tiket ke stadium...

Tapikan semalam memang seram sejuk dibuatnya...Aku rasa kalau check darah semalam for sure "high blood"...Mana taknya melihatkan aksi2 yang tak sepatutnya rasa cam berdebar-debar ajer...Memang gamatlah semalam satu blok rumah aku...Dahtu bukan setakat blok aku je gamat, blok2 lain pun sama...Confirm jer menang, abis semua orang menjerit, terpekik, melolong termasuklah aku & Hubby sekali..he..he..he...Dahtu debaran dah hilang, apa lagi nak buat...Abis budak2 rempit keliling kawasan perumahan bawe bendera dengan siap hon2 sekali...Marah tau bapak2 buat bangunan...Sure hari ni ngak mau datang kerje...Yang Bibik2 laks terus boikot taknak buat keje rumah...he..he..he.. Ada ker???


Apa2 pun aku nak ucapkan tahniah untuk pasukan Malaysia...So, esok kita sama2 sokong team kita lawan untuk kelayakan Olimpik pula...Tak dinafikan Khairul Fahmi memang wallawei...Walaupun dihimpit kontroversi dia tetap fokus...Yeaaahhh semangat camni yang kita nak!!! Malaysia tetap unggul di mata dunia!!!

Friday, November 18, 2011

Apa Planning Cuti Sekolah???


(google)


Aku rasa semua orang tahu bahawa hari ni merupakan hari terakhir sessi persekolahan bagi tahun 2011...Fuh lega rasanya anak2 kita yek...Dapat cuti sebulan takyah nak bangun pagi2, adap cikgu, adap buku dan sebagainya...Yang paling dinantikan tentulah parents sebab takyah nak pk bayar itu-ini dan adap traffic jammed setiap pagi...Aku pun lega gaks..he..he..he..


Well, memandangkan cuti sekolah akan bermula apa planning korang untuk anak2 atau planning korang sendiri la??? Selalunya kalau cuti sekolah mestilah "bercuti" satu famili agenda utama...Aku ni tak tau ler nak gi mana....Nak juga bawa anak2 bercuti tapi tak plan ape2 lagi...Dahtu camne, aku nikan student busy ler dengan study...Apa2 pun nak curi gaks masa nak bawa anak2 bercuti...Tempat tu belum tau lagilah... Tapi faham2 jer ler bila cuti sekolah menjelang tiba kebanyakkan tempat mesti "crowded" giler n harga hotel tak hengat punye mahal...Masa ni ler hotel2, tempat2 percutian nak buat untung juta2 sebab diorg tau walaupun diorg letak harga mahal, parents still nak bawa anak2 bercuti...Betul tak??? Apa2 pun kalau aku plan gi mana2 nanti aku stori la kat korang semua sebab korangkan sahabat blogger yang disayangi...Ngeh..ngeh...ngeh..

Bila Kakak Dapat Nombor Satu...


Hari Jumaat yang barakah buat semua sahabat Blogger yang dikasihi...Semoga perjalanan hari ini memberi 1001 kebaikan dalam menjalani kehidupan sebagai insan di muka bumi ini...Semalam tak berkesempatan nak update blog akibat kerja yang memenuhi ruang2 kosong di atas meja...Saja jeles ajer tau tengok meja aku yang bersih ni...


Anyway, nak stori sikit la pasal kakak dapat nombor satu hari tu...Balik tu terus kakak request kat Mama & Ayah, nak bagi apa??? Wah anak daraku ini...Tapi yelah juge tu, at least bagi semangat & as motivation to her to improve herself...Bila ditanye kakak nak apa??? Hamboi banyak laks permintaan dia...Well, biasalah budak2 what do u expect imagination diaorg...A lot of things...


Aku nipun kalau ikut planning nak bawe dia gi makan2, jalan2 n beli something yang dia betul2 nak...Just to make her happy...Sekurang-kurangnya dia rasa dihargai oleh Mama & Ayah dia...Tak gitu...Dah le Mama & Ayah "superbusy", masa nilah nak spend time together2...Apa2 pun nanti kena discuss balik dengan Hubby what's his planning??? Oklah till then...

Wednesday, November 16, 2011

Penat, Stress...Tak Larat La...Positif Selalu


Baru-baru ni seorang rakan kelas berkata kepada aku " Aku suka jadi cam kau Maria sebab kau sentiasa positif"...Aku cam ter"blur" seketika...Entah aku pun tak tau le dari sudut mana yang die nampak aku ni sentiasa positif...Mungkin sebab aku ni sentiasa berwajah ceria..Ceriakah aku??? Mestilah aku nikan minah slumber dan seorang yang sangat "happy go lucky"...Konsepnya senang, aku tak kacau hidup orang, orang jangan kacau hidup aku...

Setiap masalah yg berlaku cuba untuk berfikiran positif dan pk yang walaupun masalah itu memenatkan, men"stress" kan dan menyakitkan sentiasa positif adalah kuncinya...Eh malas lah aku nak serabut2 kepala otak ni...Aku ni boleh juga dikategorikan manusia yang tidak suka mencampur-adukkan masalah dengan kerja...

Tipulah kalau aku kata tak pernah bermasalah, tak pernah gaduh2 manja dengan Hubby, tak pernah stress dengan anak2, tak pernah sakit hati dengan orang, tak pernah tension dengan kelas dan 'assignment" yang berlambak tapi semua tulah yang mewarnai kehidupan aku...Anggap sahaja setiap perkara yang berlaku tu indah dalam kehidupan kita...Kalau takde semua tu mesti bosan hidupkan???

Jadi pada semua sahabat blogger yang disayangi, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri kerana kitalah yang mencorakkan kehidupan dan fikiran kita sama ada positif atau negatif...Apa2 pun ambillah pendekatan positif kerana positif itu baik untuk diri kita dan mereka2 yang disekeliling kita...Jadikan setiap masalah sebagai cabaran dalam kehidupan yang dapat mematangkan diri kita...Tanpa semua itu di manakah kemanisan dalam kehidupan itu???

Tuesday, November 15, 2011

Aksi Rempit Anak-anak...

Mari kita saksikan bersama-sama aksi rempit dari anak2 ini...Bahaya tau, Sila Jangan Tiru Aksi Ini!!! Inilah dia anak2 dan anak buah aku beraksi rempit di malam raya...Ganas tak ganas la...Tengoklah yang depan sekali tu, Adik...Bukan main lagi gayanya...Yang kedua tu cuba teka lelaki ke perempuan??? Yang ketiga tu kakak dan belakang sekali tu pun anak buah aku...



Suka tau dapat naik motor walaupun tak bergerak...Hanya untuk aksi rempit suka2 aje..



One more pics from them...Adik tu muka nak serius ajer...

We are the best among the best!!!


Memang tak disangka JAWI telah mendapat 4 STAR rating untuk pengurusan kewangan bagi tahun 2010...Dengan nilai markah 90.7...Cuba fokus gambar kat bawah ni...JPA dan MAMPU pun bawah kitorg...



Kedudukan JAWI dengan jabatan2 lain


Syukur alhamdulillah...Ingat senang nak dapat 4 Star...Ini semua berkat usaha dan kerjasama antara semua di Unit Kewangan, JAWI...Staff di Unit Kewangan, JAWI memang tak ramai...Hanya lebih kurang 23 orang staff sahaja tapi kerjasama kami itu yang penting dan membuatkan sistem pengauditan berjalan dengan lancar...Yang penting cepat dan efisyen...Kami tidak pernah menangguh sebarang "claim" yang dibuat...Semua diselesaikan "on time"...Memandangkan kami adalah PTJ di bawah JPM, semua bayaran perlu diselesaikan dalam masa 9 hari tapi KPI kami perlu diselesaikan dalam 7 hari tak pernah lebih dari 7 hari sebab tu semua claim "on time" dan termasuk di JPM adalah 14 hari...7 hari di JAWI, selebihnya JPM...Bukan itu sahaja, kami juga di audit dari segi prosedur, dokumentasi dan perkara2 yang tidak menyalahi AP & Tatacara Kewangan..



Setiap Star Rating berdasarkan pemarkahan dan warna bintang...


Harapan aku tetap sama...Semoga kami dapat kekalkan rating yang kami terima untuk tahun 2011...Ada sape2 nak join Unit Kewangan, JAWI??? Insya-Allah tak banyak problem sangat pun...Kalau claim kat sini sure diberes dengan kadar segera...Komplen perkara biasa tetapi apa2 pun segala peraturan di kewangan termaktub dengan Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Kewangan...So, untuk faham prosedur kewangan dan komplen lebih2 sila rujuk AP dulu yek (khas untuk mereka2 yang tak berapa nak memahami prossedur kewangan)...

Monday, November 14, 2011

Kisah Raya Haji Kami Yang Telah Berlalu...

Walaupun sudah berlalu tapi aku nak cerita gaks kisah Raya Haji aku di rumah nenekanda di Kuang, Selangor...Kali ni malam Raya Haji, aku sekeluarga sudah pulang ke rumah nenek kerana Ayah, Ibu & adik-beradik sudahpun berada di sana...Since, malam tu 5hb, anniversary Ibu & Ayah, kami adik-beradik pun celebrate la dengan beli kek...Kalau nak tau aku sendiri pun tak tau sebenarnya adik2 nak beli kek nak sambut anniversary Ibu & Ayah...Takde le surprise sangat pun sebab Ibu dah tau awal2...Cuma Ayah je tak tau dan agak tergezut dengan kehadiran kek tu...Jom layan pics kat bawah dulu



Kakak nak tangkap gambar dengan kek dulu sebelum selamat dipotong...



Chocolate Cheese..Sangat mengujakan ok...


Sambung balik cerita di pagi hari raya laks...Selepas Hubby pegi Solat raya, aku pun siapkan diri dan anak2...Tema tetap sama dengan raya puasa hari tu cuma yang beza kali ni aku pakai baju yang sama dengan anak2...Takde maknanyalah beli baju baru..Dah sah2 le baru pakai sekali jer baju raya hari tu...Tok sah bazir2...Dah selesai makan tu kenalah ada sessi bergambar tapi sorilah malas laks nak upload gambar banyak2...Apa yang ada jer ler...


Adik in action...



Kami sekeluarga di pagi raya...



Kakak, Adik & Iman (cousin)



My sister with "anak2"..


Abis photgediks, sambung makan lagi...Since, jiran sebelah-menyebelah ada buat korban so, balik dari masjid Hubby terus tolong Ustaz kat sebelah rumah tu sembelih lembu...Rasenya ada la kot dalam 3 ekor lembu...Dahtu kami ke rumah nenek saudara yang tinggal berhampiran dengan rumah nenek...Jumpe2 dulu semua orang...Bukan selalu pun dapat jumpa...Dalam waktu tengahari tu pulak kami bersiap-sedia untuk pulang ke kampung Hubby pulak sebab sepupu dia ada buat kenduri sikit so, kami bermalam sehari di Ijok, Selangor...Isnin barulah kami pulang ke KL semula...Itu aje ler kot Kisah Raya Haji kami...Insya-Allah tahun depan rezeki lebih sikit bolehlah kami buat korban laks...Doa2kan semoga dipermudahkan segalanya..

Hari Konvokesyen Kakak

Baiklah kali ni nak sambung cerita hari Ahad pulak...Bangun pagi dah siap2, Ayah hantar kakak ke sekolah dulu untuk "make over" oleh Cikgu...Memandangkan hari Ahad adalah Hari Konvokesyen kakak, kakak perlu di "make over" untuk persembahan lakonan+tarian yang bertajuk "Aci2 Buka pintu...He..he..he...disebabkan kakak adalah watak utama so, kakaklah yang jadi Aci tu...



Muka Jepun setelah di "make over" jadi Aci...he..he..he...



Kakak sewaktu nak naik pentas untuk terima hadiah...Siap sedia dengan jubah...


Tak sabar nak tunggu nama disebut...


On stage..Sewaktu menerima hadiah


Alhamdulillah...acara bermula dari pukul 10 pagi...Macam2 acara dan persembahan ada...The best part is kakak dapat nombor satu dalam kelas...Mama & Ayah really proud of u!!! Kakak dah mula tunjukkan minat dan keaktifannya...Bermula dengan pertandingan2 yang dia masuk sukan, gerak rama, dan gred yang cemerlang...Macam nilah anak mama kena seimbang semuanya...U really like me...Semua bergerak seiring...Pelajaran tetap diutamakan tetapi tetap aktif dengan sukan dan pertandingan...Hadiah macam2 ada...Adik pun sibuk nak hadiah kakak...Apa2 pun tahun depan kakak dah masuk 6 tahun dan tahun yang mencabar juga untuk diri dia sebab aku kena fokus lebih sikit pada "reading & writing" dia...It's ok "learning is the beautiful process in life"...Mama ni pun still tak abis2 lagi belajar...Selagi terdaya, semuanya pasti boleh...