MONEY!!!

Thursday, September 30, 2010

Story to share

Anyway, nak share satu story (even aku rasa story ni dah ramai org baca)...Sedih gak tapi untuk mereka2 yg bergelar isteri dan bakal isteri boleh le baca dan buat iktibar..Kekadang kite lupe bahawa Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya dan Syurga seorang suami adalah di bawah telapak kaki ibunya..Mari la sesama kita baca..n for those yang dah pernah baca pikir2 kan la...


Bismillahirrahmanirrahim.....

Sebuah kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang rakan online kita. Cerita berkisar tentang ketaatan yang sebenarnya menurut Islam. Ikuti kisah ini:

 
Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya – ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak?

Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..

Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat

Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh: Mengangguk..(tanda faham… dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).

Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas hati)

Ibu: Ingatlah…….jika anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti…taatlah pada suami dan mentua

Acik : Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.

Ibu: Bukan macam tu……Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu….. dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak sesusah mana… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir ALlah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa……terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…


Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan.. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama gak ibu bergayut dengan besannya).

Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuannya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain…(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri……sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?……….berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai…..Amin!

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka…


Wallahualam.....
Ibu mertuaku bersama suami tercinta..



 

Dah raya n after raya

Salam n Haloo to all...Dah lama rasanya tak menaip almaklum busy nyambut raya..Thn ni cuti ambik 2 hari jer..Mcm2 kisah raya ni..Marissa for the 1st time sambut raya...Lain sikit dari kakak la...Kakak dulu masuk kereta terus tidor tp sikecik ni taknak lak dia tido..Mmmg thn ni thn raya yg amat memenatkan la...Lepas jer pose the 1st thing nak check ialah berat badan..Oh my GOD..my weight dah tinggal 43kg...My hubby kata too thin..So, he asked me to put on my weight...At least bagi "SOLID" la (kata dia le)..dah tu nak buat camne dah badan aku begini..So, start jer raya segala mknan aku pulun sampaikan kena "CB" la 1st day raya(aduss siap memulas lak tu)...Yg pasti tahun ni bertambah meriah lagi dgn kehadiran baby2 baru...O lupa nak citer our theme "PINK"..KELAS GITU..My hubby kata baru nampak "JAMBU" sbb rambut dah panjang...Kakak n adik tahun ni collect duit raya la...Memandangkan raya adalah 10.9, maka ibu tercinta (SOPHIA HJ AHMAD) pun sama la menyambut besday yg ke-51 thn (YG SEBENARNYA)...Mari la tgk gambo yg telah di upload tapi gambo takde le bnyk2 (kes malas nak upload)..Nanti kalau ada yg kurang kita sambung citer lagi...


Anak2 yg suka sgt nak sambut raya

Bermaaf-maafan di pagi raya





Ayang, mama minta ampun salah dan silap (lepas raya buat dosa lagi..he..he..he..)
 

Ibu tercinta, Selamat Hari Lahir...

Bersama sepupu2 dan makcik2





Di kampung halaman aku (Kuang, Selangor)
 

Di kampung suami (Ijok, Selangor)



Half of my hubby's siblings






The princess & the prince (Marissa & Darwisy)

Inilah corat-coret di Hari Raya...Walaupun tak semua yang ada tapi alhamdulillah tetap meriah...


Thursday, September 9, 2010

yea...raya

Hari ni aku masih bekerja...tinggal 4 org saja termasuk aku yg masih berkerja...tapi biasa la memandangkan semua org nak sambut raya esok, takde ape la keje sgt setakat duduk2, lepak2 n tido2...atas kesempatan ni aku pun tulis la blog ni...Tak sangka esok dah nak raya..Semlm aku cuba lagi sekali buat kek coklat..kelmarin dah buat tapi terbelah la pula..sian kakak baru nak tolong mama hias buat topping untuk kek..So, balik ni nanti (since keje pun 1/2 day) aku nak buat topping kek dgn anakanda Marsya..sibuk dia nak hias kek yg aku buat...alhamdulillah ada la rasa kek coklat...nak kata sedap sgt tu takle tapi my hubby kata cukup la semua rasa (puji ambik hati le tu)...ye le sbb 5 tahun kahwin my hubby kata tak pernah buat apa2 surprise untuk hari raya so, tahun ni aku cuba la buat kek coklat walaupun terbelah sbb panas2 dah diterbalikkan...atas kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri to all bloggers all over the world (walaupun tak semua org baca blog aku)..Mlm tadi my hubby sgt sibuk mengelap ape yg patut almaklum la bab lap2 ni aku agak "rajin"...my hubby siap pasang karpet n langsir...Isi kuih dalam bekas...vakum ape yang patut...Baru le nampak cam nak raya..aku pun dah siap2 packing baju2 untuk balik kampung...Ptg semlm my hubby n kakak pegi kubur arwah ayah my hubby...kakak bnyk sgt soalan..she still confused coz ramai sgt atuk..takpe la kakak nanti dah besar kakak akn faham semuanya...Ok take care everybody...Salam muah...

Ini adalah aktiviti sebelum raya anak2 bersama ayahanda tahun ini..Ini lah nasib gara2 kedai dobi dah taknak terima cuci karpet so, terpaksa la cuci sendiri yea...Aku cuma tolong tangkap gambo sebab tugas aku di dalam rumah sedang menanti...Enjoy the pics...


Kakak & ayah bertungkus-lumus memberus

Ayah & kakak lagi

Kakak dah penat cuci, adik lak nak sibuk main air

Seronok kakak & adik kena sembur air dgn ayah

Adik seronok main air dgn kakak

Tuesday, September 7, 2010

Kisah campur2

Hari ni 07.09.2010...lagi 2 hari umat Islam nak sambut raya..Aku cam biase je..excited gak nak sambut raya tapi tahun ni perhabis kat anak2 je la walaupun laki aku dah perhabis untuk aku (itu wajib setiap tahun). So, to all aunties n uncle jgn lupe bagi duit raya untuk Marsya & Marissa...Marissa pun dah berdiri n blajar memanjat...Dah pandai main tepuk amai2 n buat mimik muka..Memandangkan aku tak ambik cuti seblm raya maka aku perlu menghabiskan semua baucer2 bayaran yg ada... Penat gak asyik mengadap komputer jer dari pagi..sakit kepala dibuatnya...Kat umah tak abis kemas lagi..Mlm ni ingat nak pasang langsir, karpet dan cadar...tapi cam biase le nak buat keja ni kena tunggu mood datang...Kalau mood tak sampai seru camne nak buat keje...Terpaksa la aku suruh my hubby pasangkan (Boleh ye Yang???)...Yg lain dah beres..lepas tu nak packing2 sikit baju raya untuk balik kampung...Tahun ni 2 helai je baju raya baru..So, kena check la baju2 yg cantik yg boleh dipakai untuk raya2 seterusnya...Hari ni gak nak try buat kek coklat bersama Marsya..resepi special dari Puan Farah (sarakids)..Thanks to her...Tak tau le jadi ke tak..Ape yang penting "CUBA"...Jadi tak jadi belakang cerite...

Wednesday, September 1, 2010

Puasa+Demam+Shooping raya

Bermula dari anak2 demam last week..berjangkit ke mak bapak...Maka aku tersadai demam selama 5 hari dan kemuncak demam aku Ahad lepas baru nak gi hospital...Sampai di hospital kena check darah dan diberi mkn ubat2 yg mengantuk dan meletihkan aku...Terpaksa la jua mkn ubat...Aku ni jarang demam tp sekali demam nah ambik kau terus tersadai x bangun2..Lama lak tu..Baru sehari aku x bangun rumah dah cam kapal pecah...Rumah oh rumah...Terus tak leh nak ngemas...Seb baik la dah abis shopping untuk diri sendiri n ank2..Kononnya 31 ogos nak shopping raya..sudahnya shopping kat ats "TOTO" la ye..X bangun2 dibuatnya...Kesian kat adik2 aku kononnya nak bershppoing bersama2 sudahnya aku tak larat la pulak...Takpe le this week kena gak sambung bershopping...kuih raya x beli lagi ni..laki aku dah susah hati sbb ape2 kat umah tak selesai lagi...Tapi takpe minggu ni adalah minggu bekerja keras....Make sure everything will be completed before Hari Raya...Hari ni semangat gak pegi juga la keje walaupun aku rasa x larat...ye le dah 4 hari kat umah bosn le juga dibuatnya tapi sampai kat ofis pun bukannya boleh buat keje..sistem down! ok la tu apa lagi kita layan internet je la....