MONEY!!!

Tuesday, December 14, 2010

Penyusuan Eksklusif...



Salam semua...Bersua kita dalam topik yang memang amat aku gemari...Kenapa aku mengamalkan penyusuan eksklusif??? Banyak sebab-musababnya...Antaranya
  • JIMAT - Dalam ertikata tak perlu nak beli susu...
  • KEBAIKAN SUSU IBU - Tak perlu nak diceritakan how fabulous is SUSU IBU..
  • BONDING- Sangat akrab...
  • SENANG- as fast as furious (he..he..selak aje tapi cover ler sikit)
  • SIHAT & SLIM- Yang ni akui coz my shape back to normal (Pinggang dah tinggal 26cm)
  • SUNNAH- Sila baca entry sebelum ni berkaitan ayat2 Al-Quran yang menyebut tentang penyusuan susu ibu.


Baca "FAKTA" di atas ni berkaitan "Adult Intelligence"..Rasanya bagus gak aku breastfeed ni since I am still a student...Ye le dah makin berumur ni IQ dah makin kurang...So, "BREASTFEED IS GOOD TO ME"...


Ini WARDINA SAFIYYAH...Ape kes tetiba gambo dia...Dia adalah antara artis yang mengamalkan penyusuan eksklusif sehingga anak2nya 2 tahun...Alhamdulillah murah rezeki anak2 dia...Artis yang kita ketahui jadual mereka tersangat la padat pun boleh breastfeed inikan kita yang bukan artis ni...Jangan bagi alasan untuk tidak "breastfeed" anak2...Rajin2kan diri untuk melakukan sesi perahan setiap 3 jam sekali (aku pun kekdg skip gak sesi perahan akibat kekangan masa & kerja)...


Ini ialah Puan Farah Farhan...Nak tahu nape aku letak gambo dia..Sbb dia la "MENTOR" aku dalam penyusuan eksklusif..Kalau baca blog dia pasal "BREASTFEED" ni sangat teruja dan menyentuh jiwa perasaan...Macam mana pengorbanan beliau sebagai seorang IBU & Pakar Laktasi yang memperjuangkan penyusuan eksklusif...I'm proud of you...

Dan kisah aku...aku masih bersyukur kerana sehingga kini masih dapat menyusukan Marissa Ilmi secara eksklusif...Alhamdulillah setiap hari buat penambahan stok susu..Dan jumlah stok susu yang ada dalam peti ais sekarang ada 30 stok..Lepas ni kena usaha lagi untuk tambah stok supaya cukup (in case kena tinggal marissa lama2)...Semoga usaha aku diberkati dan tak lupa buat suami yang sentiasa menyokong penyusuan eksklusif aku...

p/s: Buat semua IBU di luar sana...Sempurnakanlah hak anak2 anda...

No comments: