MONEY!!!

Wednesday, December 15, 2010

SUSU IBU




Alkisah hari ini setelah menyelesaikan segala kerja2 yang tergendala maka dapat la aku menghabiskan waktu membaca blog terutama berkaitan "SUSU IBU"...Very informative n very motivation...Ni ada beberapa pesanan ringkas bagi mereka2 yang "BREASTFEED" dan dalam masa yang sama untuk motivate ibu2 yang nak menyusu baby secara eksklusif...
  • Satu perkara penting yang perlu anda ketahui ialah penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat berlebihan yang anda ‘kumpul’ sepanjang tempoh kehamilan.

Ni gambo ERRA masa pregnant. Dan waktu ni berat ERRA sangat menakutkan

  • Kajian mendapati setiap kali anda menyusukan bayi, kira-kira 500 kalori hilang tanpa perlu bersusah payah bersenam. Pada keadaan biasa kita perlu berlari atau naik tangga selama 64 minit; joging atau berbasikal (72 minit); senaman aerobik (90 minit) atau dua jam berbasikal untuk membakar kalori sebanyak itu.


Senaman yang meletihkan dan memerlukan masa...Ada ke masa nak buat???



Ha hebat tak "BREASTFEED" ni...Takyah pening2 kepala nak gi spa kuruskan badan dan tak payah susah payah nak exercise...Senang jekan nak bakar lemak2 di badan tanpa perlu bersusah-payah & berpenat lelah..Jadi pikir2kan la ye...



1 comment:

fizanur said...

singgah sini. waa.. awk ni memang crazy abt breastfeeding! mana tahu lepas ni leh jadi LC. hehehe saya doakan. aaa..set d tu untuk kulit cantik ya. ada b coms, vita c dan vita e