MONEY!!!

Tuesday, August 24, 2010

Dah 2 minggu kita berpuasa...Last Friday, mak busu eton meninggal. Cam tak caya gak mulanya tp Allah lebih sayangkan dia...Al-Fatihah buat mak busu..Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Back to my life..Balik jer dari kebumi mak busu, anak2 aku terus dilanda demam panas..Sian kakak & adik..Maka bersengkang mata la aku n my hubby..Kakak senang nak jaga tp adik merengek la gak sampai x cukup tidur dibuatnya..Tp aku terpaksa pegi kelas gak mengenangkan kuiz & test2 yg ada walaupun berat hati...Shopping raya untuk anak2 dah selesai tinggal diri sendiri, ayah n rumah nak diselesaikan..Next week nak kemas2 umah, pasang langsir n sambut merdeka..Nak beli kuih raya n sambung shopping dgn oya & edeq on 31st August...Tahun ni takde le perhabis cam last year sbb last year aku pregnant so thn ni kena la "vogue the vass"...Thn ni tak meriah sgt le sbb abg ipar & kakak ipar tak sambut raya kat sini..Maka di pagi raya hanya aku sekeluarga sajala di rumah bonda mertua...Rutin spt biasa la seblh ptg akn pulang ke rumah bonda tercinta...yg pasti thn ni adalah juga projek berkonvoi beramai2...meriah tak meriah la...Ok till now jumpe lagi....

Puasa..oh puasa

Pejam..celik..pejam...celik dah seminggu umat Islam berpuasa...Alhamdulillah aku masih berpuasa lagi dan masih menyusu anak aku...Aku ingatkan bulan puasa ni susu aku akan berkurangan tetapi rezeki anak2, Marissa masih lagi berpeluang menyusu badan sepenuhnya dan aku masih meneruskan rutin seharian aku dengan menyediakan stok EBM untuk Marissa (walaupun stok cukup2)...Last week balik umah ibu so, berbuka pose bersama adinda, kekanda n ibu & ayah..Walaupun x cukup korum tp takpela sekurang2nya dapat bersama keluarga tercinta...Balik Kuang jumpe nenek tp nenek dah tak pose sbb die dah lupe everything about "NOW"..yg die ingat mase dolu2 even ank2, menantu2 n cucu2 pun, dia tak kenal..sian gak kat nenek..omputih panggil sakit "ALZHEIMER"...Ajar Marsya pose tp die tak dpt full day dpt suku hari n setengah hari pun jadi le...

Wednesday, August 11, 2010

1st Ramadhan

Today is the 1st day of Ramadhan..Alhamdulillah many bless n thanks to Allah for giving me a chance to perform ibadah puasa this year...Kalau dihitung ini adalah puasa aku yang ke 23 sbb aku start belajar puasa masa umur 5 tahun...I woke up early in the morning at 4am even I feel a bit tired n very sleppy (marissa buat hal nak main tgh mlm)...Mkn le apa yg patut tp aku kena ambik nasi coz I'm still breastfeed my baby Marissa n mkn kurma 3 biji  so that aku takde le lapar sgt..Jln mmg jem giler hari ni tp sempat le sampai ofis seminit lagi kul 8...Bulan pose ni all the class has been canceled n replaced on Saturday & Sunday so takde la rushing sgt nak pegi kelas... Yang penting raya tahun ni bertambah lagi le aku ngumpul duit raya dengan adanya Marissa..Kakak yang paling seronok sbb dah ada geng n excited nak pakai baju raya (kalau boleh nak try everyday baju raya yg dah beli)...Semoga Ramadhan kali ini akan bertambahlah rezeki kami sekeluarga dan yang penting mendapat keredhaan dan keberkatan dari Illahi..Insya-Allah...

Monday, August 9, 2010

Sabtu & Ahad

Tinggal 2 hari lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa...Sabtu & Ahad lepas kami anak-beranak menghabiskan masa dengan aktiviti2 yang berfaedah..Almaklum la nanti dah mula pose, malas n penat lak nak berjalan...Sabtu pagi2 aku dah bangun..beli sarapan n masak untuk t/hari sbb 9pagi aku ada kelas akaun...Kul 8 pagi aku dah gerak gi kelas kat Uitm..Kelas mula dari 9 pagi -12t/hari..On d way back, hujan lebat giler masuk je NKVE...tp kuar jer kat jln. duta panas la pulak...Sampai umah lepak ngan ank2 n mkn la dulu (LAPAR BEB)..dahtu ape lagi membuta la (zzzzz..fuh penat siot)..Kononnya my hubby nak ajk gi ZOO..tp petang hujan x jadi la gi..Seblh mlm takde gi mana2 so, kami pun gi la umah sepupu die di Sek.24...Lepak2 sampai kul 12 sambil menonton tv & the best part is "DOMINO'S PIZZA" has been served to us..Nyam2.. kenyang... (alhamdulillah..thanks to Yan & Anem for the pizza n dun't forget BABY AISY yg dah makin bulat)...Balik terus tido coz sampai umah dah kul 2 pagi...Ceh kononnya pagi ahad ada kelas mandarin tp disebabkan terlajak waktu maka terlepas la kelas aku (Sorry LAOSHI)...Dengan itu bermula la agenda lain. Mandi n siapkan ank2 kami ke ZOO NEGARA...Fuh mahal siot masuk ZOO sekrg..Parking RM4.20, Tiket 3 org RM60 (bwh 2 thn-FREE), naik tram kena bayor, mkn aiskrim 2 n roti hotdong je almost RM15..So total jer RM100 beb (pk dulu untuk gi ZOO)..kalu ank ramai camne??? Maka kami pun ronda2 around the ZOO. Semua binatang nak tgk almaklum la..kena la bagi ank2 Setelah penat dan puas berjln sampai kul 1 kami pun gerak balik sbb perut dah lapar untuk mkn t/hari (nak mkn kat ZOO mahal sgt)..Balik singgah koperasi beli nasi ayam n air tembikai (d only menu kat warung ni)..tapau bawa balik sbb the girls dah tido...mkn2 sampai kenyang n apa lagi TIDUR la sbb dah kepenatan bangun jer sedar2 dah kul 6.30 petang....But ok la at least we got something to do since dah ada ank2 ni kena la dulukan ank...ye le sian gak kat diorg bila lagi nak spend more time melainkan Sabtu & Ahad..Jgn sampai ank2 rasa terabai nanti diorg akn memberontak susah gak kite...

Friday, August 6, 2010

Alam Mahsyar

PETIKAN DIAMBIL DARI EMAIL YG AKU TERIMA. MOGA ILMU INI DAPAT DIKONGSI BERSAMA...

Alam Mahsyar Itu Indahkah?

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
 
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

* 1. Pemimpin yang adil.

* 2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

* 3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

* 4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

* 5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

* 6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

* 7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

kelas ooo kelas...

Halooo..to all bloggers...meet again..Anyway, dah 2 hari tak menulis ni..Cuti 2 hari so, takde masa la nak adap pc..2 hari cuti cam2 mslh timbul pasal hal kelas..Aduss..tension giler..Kejap boleh ambik subject akaun, kejap tak leh..Nasib baik tak drop lagi..Disebabkan x jadi drop maka, we just proceed the Account class by Pn. usharani. Pn. Usha ni ok la dia ngajar tp kalu dengar suara die sgt nyaring dan lantang..14 batu dah boleh dengar (jgn. marah ha Pn. Usha)...So, chaiyuk student Account...Hari ni masuk ofis bnyk giler kerja menanti tp sistem takleh guna la pulak.. Lagi aku tension..baru la semangat nak abiskan keje dah sistem buat hal lak...Sabtu & Ahad takde istilah cuti la untuk aku sbb aku akn attend kelas ganti for Account & Mandarin...Eventhough penat giler tapi demi segulung ijazah akan aku perjuangkan jua (chewah..). Aku ada 5 semester lagi untuk aku complete ijazah..hopefully..Insya-Allah 2012 aku grad..Takpe la nak dapat CGPA gempak2 pun tak termampu rasanya tp akan aku usahakan jua..Apa yang penting LULUS...Lepas tu boleh le aku sambung for MASTER..Insya-Allah, everything still planning but IF U FAIL TO PLAN, U PLAN TO FAIL..SO, aku taknak jadi org yg gagal maka setiap perincian hidup aku, aku perlu merancang...Ok. till we meet again...Adios amigos...MUAH.....

Tuesday, August 3, 2010

GIRLS...


MARSYA ILMI BINTI ZAIRUL...merupakan anak sulung aku. Dilahirkan pada 15.02.2006 di HBKL. Masa lahir cam tak caye beratnya 3.65kg (average 3.7 la tu)..Ha besar tak besar la n larat tak larat la aku nak meneran dia.Tapi alhamdulillah semuanye senang sbb aku tak rasa sakit sgt masa nak lahirkan die walaupun pintu rahim sudah terbuka 3cm..Yang paling penting my hubby ada kat sebelah untuk bagi support walaupun pada mulanya agak "TAKUT" untuk teman aku. Tapi sbb pk yang nak kuar tu anak dia gak, teman lah juga aku. Ambik masa sejam gak nak kuar sbb tak pandai nak PUSH...tp dengan semangat yg berkobar2 akhirnya selamat jua kuar. Alhamdulillah dari dilahirkan sampai la sekrg sgt senang n tak banyak ragam jaga dia. Cuma bila dah besar ni degil n ngada2 sikit la. Tambah lagi dah adik, lagi la ngada2nya... Sekrg ni dah umur 4 tahun n dah pegi sekolah. Dah pandai nak melawa (berkat ajaran makcik2 tercinta- OYA & MAMA EIQA) sbb aku masa kecik2 dulu ala2 tomboy mana ada pk nak melawa tp Marsya pegi sekolah pun nak bawa sikat n bedak...Adusss anak, anak...

MARISSA ILMI BINTI ZAIRUL... dilahirkan pada 06.12.2009. Yang ni kuar memang betul2 due date..Yg bestnya aku mmg dah agk aku akn bersalin on that day. So, pagi2 lepas subuh aku dah siap2 mandi, siap kemas rumah, beli sarapan, mandikan Marsya...Balik dari beli sarapan, aku dah bleeding but relaks dulu (ye le 2nd experience). Kejut hubby dulu suruh die makan. Dah selesai mkn baru bgtau. Mula2 tu die tanye gak nak gi spital tak, tapi aku pun ckp takpe la nanti dulu la. So, hubby aku pun sambung tidur. Tengahari jer, hubby bangun terus aku ajk gi spital. Nasib baik tak jem...Sampai jer register n check dah buka 3 cm..Doktor n nurse tu siap tanye aku sakit ke tak..tp aku jwb la x sakit..diorg siap kata aku dah ada contraction tp nape tak sakit..Doktor tu kata kalu tak sakit cam aku die rela beranak sampai 10 org...Takpe la taknak la sampai 10...Aku terus kena tahan kat wad...sampai mlm pun masih tak sakit2 n aku sendiri tak sedar yg water bag aku dah pecah kul 10 lebih (1st time water bag pecah..dulu time marsya doktor pecahkan) lalu aku terus dibawa ke labour room dan tunggu dan tunggu...tunggu....Hubby aku boleh siap gi lepak minum2 ngan kekwn sbb nak tunggu aku lama lagi tp rupanye tak sempat lepak lama2 pun..Akhirnya kul 1.30 aku dah rasa nak terkeluar (sempat lagi call Hubby bgtau ank nak kuar dah ni)..1st push taknak kuar, 2nd push Hubby masuk...3rd push terus kuar kepala ank..Nurse pun bgtau la bagus ank ni nak tunggu ayah dia gak dtg...Baby yg mulanye ingatkan BOY sebenarnya GIRL..Sian kena pakai baju semua colour BLUE....Sekrg dah 8 bulan n I'm proud coz she still fully breastfeed without FM..

Alhamdulillah..maka sempurnalah insan bergelar wanita kerana telah melahirkan zuriat sebagai penyambung warisan..Aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan 2 org puteri yang comel untuk aku dan suamiku..Walaupun aku melahirkan anak perempuan tapi kedua-duanya mempunyai karakter yang berlainan...Kakak lebih lembut berbanding adik Semoga Allah akan mengurniakan aku zuriat LELAKI untuk suami tercinta yang sangat inginkan anak lelaki...I'm proud to be a mother..
MY LOVELY "GIRLS"

Today...

Salam semua...Hari ni dah masuk hari ke-3 bulan Ogos. Alhamdulillah aku masih bernafas dan hidup di muka bumi ini. Sepanjang tahun ni tak banyak aktiviti yang dilakukan. Cuma lepas saja habis pantang bulan Februari hari tu, aku terus sibuk dengan kerja dan kursus2 tambahan untuk memantapkan diri..Chewah..termasuklah Induksi yang perlu ditempuh oleh semua penjawat awam sebagai syarat wajib untuk "CONFIRM". Kelas sudah bermula pada Julai lepas dan alhamdulillah aku masih mampu berulang-alik dari KL- Shah Alam walaupun penat. I'm a tough mother n superwoman... (Ceh puji diri sendiri lar)..Bulan Julai lepas genap umur aku 28 tahun..Tak disangka rupanya sudah bertambah usia dan menghampiri 30-an..Ahhh tidak!...Cam tak caye jer...But to me age is just a number...Yang penting hati mau sentiasa ceria then everything will be ok.

Monday, August 2, 2010

MY SOULMATE



Tanggal 14.05.2005 merupakan hari bersejarah buat diri kami kerana kami telah selamat diijabkabulkan setelah melayari pelbagai dugaan selama 4 tahun. Alhamdulillah sudah genap 5 tahun kami hidup bersama dan kini dikurniakan 2 orang puteri yang comel. Bak kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri". Begitulah jua kehidupan kami ada pasang dan surutnya. Ada suka dan duka yang ditempuhi dan itulah rencah asam garam kehidupan berumahtangga. ZAIRUL BIN JOHARI insan yang bergelar suami dan ayah kepada anak-anakku. Terima kasih di atas segala kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan. Semoga ikatan ini kekal abadi hingga ke akhir hayat dan kasih sayang ini terus kekal buat selamanya. Semoga hari2 mendatang akan ditempuhi dengan penuh keindahan dan harapanku agar perkahwinan ini berkekalan hendaknya. Amin...

DOA SEORANG IBU

Petikan ini merupakan email yang saya terima. Jadi sama2 lah kita renungkan dan ambil iktibar dari semua ini. Semoga saya dan ibu2 yang lain akan sentiasa menjadi ibu yang sempurna di mata anak2 kita dan menjadi anak yang sentiasa menghormati dan menyayangi ibu kita sendiri. Buat bondaku yang tercinta SOPHIA BINTI HAJI AHMAD. Sesungguhnya pengorbananmu tak ternilai harganya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segalanya. Semoga dirimu sentiasa di dalam limpahan Illahi.

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Assalamualaikum Semua,

Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh 
Ustaz Abdullah Mahmud.  Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time.  So 
kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 
boleh guna.  Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
•      Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah 
di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak 
masa nak buat yang baik

•      Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

•      *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan 
jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak 
berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

•      Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab 
wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

•      Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
>      Melihat kaabah sehingga menitis air mata
>      Membaca quran sehingga menitis air mata
>      Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

•      3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa 
tidor!
>      Anak
>      Ibu
>      Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak 
bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, 
cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua 
maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah :)

•      Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari 
kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, 
pandang laa selalu

•      Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk 
menujukkan sesuatu pada ibu

•      Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

•      Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu 
tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

•      *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah 
akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat 
yang terbaik

•      Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang 
menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah 
amal”
>        “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu 
>kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
>      *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia 
>wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang 
>berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
>      Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan :)

•      Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

•      Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then 
cakap dengan Allah
>      “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
>      “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan 
orang yang memerlukkan.

•      *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu 
yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya 
hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah 
tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

•      Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi 
doakan ibu kita telah tiada!

•      *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
>      Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak 
>kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia 
>engok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti 
>bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang 
>telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

•      Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita 
“berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah 
orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam next time

•      Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai 
mati tak pernah keluarkan

•      Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

•      Bila nak berbelanja @ shopping<http://mc/compose?to=berbelanja@shopping
always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  
Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org 
susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah 
hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

•      *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada 
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan 
tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan 
bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  Itu yang yang 
buat ibu kita bahagia di sana.

•      Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita 
ringan tangan nak bersedekah

•      *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk 
beri syurga pada anak anaknya.  Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga 
balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  
Besar sangat pahalanya.

•      Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan 
seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin 
untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
•      Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan 
kita diganggu saka
>      Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or 
>selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang 
>belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
>      Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji 
>pinggan / Amalan / Sentuhan
>      Symptom dah terkena saka
•      Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
•      Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
•      Susah nak dapat anak, senang gugur
•      Ada rasa kelibat orang lalu
•      Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang 
dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka 
menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
>      Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, 
>insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

•      Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer 
tulang.

•      3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan 
adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam 
jugak.

•      Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong 
zikirkan

•      Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 
1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah
•      Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan 
hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

•      Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan 
sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
•      *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
>      Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh 
>anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada 
>ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni 
alhamdullilah menjadi :)
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

INTRODUCTION

ASSALAMUALAIKUM sebagai pembuka bicara buat semua. Ini merupakan blog terbaru saya kerana blog yang sebelum ini mengalami masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sebagai salam pengenalan buat semua blogger, diharap dengan adanya blog baru ini dapatlah kita berkongsi pendapat dan pengalaman masing2 dalam kehidupan sebagai panduan kehidupan seharian kita. Blog ini juga adalah sebagai salah satu cara saya untuk meluah dan berkongsi kehidupan dan aktiviti yang saya lalui sebagai manusia di muka bumi ini. Insya-Allah moga2 dengan blog ini dapatlah jua saya menyampaikan serba sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Akhirul kalam...semoga kehidupan kita sentiasa diberkati hendaknya...