MONEY!!!

Monday, August 2, 2010

MY SOULMATE



Tanggal 14.05.2005 merupakan hari bersejarah buat diri kami kerana kami telah selamat diijabkabulkan setelah melayari pelbagai dugaan selama 4 tahun. Alhamdulillah sudah genap 5 tahun kami hidup bersama dan kini dikurniakan 2 orang puteri yang comel. Bak kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri". Begitulah jua kehidupan kami ada pasang dan surutnya. Ada suka dan duka yang ditempuhi dan itulah rencah asam garam kehidupan berumahtangga. ZAIRUL BIN JOHARI insan yang bergelar suami dan ayah kepada anak-anakku. Terima kasih di atas segala kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan. Semoga ikatan ini kekal abadi hingga ke akhir hayat dan kasih sayang ini terus kekal buat selamanya. Semoga hari2 mendatang akan ditempuhi dengan penuh keindahan dan harapanku agar perkahwinan ini berkekalan hendaknya. Amin...

No comments: