MONEY!!!

Thursday, October 7, 2010

SHARING is CARING...

Dah masuk Oktober n sekrg ni agk busy coz sibuk dgn test...Tak lama lagi dah nak final...Since aku just ada 2 paper jer so, takde le rushing sgt...Just to share about BREASTFEEDING...Alhamdulillah Marissa Ilmi telah menyusu secara eksklusif selama 10 bulan...Syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan segalanya...Murah rezeki anak2ku...Aku belajar dari kesilapan lalu kerana masa Marsya aku tak cukup ilmu untuk menyusu Marsya secara eksklusif..Moga2 dengan kesilapan itu aku dapat menebus kembali terutama untuk bakal anak2 yg akan datang..Insya-Allah...Kalau dari dulu aku tahu betapa nikmatnya menyusukan anak sendiri dan betapa indahnya menyusukan anak..Aku akan pastikan Marsya dapat merasai apa yang Marissa rasakan sekarang...Yes, breastfeed is about bonding between mother n baby...Moga2 dengan usaha aku untuk menyusukan Marissa sehingga 2 tahun secara eksklusif berjaya hendaknya....Aku ni takde le sehebat mana tapi alhamdulillah berkat usaha sendiri aku masih mampu membuat stok susu untuk Marissa walaupun penat dan terkejar2 tapi demi setitis air susu untuk diberi kepada anak aku tak kisah..Aku cuba share pengalaman sendiri dengan orang lain betapa hebatnya BREASTFEED ni...Kekdg sedih gak bila tgk org sekeliling yg mampu untuk BREASTFEED tapi give-up akhirnya sumbat botol...Alasan..susu takde..Bagi saya senang "IF U THINK POSITIVE, EVERYTHING WILL BE NATURALLY...Nak share a few thing about breastfeed yg aku ambil dari entry  BLOG SARAKIDS tentang susu ibu...
"A MOMENT..." (Just me & Marissa)...

Betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini sering dikatakan dalam berbagai surah dalam Al-Quran seperti:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Lantaran ayat diatas, Allah berfirman:

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23

” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan” – Surah Al-Ahqaaf, ayat 15

Antara kupasan ayat-ayat Al-Quran ini adalah:

* Setiap ibu disyorkan menyusui anak mereka secara terus selama 2 tahun jika hendak menyempurnakan penyusuan itu

* Jika terdapat halangan menyusui anak: Ibu sakit, ibu tak boleh menyusukan anak, tiada paksaan dalam melaksanakan dan memberikan hak anak iaitu menyusukan mereka.

* Jangka waktu yang terbaik sebagai pedoman menyusukan anak, sesungguhnya telah ditetapkan oleh Allah swt

* Dibolehkan menyusukan anak kepada ibu yang lain (anak susuan), tetapi haruslah ada mesyuarat di atara semua yang terlibat.

* Hukum ibu susuan dan anak susuan

* Anak susuan adalah anak yang disusukan bwh umur 2 tahun. –>

*** saya dapat soalan, bolehkah suami minum susu isteri dan adakah dikira sebagai anak susuan? Jawapannya tidak Minumlah kalau nak minum, mana tahu susu isteri terlalu banyak dan suami mahu minum. ***
Juga apabila tiba hari kiamat:

“Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya”- Surah Al Hajj- ayat 2

Selain itu, kisah Nabi Musa a.s, yang mmg sgt2 menyedarkan kita tentang pentingnya setitis susu ibu ini. Saya sgt sebak dan menangis membaca tafsir dari ayat suci ini. Masihkah anda ingat tentang kisah ibu Musa yang merasa khuatir kerana Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan, Maka Allah memerintahkan ibunya menghanyutkan Musa ke sungai. Firman Allah swt:

” Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “Susuilah dia (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan padamu, dan menjadikannya salah seorang rasul” – Surah Al-Qashash, ayat 7

* Secara saintifiknya hormon Oksitosin yang dirembeskan oleh otak si ibu semasa menyusukan anak akan menenangkan hati si ibu and bring calm to baby as Oksitosin adalah “hormon penenang” atau “hormon kasih sayang”. So, ibu akan rasa tenang dan anaknya juga akan rasa tenang. Jadi, ibu Nabi Musa menghanyutkan anaknya dalam keadaan yang tenang tanpa tangisan si kecil. Jika difikirkan, “Sanggup kita hanyutkan anak ketika saat anak meraung-raung kelaparan dan kesedihan?”

Kemudian Nabi Musa di ambil oleh dayang istana Firaun, dan isteri firaun memujuk Firaun untuk membela Musa kerana baginya Musa penyejuk mata dan hati nya. Maka mereka pun mencari ibu susuan (wet nurse) – waktu itu tiada susu formula- untuk susukan Musa yang masih bayi. Beribu-ribu orang beratur hendak menjadi ibu susuan Musa. Lantas Musa menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya. Kemudian Allah swt berfirman:

” Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya) sebelum itu.” – Surah Al-Qashash, ayat 12

* Nabi Musa rejected all the wet nurses kerana dia sudah merasai “the first taste of mother’s milk” – susu ibunya sendiri sehinggalah ibu Nabi Musa datang dan menyimpan rahsia sbg ibu susuan yang ingin menyusukan Musa serta mengasuhnya.


” Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati; dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qashash, ayat 13


Disini kata seorang ulama’, kisah di dalam Al-Quran hanya mendatangkan hikmah, pengajaran dan manfaat, namun bagi orang2 yang mahu berfikir dan menggunakan akal mereka utk merealisasikan pada kehidupan di dunia yang realiti. Sungguh saya malu. Mengapa mereka di sana lebih arif daripada kita, sedangkan kitab suci ini telah berabad berkurun lama di bekalkan kepada umat Islam sebagai panduan.


Sungguh, Allah itu Maha Besar. Banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. Bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. Anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. Saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, dimana2 tidak kira masa. Anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. Seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti. Ya Allah, mudah-mudahan anak2ku menjadi anak yang solehah serta mendengar kata.

Mengambil juga kata2 seorang yg sgt sinis terhadap breastfeeding “Menyusahkan je anak asyik nak berdakap. Budak menyusu badan kuat menangis”- saya tak pernah ambil pusing malah bangga kerana sekurang-kurangnya saya tahu, dia tahu, anak yang didakap tau, sayalah org yang paling dicari ketika itu. Sangat tidak wajar jika ibu terganggu yang amat dgn tangisan anak dan terus memberinya susu dgn harapan anak berhenti menangis – supaya anak mereka tidak digelar “anak kuat menangis” atau “anak suka buat perangai” atau “bagus baby saya, x suka nangis, dapat susu sebotol tidur senyap”. Tangisan bayi dalah sihat. setiap kali baby menangis, ianya akan melapangkan rongga dada, perluasan lampung, meningkatkan kemampuan otak, membangkitkan kemahuan, meningkatkan suhu badan serta menambah keberkesanan sistem penghadaman. Pernahkah terfikir mengapa bayi baru lahir “perlu” menangis dan jika tak menangis ia adalah petanda buruk?


Kalian, marilah kaut ilmu untuk menyusukan zuriat amanah Allah ini. Risau melihat kes2 bunuh, kes2 situ sini sana. Selagi boleh kita berusaha. Mulanya, dari air susu kita. Air susu hikmat yang diberi oleh pencipta kita utk anak-anak. Percayalah, susah kita sekarang (memerah, menyusu, mendidik) ada hikmahnya di masa hadapan.





No comments: