MONEY!!!

Wednesday, December 22, 2010

MY BREASTFEEDING JOURNEY

Aku merupakan ibu muda kepada 2 orang anak perempuan. Di sini Aku ingin berkongsi pengalaman Aku berkaitan penyusuan eksklusif. Sewaktu melahirkan anak pertama pada tahun 2006, ilmu berkaitan susu ibu amatlah cetek. Masa tu tak terfikir nak “fully BF” dan tak beli pun pam. Walaupun anak pertama dilahirkan di hospital rakan bayi tapi Aku tak tahu kenapa anak Aku langsung tak pandai menghisap hinggakan Aku menangis di hospital sbb baby x pandai hisap langsung. Aku sumbat juga puting sbb nurse bagitahu yg susu Aku ada. Dapat la baby rasa sikit2 susu Aku. Selebihnya baby bnyk tidur je. Kesian pada baby. Balik saja rumah terus ajar baby FM. Esoknya tukang urut datang n urut baru la susu keluar melimpah2 hinggakan satu hari sampai 5-6 helai baju Aku tukar baju sbb basah kuyup dgn air susu. Bodohnya Aku waktu tu biarkan makanan ank Aku meleleh sebegitu tanpa inisiatif untuk mengepam krn kurangnya ilmu. Kemudian, sepupu Aku sendiri telah pinjamkan pam manual (AVENT) untuk Aku dan dapatlah Aku pam susu walapun bukan untuk stok. Alhamdulillah slps 3 hari, barulah anak Aku pandai menghisap puting Aku tapi disebabkan kebodohan Aku, siang Aku bagi FM sebelah mlm BF. Bila dah masuk keja pun Aku topup dgn FM. Jadi ank pertama hanya dapat menyusu badan sehingga 8 bulan shj secara tidak eksklusif (siang FM, mlm BF).

Untuk anak kedua pula, mulanya Aku tak terfikir langsung untuk eksklusif BF. Saja survey2 blog n terbaca psl BF. Akhirnya waktu baby 6 bulan dalam kandungan, Aku set mind untuk fully BF sekurang-kurangnya 6 bulan pertama (Itu target pertama). Alhamdulillah, baby kuar je terus dia pandai cari n hisap puting Aku. Mcm tak percaya sbb kakak dulu tak pandai hisap langsung. 30 minit lepas dilahirkan terus Aku dakap n susukan baby. Masa dalam pantang dah start buat stock dari hari ke-5. Memang sgt murah rezeki sekali pam terus dapt 12oz. Bila stock dah bnyk terfikir pulak camne nak abiskan. Tapi bila dah lepas target 6 bulan stok masih bnyk jadi terus target untuk setahun pulak. Sekrg baby dah setahun n masih fully BF. So, target seterusnya sampai 2 tahun. Masa mula2 ckp dgn suami nak fully BF, suami siap boleh tanye cukup ke susu awk? Tapi bila semua org puji ank dia sihat, putih tembam, suami dah tak malu nak bagitau semua org yg ank dia fully BF n now sekrg dia fully support Aku sbb takyah pk nak beli susu, nak bancuh susu tgh mlm n bawa bakul susu. Dia sendiri terasa yang anak kedua ni tak terasa proses tumbesarannya sbb dia tak susah payah nak bangun tgh mlm n bawa bakul susu.

Walaupun penat bekerja dan belajar sblh mlm Aku pastikan stok susu tetap maintain. Ke mana saja Aku pergi kursus, taklimat, mesyuarat di luar kwsn, pam mesti Aku bawe untuk sesi perahan Aku. Dulu Aku pakai manual, Aku masuk kerja terus beli elektrik double pumping. So, meriah la susu. Sekrg ni jadi penasihat tak bertauliah kepada kaum kerabat, sanak-saudara yang pregnant supaya fully BF. Syukur sgt sbb dapat fully BF anak kedua sampai sekrg. Tapi menyesal juga sbb tak tuntut ilmu BF awal2. Rasa bersalah sgt pada ank sulung sbb x sempurnakan hak dia. Dari kesilapan lalu Aku nekad untuk full BF ank kedua. Walaupun penat n sibuk Aku pastikan sesi perahan setiap 3-4 jam sehari. Member2 kat ofis pun support n tak caya yg Aku still fully BF ank even ank dah setahun. Aku percaya bonding between ibu n ank sgt kuat dgn air susu. Buktinya ank kedua lebih rapat dgn Aku berbanding ank sulung yang lebih kepada ayah. Insya-Allah akan Aku teruskan perjuangan penyusuan eksklusif Aku dan adik-beradik menggelar Aku “BREASTFEED ADDICTED”. Ya! Aku sgt addicted dengan BF n Aku bangga sgt sbb ank Aku menyusu bdn. Org lain sibuk beli FM yang pelbagai brand Aku sibuk tambah stok susu...

p/s : Ada gak suara sumbang berkata2 tapi aku tak ambik port...Bak kata Farah SARAKIDS "FM bukan tak bagus tapi kalau dah ada yang THE BEST buat apa nak pilih 2nd options"...Susu Ibu the best ever milk in the world...

2 comments:

fizanur said...

better late than never, kan!

maria said...

Yes correct...Yang penting chaiyok!!!